Tuesday, December 22, 2009

Duduklah....

Seorang pakcik (61thn) berada dalam LRT-dari Stesen Setiawangsa menuju ke Stesen Ampang Park. Suasana dalam LRT agak ramai orang. Masing-masing ada destinasi tersendiri. (Sumber gambar contoh : asianimages.wordpress)

Pakcik MM : (sedang berdiri menunggu destinasi tiba)
'Chinese Girl' : (sedang duduk)

'Chinese girl' itu bangun lalu mempelawa Pakcik MM duduk.

'Chinese Girl' : Duduklah pakcik..
Pakcik MM : Eh takpelah
'Chinese Girl' : Duduklah..
Pakcik MM : Terima Kasihlah (sambil duduk)
'Chinese Girl' : (Menganggukkan kepalanya)
Pakcik MM : Dah tua rupanya aku nih (dalam hati)

Di sekeliling pakcik itu terdapat beberapa remaja Melayu yang seperti tidak mengendahkan kehadiran Pakcik MM tersebut. Tertanya-tanya, adakah remaja Melayu sekarang sudah semakin kurang sopan santunnya? Dimanakah kata-kata "Orang Melayu baik budi pekerti, sopan-santun.." ?

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" Benar, tetapi biarlah Melayu itu, Melayu yang terpelihara budi pekerti dan sopan-santunnya.


6 comments:

EncikAhmad said...

aku rasa pakcik MM tu mesti ayah kau kan?well,orang kita memang makin maju,tapi kebanyakannya dalam kategori dapat 1,tinggal 1. Nak tau maksud dia? kalau sebelum tu diorang miskin, diorang akan berbudi bahasa.tapi bila dah senang,diorang tinggalkan budi tu.diorang 'tak mampu' untuk bawak dua2 sekali,moral dan kekayaan.sikit sebanyak entri kau kali ni buatkan aku berfikir dan berpesan pada diri sendiri utk jadi manusia yg lebih prihatin dan tak pentingkan diri sendiri.

Asraf Mahmud said...

Dapat 1 tinggal 1? Paham2...teringat pulak ada kata orang, kadang2 kalau Allah tu kurniakan kita suatu nikmat dalam masa yang sama Dia akan tarik pulak suatu nikmat yang lain daripada kita. Cthnya, Allah bg kita nikmat kekayaan harta dunia tp Dia akan tarik pulak nikmat kebahagiaan drpd kita...itulah kata orang..taktahulah Wallahualam.

rosnanie said...

salam asraf
memang biasa jd mcm ni. Betul, kdg2 sedih tgk ank2 muda skrg, tiada lgi nilai2 ketimuran. Kita perhatikan, pakai smart, rupa smart, tp selamba jer duduk tanpa pedulikan golongan kurang upaya. Tp ada pulak, baju selekeh, koyak sana sini, siap telinga bertindik lagi, tp lebih prihatin. Saya pn pernah masukkan dalam entry sy pasal ni. Kdg2 terfikir, adakah mereka menunggu sehingga mereka berada dlm situasi tersebut baru mereka nk insaf? Padahal masa tu tentu sudah terlambat untuk mereka

Asraf Mahmud said...

oowh...lupe pulak, remaja Melayu yang sekeliling tu, mereka duduk di tempat OKU,wanita mengandung tuh...

EncikAhmad said...

duduk kat tempat OKU?ha,lagi 'berkat'!alap,apa kata bila free nanti kat bwk kamera naik lrt masa weekend,then kita snap sapa2 yang buat perangai x senonoh?ala,mcm edisi siasat tu..aku berani ambik risiko!

Asraf Mahmud said...

memang aku ade plan pon....lg satu aku nak snap melayu2 yg dok beli nombor ekor kat melawati tuh...kalau ade la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails