Tuesday, December 1, 2009

Macam best je cerita nih.. My Spy


KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2009: Selain gandingan mantap AC Mizal dan Harun Salim Bachik, kolaborasi kreatif antara KRU Studios bersama sentuhan humor pengarah Adflin Shauki, diyakini mampu menjual filem My Spy.

Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga merangkap Penerbit Eksekutif My Spy turut menjelaskan bahawa filem ini turut menepati selera segenap lapisan bangsa apabila menampilkan pelakon pelbagai kaum. "Selepas Cicakman 1 dan 2, filem My Spy meneruskan tradisi kami (KRU Studios) dalam menerbitkan filem-filem bercorak aksi komedi. Selain menggunakan teknologi terkini, My Spy juga lebih istimewa dengan sentuhan Adflin. Memang sedia maklum, Adflin seorang pengarah yang banyak menghasilkan filem berunsur jenaka.

"Bukan itu saja, My Spy merupakan filem yang mempunyai nilai-nilai Malaysia dan tidak terhad kepada penonton Melayu saja. Ia adalah terjemahan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Ia terpancar melalui barisan pelakon yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, Kadazan dan sebagainya.

"Pendekatan itu merupakan salah satu formula dalam usaha menarik perhatian lebih ramai penonton selain menjadi filem tempatan bersifat global," kata Norman ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana
My Spy di Golden Screen Cinemas (GSC), baru-baru ini. Selain Harum Salim Bachik dan AC Mizal, My Spy turut dibintangi Ridzuan Hashim, Hannah Tan, Daphne Iking, Maria Farida dan Carmen Soo. My Spy yang menelan belanja RM2 juta menjadikan Langkawi sebagai lokasi utama penggambaran.

Ia bakal menemui penonton dipawagam seluruh negara bermula 3 Disember ini. Ia mengisahkan dua mata gelap peribadi AJ (AC Mizal) dan Salleh (Harun) betungkus lumus bersaing menyiasat kegiataan ahli perniagaan Datuk O atau Osman. Tugas tersebut diarahkan isteri Datuk O sendiri iaitu Datin Mariana yang mengesyaki suaminya itu bermain kayu tiga. Angan-angan untuk menjadi mata-mata hebat nyata menjadi lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan. Mereka yang mengahapi kesulitan setelah sukar untuk mendapatkan bukti malahan terpaksa berhadapan dengan orang suruhan Datuk O sendiri.

Meneruskan tradisi filem KRU Studios, My Spy tidak ketinggalan mengetengahkan penggunaan elemen CGI. Kali ini, penonton pasti tidak kering gusi menyaksikan bagaimana watak Salleh, berkomunikasi dengan beg dan keretanya sendiri. Manakala lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU) nyanyian duet Stacy dan Adam turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails