Tuesday, December 15, 2009

Sanggup tak?


Salam.

Siang ni aku & Syah ada kat ofis sekejap je. Tengahari, kitorang balik ke rumah Syah untuk lunch dan aku sempat pergi membeli Nasi Ayam feveret kitorang kat Dato' Keramat tuh. Kedai tu berdekatan dengan Pasar Keramat, bersebelahan dengan kedai keropok lekor serta betul2 berhadapan dengan masjid, tapi terlupa pulak nama masjidnya. Kalau korang singgah ke Dato Keramat, pergila cuba makan Nasi Ayam di situ, waktu lunch dalam pukul 12pm-2pm memang sangat penuh sampai beratur panjanglah, ramai pegawai2 tentera yang berkerja di Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH) selalu lunch di sana. Kalau bernasib baik, tak ramai orang, tapi kalau tak, korang terpaksalah ikut sekali beratur. Jangan risau, ramai2 orang pon servis dorang memang cepat. Kira MANTOP jugakla!! Hehe sempat promote pulak.

Okeh, untuk entri kali ni aku nak sentuh pasal isu poligami tapi takkan menyentuh secara mendalam. Poligami...hehe tajuk yang agak ditakuti oleh kaum Hawa tapi barangkali digemari oleh kaum Adam. Takdelah cuma nak tau apa pandangan korang tentang poligami ni? Berapa ramai suami-suami yang ada pasang niat untuk berpoligami dan berapa ramai pula isteri-isteri yang sanggup hidup bermadu? Berapa ramai suami yang mampu? dan....Adakah poligami ini suatu keharusan atau hanya sekadar alasan si suami untuk menggatal?? Hahaha....gurau je...

Sebelum tu, kita fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan poligami nih. Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan lebih dari seorang wanita pada satu-satu masa (maksimum 4 orang je okay!). Antara syarat-syarat berpoligami adalah:

1. Berkemampuan untuk menaggung nafkah isteri-isteri.
2. Berlaku adil kepada semua isteri.

Haa...agak2 yang si suami-suami ni mampu tak buat dua syarat-syarat ni? dan untuk isteri-isteri, korang sanggup tak bermadu kalau suami korang mampu buat semua ni? Jawab jangan tak jawab.

Walaubagaimanapun, poligami ni sendiri menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam sebabnya dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perangai suka 'membela' perempuan2 simpanan yang pastinya telah berlaku zalim terhadap diri sendiri dan wanita. Namun begitu nikmat poligami ni seharusnnya dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab bukan pakai redah aje. Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu dan poligami ni sebenarnya adalah suatu keharusan bersyarat.

Apa pandangan korang pulak?
Berapa ramai suami-suami yang pasang niat untuk berpoligami?
Berapa ramai pula isteri-isteri yang sanggup hidup bermadu?
Korang sanggup?

Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

(Sumber gambar : abuthalhah.wordpress.com )

4 comments:

EncikAhmad said...

aku menyokong sunnah Nabi.tapi aku tau,macam mana kaya pun aku takkan mampu berpoligami.1st,aku tau aku tak boleh sayang dan bertanggungjawab kpd lbh dari satu pompuan.2nd,kalau pun aku adil,tapi aku tau hati pompuan ni mudah tersentuh.mesti luluh hati diorang bila diduakan.3rd,Nabi berpoligami sebab nak selamatkan kaum wanita drpd terpesong akidah(baca sejarah Nabi),dikhianati,etc.zaman skrg org laki kawin banyak sebab seks.diorang kata nak kepuasan,tapi perasan x sbnanya diorang sendiri tak mampu nak puaskan hati,nafsu even 1st wife pon.dah la jarang adil,soru pon miss!

*Dalam maksudnya bila Nabi kata lelaki boleh berpoligami sekiranya MAMPU.jgn sempit fikiran.mampu is not only about money.

Salik said...

Betul2..zaman sekarang ni bukan ape, lebih cenderung kepada nafus semata-mata.

Kalau berpoligami dengan niat yang bagus takpelah.

Apa-apa pun kita bukan menentang poligami kerana poligami adalah sunnah Nabi, malahan kita menyokong poligami tapi bukanlah poligami yang membuta tuli.

POLIGAMI ADALAH SUATU KEHARUSAN BERSYARAT.

Wallahualam.

rosnanie said...

Perempuan tidak akan menolak jika betul lelaki berpoligami boleh berlaku adil. Kebanyakan yang berkahwin lebih dari satu sbb mereka nak merasa lebih dari satu, nak buat zina takut, jd kawin lain. Cuma masalahnya boleh ker berlaku adil? Adil ni terlalu subjektif, jika sendiri merasa sudah cukup adil, tetapi isteri2 merasakan tidak, so masih tidak adil. Sementelah pula dgn ilmu yg tidak seberapa bagaimana nk mengajar isteri2 supaya bersyukur dan berterima kasih kepada keadilan yg diberikan? Akan terjadi sampai bila2 pn si isteri akan merasa tidak adil.
Kaum lelaki ni kena tanya kemampuan sendiri dari segi zahir dan batin dan jgn lupa kerohanian. Jika kerohanian diabaikan, sampai bila pn si suami itu sebenarnya masih lagi diketegorikan sebagai tidak mampu.
Asraf, nak ulas banyak sgt sebenarnya. Wanita tak pernah mengatakan tidak pada poligami sebenarnya kerana itu adalah sunnah, tetapi orang lelaki kena ukur baju di badan sendiri, sedangkan TGNA dan TGHH pn isterinya seorang, kenapa orang lain memilih untuk berkahwin lebih dari seorang?

p/s encikwahab, terima kasih,

Salik said...

p/s encikwahab, terima kasih,

Siapakah encikwahab ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails