Friday, October 21, 2011

"Islam dalam Perlembagaan Persekutuan"


KEBEBASAN BERAGAMA.


Perkara 11(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. [Wajar dibaca bersama-sama dgn Perkara 11(4) di bawah]
Perkara 11(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 








Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.Penubuhan Majlis.- 4(1) Maka hendaklah ada suatu badan bernama "Majlis Agama Islam Selangor" untuk membantu dan menasihati Duli yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan Islam.





‎"Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu dengan ugama lain atau berdiri sama-sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kendengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain." - (kenyataan Hakim Mohd Noor Abdullah dlm keputusan Mahkamah Tinggi, 2000)

* Perkara 3(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agam-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.


- sebahagian isu perbincangan dalam pembentangan kertas kerja bertajuk "Islam dan Perlembagaan Persekutuan" oleh Haji Abdul Rahim bin Sinwan pada 5 Julai 2011 bertempat di kediaman Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar. Hj Abdul Rahim adalah pemegang LLB (Hons), MCL, PGD Syariah Law & Practice (IIUM), Advocate & Solicitor High Court of Malaya dan selaku Timbalan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails