Wednesday, December 23, 2009

AVATAR memang best!


Sekadar berkongsi...

Baca sini dulu!

Komen : Filem ini memang sangat best, 5STAR! Avatar adalah filem penutup tahun ini yang sangat bagus! Sebuah filem yang sangat unik, walaupun penuh dengan CGI dan 3D, namun tak terasa pulak nak muntah macam menonton sesetengah filem CGI yang lain. Mungkin kerana, filem ini banyak berlatar-belakangkan hutan, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang unik dan indah. Terpesona jugaklah melihat keindahan yang hutan yang ditunjukkan, rasa macam teringin untuk ke sana...serius. Walaupun filem ini sangat lama, iaitu hampir 3jam namun tak terasa lamanya, mungkin kerana jalan cerita yang menarik ditambah pula grafik yang sangat cantik. Filem ini telah pun melepasi 'benchmark' yang saya jangkakan, maka dengan itu untuk koleksi peribadi saya filem Avatar ini menjadi filem terbaik tahun 2009 mengalahkan filem Transformers : Revenge of the fallen. . Two Thumbs Up!

p/s : Teringin nak menonton sekali lagi.

5 comments:

rosnanie said...

salam, agak2 sesuai tak untuk kanak2 bwh 12 thn? Cmana dgn tahap SX dan SG dia

Asraf Mahmud said...

Filem ini PG-13... Walaubagaimanapun, unsur2 SX dan SG terkawal dan TIADA adegan yang pelik2, saya berani ckp filem ini antara filem yang mempunyai adegan SX dan SG yang sangat3 MINIMUM berbanding filem barat yang lain...filem ini lebih banyak aksi dan keindahan alam dorang...daya imaginasi yang sangat tinggi...tu pendapat sayalah, dan kalau sekarang saya ada anak, saya tak takut untuk bawa sama menonton AVATAR...hehe cume tanya pendapat orang lain pula...

azrey said...

bagus!
mesti tonton!
tapi saya tak tonton lagi!
mesti tonton!

EncikAhmad said...

pendapat yang bagus dan solid daripada encik muhd asraf!tapi sayangnya tak tau kenapa, aku memang agak ralat untuk tengok movie yang ada banyak cgi.haih..mungkin aku seorang yang terlalu simple dan mengharapkan kejadian yang boleh dijangka macam cerekarama kot..

Asraf Mahmud said...

syah, bile masa pulak ko layan cerekarama?

aku tau ko tak suke cgi2 nih..aku pon tak suke tapi CUBALAH dulu...jadi flexible sikit jgnlah fix sgt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails