Sunday, December 2, 2012

Di mana kita?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sudah lama blog ini terbiar, tidak ber-update, semakin malas untuk menulis. Bukan tiada idea, tapi idea semenjak-menjak ini diluahkan secara ringkas di laman sosial ; Facebook dan juga Twitter (walaupun Twitter tidak berapa aktif).
PUNCANYA, punca malas nak menulis di sini adalah kerana memandangkan laman sosial seperti Facebook dan Twitter lebih pantas tersebar maka perjalanan blog ini mulalah tergendala. Itulah sebabnya.

NIAT asalnya menulis blog ini adalah untuk menyebarkan dan menyampaikan peringatan-peringatan daripada ALLAH TAALA yang terkandung dala isi al-Quran dan juga Hadith Rasulullah s.a.w. walaupun satu ayat, mudah-mudahan sedikit usaha yang kecil ini dinilai, dipandang ALLAH TAALA.

Tujuannya adalah memohon dikurniakan redha, rahmat dan kasih sayangNya sepertimana ALLAH memandang usaha kecil si burut pipit yang berusaha memadamkan api membakar Nabi Ibrahim a.s. dahulu walaupun si burung itu mengetahui api yang besar tidak mampu untuk dipadamnya. Dan bagaimana ALLAH 'memandang' dengan pandangan murka atas perbuatan buruk si cicak yang meniup-niup api. Oleh sebab itu kita disunatkan untuk membunuh cicak pada malam Jumaat dengan pukulan tertentu (tidak silap sekali pukulan dan tidak lebih dari 3 kali).Pernah bunuh cicak? Terus terang saya sendiri tidak pernah bunuh cicak walaupun mudah dicari, sebabnya tidak pandai nak memukul takut pukul-pukul tak mati-mati juga.


Dalam diri ini banyak idea dan persoalan yang diri sendiri kadang-kadang tiada jawapannya langusng, sesetengahnya ALLAH memberi jawapan terus, ada pula yang tangguhkan sehinggan masa-masa tertentu dan dalam keadaan tertentu untuk kita memahami dan merasai sendiri jawapanNya.


Pernah tidak anda merasai pengalaman di mana anda telah belajar sesuatu atau mendengar kata-kata seseorang dan pada masa itu anda sendiri tidak faham, sehinggalah pada suatu ketika mungkin sebulan, setahun atau bertahun-tahun lamanya barulah ALLAH memberi kefahaman atas ilmu yang kita dapat sekian lama dahulu? Begitulah keadaannya.


Baik, berbalik pada tajuk asal entri ini adalah "DI MANA KITA?". 

Ini juga satu persoalan, persoalan yang terbit melalui pengalaman sendiri. Sebelum ini pernah mendengar ayat lebih kurang begini bunyinya ; 

"Ketahuilah bahawa sekiranya ada manusia yang cuba untuk menjatuhkan kita di dunia ini maka ketahuilah bahawa kita sedang berada di atas dan bermakna kehidupan kita jauh lebih baik daripadanya." 

Saya bersetuju dan ada benarnya ayat ini. Tiada masalah. Tapi persoalan seterusnya adalah, itu sekiranya manusia yang cuba menjatuh-jatuhkan kita. Bagaimana pula jika bukan manusia? 

Bagaimana pula jika syaitan yang mencuba tidak henti-henti menjatuhkan kita? Pernah merasa syaitan benar-benar sedang cuba untuk jatuhkan kita daripada menuju Ilahi menuju Tuhan Sekalian Alam? Dengan bermacam-macam strateginya dan mengetahui selok-belok kelemahan kita, sehalus-halusnya. Beberapa kali kita tewas padanya dan bangkit kembali kemudian tewas semula. Semakin hari semakin merasai serangan bertalu-talu dari si syaitan ini melalui banyak aspek. 

Apa yang syaitan ini nak sebenarnya? Tak lain tak bukan mereka mahu menyesatkan kita mahu kita menyimpang daripada jalan kebenaran, semakin kita tetap berada di atas jalanNya semakin kuat mereka menentang kita dan itulah DUGAAN bagi kita jika mahu menujuNya. Berbanding dengan orang bukan Islam, mereka syaitan tidak berapa hiraukan sangat sebabnya mereka sudah seperti sahabat syaitan di neraka kelak, Cumanya, hanya memantau mereka agar tidak kembali semula kepada fitrah mereka iaitu ISLAM, dan mereka syaitan akan membantu orang bukan Islam untuk sama-sama menjatuhkan pula umat Islam hari demi hari. 

Jadi persoalannya di mana kita saat kita sedang cuba dijatuhkan syaitan ini? Di atas atau di bawah. ATAU sebenarynya di bawah tetapi syaitan perangkap kita untuk merasa-rasa bahawa kita sedang di atas. ATAU sebenarnya syaitan telah perangkap kita dengan merasa-rasa kita sedang di bawah dalam keadaaan hina serta putus harap pada ALLAH padahal sebenarnya kita berada di atas?

http://qalbunsalim3.files.wordpress.com/2011/07/sinarhati.jpg
Hakikatnya kita tidak perlu tahu semua itu, biarpun di mana kita berada jangan bergantung pada amalan, dosa dan pahala kita, bukannya syurga itu dimasuki atas amalan seseorang bukan pula neraka dimasuki atas dosa seseorang tapi adalah kerana rahmat dan kasih sayangNya kita masuk syurga dan atas kehendakNya jua kita masuk ke neraka, Nauzubillah minzalik.

Cumanya dalam kehidupan kita ini kita perlulah tahu juga di mana stesyen kita sekarang, adakah masih jauh? Adakah sudah menyimpang? Adakah tidak bergerak? Adakah semakin hampir atau semakin jauh daripadaNya? Itulah yang perlu kita semak semula agar kita tidak leka dan lalai di dunia ini. Jangan berputus harap daripada rahmat ALLAH TAALA kecuali orang-orang yang tidak beriman, walaupun kita sedar dosa kita menggunung, penuh seisi alam dosa yang kita lakukan yakinlah dan bersangka baiklah dengan ALLAH mudah-mudahan diampunkan segala dosa kita dan diberi kurniaanNya berbentuk redha dan rahmat serta diangkat darjat kita, ditempatkan kita bersama-sama kekasihNya Rasulullah S.A.W. Maka semua itu adalah tidak mustahil. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails