Monday, June 6, 2011

Siapa dia kaum Mujassimah?

KAUM MUJASSIMAH  
  1. Setengahnya beriktiqad: “Allah itu jauhar yang maujud”.
  2. Kata setengahnya: “Allah itu jisim tetapi tidak seperti jisim yang lainnya”.
  3. Setengahnya beriktiqad: “Allah berupa seperti rupa manusia”.
  4. Setengahnya beriktiqad: “Allah Ta’ala ada daging darah, ada muka, tangan, jari dan kaki”.
  5. Setengahnya beriktiqad: “Allah ada rupa tetapi tidak diketahui bagaimana rupa-Nya”.
  6. Setengahnya beriktiqad: “Allah datang, turun, naik, bergerak dan berpindah”.
  7. Setengahnya beriktiqad: “Allah duduk atas ‘Arasy”.
  8. Setengahnya beriktiqad: “Allah masuk pada Arasy, dan Arasy tempat kediaman-Nya”. Kata Imam Fakhrud-Din al-Razi kaum yang memahami ayat mutasyabihat secara zahir lafaz demikian menjadi kafir kerana disabitkan bagi Allah jisim dan jisim itu disembahnya.

Kata Imam Ahmad: “Sesiapa yang mentasybihkan Allah dengan makhluk menjadi kafir.

Ini diikuti dengan larangan mengikut kaum yang bid’ah dengan dibawa beberapa maksud hadith. Kemudian dibahagikan bid’ah itu kepada pembahagian mengikut hukum yang lima (5) mengikut huraian Syaikh ‘Izzuddin Ibn ‘Abdus-Salam. Juga diikuti dengan contoh-contoh bid’ah. Kemudian dibicarakan juga masalah-masalah berhubungan dengan jin dan hukum tentang murtad dan taubat serta jenis-jenis dosa anak Adam. (hlm 19-28).

Sumber : Artikel PENDIDIKAN DAN DAKWAH 
SYAIKH ARSYAD AL-BANJARI (SIRI II) AKHIR 
- Ustaz Sidi (April,2011)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails