Thursday, December 24, 2009

Holiday!!


Singapura

Apa ada di Singapura?

Sebelum ini pernah jugak bercadang untuk ke Singapura, teringin melihat cara hidup, kebersihan, rupa-bentuk bangunan, sistem jalan rayanya, kemudahannya, ragam rakyatnya dan macam-macam lagi. Tak pernah sampai lagi.

Alhamdulillah, mungkin rezeki badan, semalam saya dipelawa untuk pergi melawat Singapura buat kali pertama untuk menemani kakak sendiri. Percutian ini di-sponsor sepenuhnya, best kan? tapi lagi best kalau dapat pergi dengan menggunakan duit sendiri, lagi puas hati (tak cukup budgetlah).

Kata orang, Singapura sangat bersih persekitarannya. Mungkin benar kenyataan itu, namun persoalannya adakah persekitarannya shj yang bersih? Bagaimana pula keadaan hati rakyat dan pemerintahnya? Adakah sama bersih?

Dulu, saya pernah mempunyai kenalan dan saudara berwarganegara Singapura, mereka bijak, pandai dan agak mewah kehidupannya tapi malangnya adab dan budi bahasa diletakkan di tapak kaki mereka, di bawah sekali, paling bawah. Mungkin inilah 'bersih' yang dimaksudkan?

Namun tak semua rakyatnya bersikap begini, ramai juga yang masih mempunyai adab dan sopan santun yang tinggi, harap di sana nanti dapatlah berjumpa dengan orang sebegini.

Tahun lepas 2008, saya berpeluang melawat Jakarta selama beberapa hari, bandar yang sangat sesak dan ber'habuk', banyak bangunannya yang lebih cantik berbanding di Malaysia namun persekitarannya lebih 'kotor' dari negara kita sendiri.

Jalan di sana padat dengan kenderaan, sangat padat, suasananya boleh dikatakan 'huru-hara', setiap saat tidak terlepas untuk mendengar bunyi hon di sana di sini, macam pesta hon pun ada haha tapi yang menariknya, walaupun jalannya padat dengan kenderaan namun kemalangan jarang berlaku, tak silap saya jika mengikut statistik, kadar kemalangan di sana jauh lebih rendah berbanding Kuala Lumpur sendiri. Mengagumkan bukan? Mungkin kerana bunyi riuh rendah hon itu membantu mereka untuk lebih berhati-hati dan berwaspada kot hehe.

Terfikir, kenapalah di Malaysia ni banyak sangat kemalangan berlaku? Salah orangnya ke? Salah sistem jalannya ke? Salah kenderaannya ke?

Okaylah, entri kali ini mungkin merupakan entri yang terakhir untuk minggu ini, malam ini pukul 930mlm saya sudah berangkat ke Temasek menaiki train, berapa jam agaknya baru sampai ye? 1st time naik train nih. Doa-doakan segala-galanya berjalan lancar dan selamat. Nantikan gambar-gambar menarik dari saya minggu hadapan. Ahad nanti saya kembali ke Malaysia dan mungkin akan ada sedikit entri pendek berkenaan 'holiday' ini.

Saya pasti kali ini akan menjanjikan pengalaman yang lebih menarik dan menyeronokkan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails