Monday, June 27, 2011

Tausiyah & Forum Perdana Sempena Majlis Israk Mikraj

 

Tausiyah & Forum Perdana Sempena Majlis Israk Mikraj 

Depan Sekolah Menengah Agama Jeram, Bt. 20, Jalan Klang

Sabtu, 2 Julai · 3:00pm - 11:00pm
 
TAUSIYAH oleh Habib Omar Abdul Kadir Al-Idrus, Sheikhul Mursyid Kepada DYMM Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 4 petang. Amat sukar untuk menjemput beliau dan gambar beliaulah yang tertera sebagai profail Fakeh Khalifah Saka.

Habib Omar Al-Idrus adalah cucunda ulama besar Terengganu pada abad ke-19, Syed Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh, seorang wali Allah yang penuh keramat serta sangat digeruni penjajah. Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawwuf serta menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan awrad yang disusun oleh bapanya, Tokku Tuan Besar.

Forum Perdana bertajuk FAKEH YANG SUFIYAH oleh Dr Abdull Rahman Bin Mahmood (UKM) dan Ustaz Mustapha Kamal Bin Hamzah (Madrasah Al-Hidayah, Terengganu).

Dr. Abdull Rahman Bin Mahmood lahir di Kg. Kubang Gendang, Chekok, Pasir Mas, Kelantan pada 24 Ogos 1968. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di Universiti al-Azhar, Mesir. Kemudian melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di UKM. Beliau berguru dengan Sheikh Diya’uddin An-Naqsyabandi, iaitu cucunda Sheikh Amin Al-Kurdi An-Nasyabandi, pengarang Kitab Tanwirul Qulub. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Fakulti Pengajian Islam. UKM.

Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah dilahirkan pada 8 Ogos 1972 di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan peringkat diploma di KUSZA dan Ijazah Sarjana Muda di UPM. Beliau berguru dengan Sheikh Ibrahim As-Syatiri, cicit kepada Sheikh Abdul Malik As-Syatiri atau lebih dikenali dengan Tokku Pulau Manis, pengarang Kitab Syarah Hikam Melayu. Beliau kini adalah Mudir Madrasah Al-Hidayah, Kuala Terengganu serta Pengerusi Ikatan Pendidikan Tauhid Tasauf (IPTAF).

Pameran Kitab Turath dan Masyaikh Melayu oleh Khazanah Fathaniyah sepanjang majlis tersebut (3 ptg - 11 mlm) turut diadakan

[http://www.facebook.com/profile.php?id=100002338612071]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails