Saturday, May 29, 2010

Jikalau kaum Yahudi dan Nasrani masuk ke syurga..

Imam Muhammad Abduh

Pada suatu hari, Al-Imam Muhammad Abduh diminta datang ke istana Al-Khadewi Abbas, Ketua negara Mesir. Di sana sudah hadir wakil kaum Nasrani dan wakil kaum Yahudi. Lalu, kedua-dua wakil diperkenalkan Ketua Mesir kepada Imam Muhammad Abduh, katanya : "Ya Muhammad, ini adalah wakil Nasrani dan ini pula wakil Yahudi, anda pula sebagai wakil Muslimin. Aku ingin kamu semua membuktikan kepadaku bahawa kaum yang mana satu antara kalian bertiga akan dimasukkan ke dalam syurga?"

Wakli Nasrani berkata : "Biarlah wakil Yahudi yang berbicara terlebih dahulu!"

Tetapi wakil Yahudi pula mengelak dan berkata : "Biarlah sahaja wakil Muslimin yang mula berbicara!"

Ketua Mesir pun akhirnya berkata : "Baiklah ya Imam Muhammad, berbicaralah terlebih dahulu!"

Imam Muhammad Abduh lalu berkata dengan singkat, pantas, jelas dan padat serta penuh kepastian. Katanya : "Kalau kaum Yahudi akan dimasukkan ke dalam syurga, tentu kami juga akan dimasukkan ke dalam syurga kerana kami percaya dengan Musa dan risalahnya. Begitu pula kalau kaum Nasrani akan dimasukkan ke dalam syurga, tentu sahaja kami juga akan dimasukkan ke dalam syurga kerana kami juga percaya dengan Isa dan risalahnya. Tetapi jikalau kami dimasukkan ke dalam syurga, kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka tidak percaya kepada Muhammad SAW dan risalahnya!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails