Friday, December 4, 2009

Hari mendung kembali lagi..

Salam.

Hari ni mendung je dari pagi tadi sampaila sekarang. Langit belum menunjukkan sebarang tanda untuk membenarkan matahari menyinar panas. Rasa-rasanya mendung ni akan sampai ke petang. Maknanya hari ni memang takde sinaran terik mentari. Bagus ke tak bagus? Bagi aku, ok je.. Kebanyakan orang kalau cuaca mendung2 macam ni lebih suke habiskan masa utk tidur betol tak? Tapi aku lain sikit, aku akan rasa rugi kalau hari mendung sejuk2 begini tak dinikmati...rasa disia-siakan macam tu je..sebab aku memang suke mendung2 ni, lagi buatkan aku segar dan bertenaga untuk melakukan sebarang urusan di luar mahupun di dalam rumah.

Okaylah nanti sambung lagi, aku dgn Syah kene bergerak ke Sime Darby dan kemudian ke LCCT untuk mengambil Uncle Tajoddin (Ayah Syah).

Sepanjang perjalanan nanti pasti banyak pemandangan & shot2 yang menarik. Nantikan!!

Bye



Thursday, December 3, 2009

Miskinkah orang itu?



Hakikat Orang Yang Miskin

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain). ” (al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang miskin adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak mahu menampakkan kemiskinannya kepada orang lain. Dia tidak mengemis ke sana sini sebaliknya berusaha mencari pendapatan sendiri. Orang sebeginilah yang layak menerima sedekah dan mendapat bantuan.

Aktiviti malam tadi.. =P

Salam.

Jumpa lagi dalam entri kali ni. Hari ni pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah untuk pergi hantar Cik Maslinda ke LRT. Kesian dia dah lambat sebab hujan lebat. Hope hari ni kerja dia tak heavy sangat.

Esok dia cuti Yey!

Hehe..memandangkan dia cuti esok jadi dia plan nak ajak aku tengok wayang malam ni (dah lama dia ajak nak pergi malam ni, kene tunaikan). Kalau pergi esok susah sikit sebab hari Jumaat, kene pergi semayang Jumaat, lainla kalau korang ni memang jenis memonteng semayang (pergi masuk cinema, ni biasanya org yang berkerja, habis cerita 2jam masuk kerja balik) ataupun jenis yg asyik mengelat & beralasan aje tiap-tiap kali hari Jumaat. Kalau korang memang jenis golongan macam ni haa pikirla sendiri. Aku tau ramai kawan-kawan aku macam ni tak payah sebutlah sendiri mau ingat ok!. Ok, sambung balik, dia nak sangat tengok cerita Twilight : New Moon ni. Aku tak pernah tengok, dia pon tak pernah tengok Twilight yang 1st dulu tapi member-member kitorang sibok dok asyik bgtau cerita ni best! cerita ni best!. So, we wait & see tonite!! Hope berbaloilah tengok cerita ni. Berbaloi-baloi! Itu pun kalau jadi malam nilah kalau tak, esok petang jelah.

Malam tadi, aku Syah & Yidzak Selamat lepak kat ofis, kitorang dah lama plan nak rekod video clip balik macam dulu-dulu tapi bukanlah video clip yang high budget punyer cukup sekadar video biasa je hehe insyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti kitorang akan buat video yang
lebih-lebih lagi berkualiti. Jadi, malam tadi tertunai jugaklah buat video haha antara
lagu-lagunya adalah lagu Nur Kasih dan Bismillah, kedua-dua lagu ni dinyanyikan oleh Yassin. Yasssin ni memang feveret kitorang jugak, suara dan lagu-lagu dia unik-unik belaka + mesti SEDAP! Dalam pukul 3 pagi tadi baru kitorang balik rumah masing-masing. Akan bersambung malam ni takpun lain-lain hari pulak bergantung kepada free masing2.

Ok malas nak cerita panjang2 lagi tengok jelah gambar2 ni. Orang kata,
A picture tells a thousand words kan?


Layan maggie dulu haha

Ketibaan Yidzak (seniman Tuvalu) yang agung!

Syah (Pejuang hak asasi wanita Tuvalu)


Pejuang Kebebasan & Keamanan warga Tuvalu, sedang memberi komen yang bernas dan membina kahkah


*Ramli Sarip*

Lirik lagu Bismillah, Yassin



Berpuas hati dengan prestasi kedua-duanya hahaha






Wednesday, December 2, 2009

BISMILLAH untuk malam ini



Aku insan damba aman
cari ilham damaikan satu alam
aku insan mendambakan
cari sayang damaikan seluruh alam

bila kau mencari damai di sanubari
dari segala gala yang kau kesali
bilakan berhenti sesal dan menyesali
tersungkur dan menangis di pintu hati

benderang cahaya di atasnya cahaya
terangi alam yang gelap gelita
bismillah majreha bismillahi mursaha
kau seru kau puja suci namanya

oooh…

seterang bintang di langit tinggi
menyinari musafir yang mencari di kembara sepi

Tuesday, December 1, 2009

Macam best je cerita nih.. My Spy


KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2009: Selain gandingan mantap AC Mizal dan Harun Salim Bachik, kolaborasi kreatif antara KRU Studios bersama sentuhan humor pengarah Adflin Shauki, diyakini mampu menjual filem My Spy.

Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga merangkap Penerbit Eksekutif My Spy turut menjelaskan bahawa filem ini turut menepati selera segenap lapisan bangsa apabila menampilkan pelakon pelbagai kaum. "Selepas Cicakman 1 dan 2, filem My Spy meneruskan tradisi kami (KRU Studios) dalam menerbitkan filem-filem bercorak aksi komedi. Selain menggunakan teknologi terkini, My Spy juga lebih istimewa dengan sentuhan Adflin. Memang sedia maklum, Adflin seorang pengarah yang banyak menghasilkan filem berunsur jenaka.

"Bukan itu saja, My Spy merupakan filem yang mempunyai nilai-nilai Malaysia dan tidak terhad kepada penonton Melayu saja. Ia adalah terjemahan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Ia terpancar melalui barisan pelakon yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, Kadazan dan sebagainya.

"Pendekatan itu merupakan salah satu formula dalam usaha menarik perhatian lebih ramai penonton selain menjadi filem tempatan bersifat global," kata Norman ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana
My Spy di Golden Screen Cinemas (GSC), baru-baru ini. Selain Harum Salim Bachik dan AC Mizal, My Spy turut dibintangi Ridzuan Hashim, Hannah Tan, Daphne Iking, Maria Farida dan Carmen Soo. My Spy yang menelan belanja RM2 juta menjadikan Langkawi sebagai lokasi utama penggambaran.

Ia bakal menemui penonton dipawagam seluruh negara bermula 3 Disember ini. Ia mengisahkan dua mata gelap peribadi AJ (AC Mizal) dan Salleh (Harun) betungkus lumus bersaing menyiasat kegiataan ahli perniagaan Datuk O atau Osman. Tugas tersebut diarahkan isteri Datuk O sendiri iaitu Datin Mariana yang mengesyaki suaminya itu bermain kayu tiga. Angan-angan untuk menjadi mata-mata hebat nyata menjadi lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan. Mereka yang mengahapi kesulitan setelah sukar untuk mendapatkan bukti malahan terpaksa berhadapan dengan orang suruhan Datuk O sendiri.

Meneruskan tradisi filem KRU Studios, My Spy tidak ketinggalan mengetengahkan penggunaan elemen CGI. Kali ini, penonton pasti tidak kering gusi menyaksikan bagaimana watak Salleh, berkomunikasi dengan beg dan keretanya sendiri. Manakala lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU) nyanyian duet Stacy dan Adam turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem tersebut.

Apabila kekuatan sendiri dilupakan - Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah


Mingguan Malaysia, 15 Nov 2009

Seperti yang dijangka pantang soal pendidikan vernakular disentuh, maka melompatlah segelintir ultra kiasu ini. Mereka mengatakan itu hak mereka. Kepentingan etnik mesti dijaga. Jangan campurtangan. Sedangkan saya bercakap dalam soal pembinaan negara bangsa, memperkasakan masa depan dan kepentingan nasional, dengan tidak menafikan hak bangsa lain untuk belajar bahasa ibunda. Apakah kita masih tidak faham? Lebih ekstrim lagi, mereka mencadangkan jika mahu dibuat sekolah satu aliran, jadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata merekamengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandanganterhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama?

Maka tidak hairanlah hari ini mereka amat bangga dan megah dengan nama-nama tambahan seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadangkala naik mual memanggil dan mendengarnya. Mereka bangga dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat. Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard dan glamour? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah 1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.

Bukanlah niat saya untuk menanamkan api kebencian antara kaum. Tetapi serangan demi serangan menyebabkan saya terpaksa berterus-terang bagi menunjukkan segelintir mereka ini yang tidak pernah bersyukur. Mereka lebih rela diasimilasi dan diakulturasikan dengan barat berbanding Melayu dan Islam.

Apa jua perkara yang berkaitan asimilasi dan akulturasi dengan Melayu Islam akan dipandang rendah dan langsung tidak akan diamalkan. Manakala cara hidup barat diterima bulat-bulat. Misalnya, cara hidup Melayu seperti berpakaian Melayu, bersongkok, makan menggunakan tangan dan muzik Melayu. Pernahkah kita lihat orang bukan Melayu sekurang-kurangnya mengakulturasikan dengan cara sedemikian? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.

Dalam konteks 1Malaysia, adalah lebih wajar kita mengasimilasikan atau mengakuturasikan diri dengan cara hidup Melayu Islam, kerana ia lebih membawa manfaat kepada masa depan negara. Orang Islam amat kagum dan mudah cair jika ada di kalangan bukan Melayu yang mencuba meminjam cara hidup mereka. Ini tidak, kita lebih barat dari barat. Termasuk juga dengan orang Melayu. Kadang-kadang sampai terlupa bahawa mereka ini orang Melayu kerana terlalu kebaratan.

Sebagai Cina Muslim, bangsa saya memang tidak mahu dikaitkan dengan Melayu langsung terutama dari segi cara hidup. Kalau adanya yang berjinak-jinak dengan Melayu hanyalah untuk dipergunakan dan diperalatkan. Amat sedikit sekali orang Melayu yang bekerja di syarikat-syarikat bukan Melayu. Syarat-syarat seperti keupayaan bahasa Mandarin dijadikan alasan untuk menolak pekerja Melayu. Berbanding dengan syarikat-syarikat Melayu yang mengambil pekerja-pekerja bukan Melayu, atas alasan bukan Melayu lebih rajin daripada Melayu. Bahkan, kadangkala bukan Melayu juga dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Siapakah yang lebih sanggup memberi dan menerima sebenarnya dalam hal ini?

Kalau adapun orang Melayu (termasuk Indonesia) diambil bekerja hanya dipergunakan untuk melariskan jualan makanan dan perkhidmatan. Melayu diperalatkan. Nama Melayu akan digunakan untuk melariskan jualan seperti jenama makanan yang mempunyai nama-nama Melayu dan Islam. Sedangkan hak-hak mereka asas mereka tidak penuhi. Orang Melayu tetap redha sebab itulah periuk nasi mereka. Berapa pekerja-pekerja Melayu Islam yang datang mengadu kepada saya kerana dihalang untuk solat Jumaat dan solat fardu? Saya boleh senaraikan satu per satu syarikat tersebut. Solat dikatakan membuang masa dan mengurangkan kualiti dan produktiviti. Sedangkan kita sedia maklum, semakin takut seseorang itu dengan Allah, semakin kuat dia bekerja untuk manusia, sama ada majikannya itu Islam atau tidak. Sifat takutkan Allah akan menjadikan dia berhati-hati melakukan pekerjaan. Saya tidak nafikan ada yang kuat solat, tetapi malas dan culas.

Apakah wujud perancangan untuk memisahkan orang Melayu dengan Tuhannya agar mereka menjadi cair?Apabila ikatan mereka dengan Allah telah cair, maka lunturlah semangat jihad mereka, maka mudahkan untuk mensekularkan dan menguasai mereka. Inilah tindakan licik yang mesti kita sedar. Saya tidak maksudkan jihad itu dengan berperang, tetapi cukup sekadar jihad itu menuntut perubahan untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan Maha Pencipta.

Kadangkala saya tidak menyalahkan mereka. Mereka mencari dan mengambil kesempatan. Kita sahaja yang leka dan syok sendiri. Kita tidak menghargai apa yang kita ada, apatah lagi untuk menguatkuasakannya. Kita rela korbankan segala yang ada pada kita asalkan negara dapat bergerak maju ke hadapan, walaupun yang dikorbankan itu adalah maruah agama dan bangsa. Misalnya kedudukan bahasa dan dasar pendidikan.

Kenapa kita tidak kaji kekuatan yang ada pada kita sebelum mengkaji kekuatan orang lain? Saya amat pelik kadang-kadang, kita begitu beriya-iya mengkaji orang lain sehingga terlupa kepada diri sendiri. Ini menyebabkan kekuatan sendiri terabai disebabkan oleh terlalu taksub terhadap orang lain. Apakah ini sebenarnya sekularisme?

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar diwajibkan belajar dan memahami pelbagai teori yang datang daripada barat (terutamanya) dan timur daripada tokoh-tokoh tertentu. Teori-teori ini bukan sahaja disuruh hafal, malahan mereka yang berjaya menerangkan lebih lanjut itulah pelajar yang terbaik dan diberi markah tinggi. Contoh kecil, teori strategi dan peperangan Tsun Tzu. Pelajar-pelajar dipaksa menghadam teori ini luar dan dalam, kulit ke kulit, sehingga kadangkala terlupa tanggungjawab terhadap al-Quran dan Sunnah. Strategi Tsun Tzu tidak hanya diaplikasikan dalam peperangan tetapi juga dalam perniagaan. Sedangkan Tsun Tzu tidak pernah masuk universiti, apatah lagi mengambil SPM dan PMR.

Paling saya hairan, kita lupa dalam agama kita ada pakar dan pemikiran strategi perang yang cukup hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Khalid Ibn Walid, Omar al-Khattab, Salahuddin al-Ayubi dan sebagainya. Tokoh-tokoh amat jarang dibincang dan ketengahkan. Apatah lagi untuk dihafal teori-teorinya. Apakah kurangnya tokoh-tokoh ini berbanding dengan Tsun Tzu, Kautilya (India), Clausewitz, Duhe dan sebagainya? Saya tidak menolak tokoh-tokoh ini, tetapi biarlah diseimbangkan dengan tokoh kita yang tidak kurang hebatnya.

Apakah Tsun Tzu pernah mendapat ijazah atau PhD daripada universiti? Tidak juga. Kenapa hari ini pelajar-pelajar universiti pelbagai peringkat mengkaji strategi peperangan orang yang tidak pernahpun ada atau masuk universiti? Nabi Muhammad SAWpun tidak pernah masuk universiti. Tetapi Nabi adalah Rasul pilihan Allah. Makamnya amat tinggi. Maka tidak hairan Michael Hart (2006) meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia agong maha hebat daripada 100 orang terhebat dunia meninggalkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha, Konfucius, Aristotle, Tsun Tzu dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Malangnya tidak ramai yang mengkaji.

Hari ini sudah terbalik, barat amat berminat mengkaji peribadi orang timur. Tetapi orang timur sibuk mengkaji barat sehingga terabai kehebatan tokoh sendiri. Justeru, saya tidak hairan, bila orang bukan Islam tidak mahu diasimilasikan atau diakulturasikan sebab kita tidak pernah hormat diri tokoh kita atau diri sendiri.

Saya tidak percaya kita boleh bangun dengan acuan orang lain. Sejarah menunjukkan semua bangsa bangkit dengan kekuatan dan acuan sendiri. Jepun bangkit dengan semangat Kejepunan, Cina dengan semangat Kecinaan. Apakah kita mahu bangun dengan semangat kebaratan? Sudah tentu orang Islam mesti bangun dengan semangat keIslaman. Barulah kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat penting kementerian. Kebetulan dalam mesyuarat tersebut ada seorang usahawan Amerika boleh berbahasa Melayu secara pelat. Hanya kerana seorang Mat Salleh, serta merta pengerusi mesyuarat terpaksa korbankan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya amat yakin presiden Iran tidak akan sama sekali melakukan sedemikian, walaupun beliau pandai berbahasa Inggeris. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan bahasa sendiri, siapa lagi yang mahu kita harapkan untuk mendaulatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Damainya Cinta untuk hari ini

Salam.

Damainya Cinta nyanyian band GIGI..merupakan antara lagu feveret aku dulu sampai sekarangla tapi dah kureng sikit minat band-band Indonesia ni sejak banyaknya kemunculan band ala-ala Indonesia ni kat Malaysia sekitar tahun 2003-2007 sampai rasa dah muak dengar lagu band yang lebih kurang sama je bunyiknyer.

Masa sekolah dulu (tahun 2000-2004) selalula layan band Indon ni, time tu mula2 antara yang famous adalah band DEWA, PADI dan GIGI oowh termasuk sekali band SLANK (sama legend macam SEARCH kat Malaysia) ni.

Band-band ni jela aku selalu layan time tu tak banyak lagi band2 Indon. Tapi lepas-lepas tu dah banyak dah sampai menyampah & meluat tengok band-band Indon yang lain termasuklah band Malaysia yang ala-ala Indon, band-band yang aku suke ni dah jadi tak RARE disebabkan oleh mereka2 ini.

Ok cukup. Untuk hari ni aku letak video clip lagu Damainya Cinta - GIGI berserta dengan liriknya sekali. Siapa yang pernah dengar, silalah dengar lagi sekali. Untuk siapa yang tak pernah dengar tolonnnnglah dengar lagu ni. Sangat2 BEST dan berkualiti nyanyiannya (Arman Maulana - vokalis)

Enjoy!



Damainya Cinta

Sinar matamu
Pancarkan kedamaian
Yang s’lama ini kita impikan
Lirih suaramu
Taburkan kesejukan
Besar artinya untuk diriku

Lembut sikapmu
Hadirkan kehangatan
Yang s’lalu ingin ku ungkapkan

Manis senyummu
Getarkan jiwa ini
Abadilah adanya dirimu

Damainya cinta untukmu…
Yang takkan mungkin hilang semua
Lembutnya cinta untukku…
‘Kan kupeluk s’lamanya…

Agungnya cinta
Menunggu disana
Raih dengan hati yang terbuka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails