Thursday, December 17, 2009

Post ke-99!


Post ke-99.

1. Owh dah post ke-99 ke?

2. Salam Maal Hijrah 1431H sekali lagi. Semoga apa yang kita lakukan selepas ini akan lebih diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

3. Setelah kemarau 2o tahun, skuad bola sepak Malaysia U-23 kita berjaya mengalahkan pasukan Vietnam sebentar tadi dan sekaligus merangkul pingat emas untuk Malaysia dalam Sukan SEA kali ini. Tahniah diucapkan.

4. Semester baru akan bermula tidak lama lagi. Perasaan : takde hati takde minat takde mood. Terima kasih.

5. Sekarang tengah bad mood dengan segelintir orang. Encik, tolong jangan riak. Kalau niat encik baik, sila ajak saya sekali bukannya menunjuk2. Kalau menunjuk2 maka segala-galanya akan jadi sia-sia belaka.

6. Salahkah kalau seorang penagih dadah (masih lagi menagih tp sedang berusaha berhenti) menasihati orang lain untuk jangan gatal2 terlibat dengan najis dadah? Salahkan seorang perokok (masih lagi merokok tp sedang berusaha berhenti) menasihati orang lain supaya jangan gatal2 nak merokok? Salahkan seorang kaki minum (masih lagi minum tp sedang berusaha berhenti) menasihati orang lain supaya jangan mula untuk meminum arak?

Bagi aku, tak salah malah kalau aku jadi orang yang dinasihati tu, aku akan dengar nasihat mereka sebabnya mereka dah rasa azabnya perbuatan mereka tuh dan mereka berusaha untuk berhenti.

7. Lusa, 19th Disember, adalah tarikh yang istimewa. Nantikannya!

8. Nanti aku akan letak post yang ke-100 sesuai dengan tarikh 1 Muharam 1431H. Tahniahlah buat saya yang dahulunye tak gemar langsung untuk ber'blog2' nih kehkeh.

2 comments:

EncikAhmad said...

dah 99!slamat menyambung perjuangan ko berblogging.sape tau, in the future blog ko jadi perhatian public.so keep on posting beb!

Asraf Mahmud said...

Thanks bro. Tak berniat nak jadikan blog ni perhatian public.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails