Wednesday, August 12, 2009

Accident.....

semalam selepas 15 minit menunaikan solat Manghrib pd pukul 7:55pm di ofis - terima satu panggilan daripada Cik I.

Cik I : Alap! Alap! Aku eksiden terok kat Jalan Ampang langgar 2 kereta.
Alap : Hah!! Jalan Ampang kat mane?
Cik I : Dekat-dekat dengan Victoria Station.
Alap : Jap2 aku datang.

kemudian terus bergerak ke jalan ampang

Sms
Alap : Kau takdepape kan? kete kau ade insurans tak?
Cik I : Tak tau ape2....Takot....
Alap : Relax2

otw ke tempat kejadian ada 4 perkara je yang difikir-fikirkan :

1. Cik I ok ke tak? (injury)
2. Nak setel terus ( bayar cash terus) or Nak report polis.
3. Kereta ade insurans cover tak?
4. Siapala yang dia langgar? naknyer dapat yg nak mengamuk2 or yg putar belit alam SUSAH.

sampai disana ada seorang mat salleh tengah sibuk tangkap gambar kereta myvi.

dalam hati apesal ade mat salleh nih...oo rupenya mangsa kedua ialah mat salleh tu.

situasi
Kereta Grand Livina - di hadapan sekali ( Mat salleh dari Norway).
Kereta Myvi - di tengah2 ( akak ape tah lupelak).
Nissan Terrano - di belakang sekali ( Cik I).

Dah bincang2 & tengok daripada teroknye kemek kereta myvi n livina tuh yang terbaik adalah g report polis terusla....nak setel terus mahal giler kos tuh....baik biar insurans cover...

Tapi Cik I adalah 3rd party (insurans kete dier) so kereta Nissan Terrano tuh terpaksalah repair sendiri...just myvi & livina je yg claim insurans...

Selamatla akak & mat salleh tuh bukan jenis yang kecoh2 & nak marah2...kalau tak huru-harala time tuh...

so lepas ni nasihat kpd Cik I dan semua orang termasuklah diri saya sendiri lepas ni tolong lebih berhati-hati semasa memandu ok?

1 comment:

Anonymous said...

mcm kenal je cik I tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails