Sunday, October 25, 2009

Syafiq - UNITEN lepasi ujian kereta solar sedunia

Terbaca berita pasal ni kat Kosmo, baru teringat kawan aku (Syafiq) antara yang mewakili Uniten untuk cabaran ni. Syafiq ni kawan aku dari sekolah menengah lagi sama kelas sama-sama g tuisyen sama-sama study dulu haha. Syafiq ni jugak kawan kepada Helmi dan Syah, kitorang sama2 satu gengla nih ada masa kitorang akan jumpa & hang-out sama2. Haa....ntah ape tah dia tengah buat sekarang ni, probably tengah sibuk dengan kereta solar dorangla tu sempat jugak aku pesan kat dia untuk bawak ole-ole untuk aku bila balik Malaysia nanti. Apa2 pun Good Luck utk team Uniten kat sana!!! Cayalah korang!!

DARWIN, Australia - Pasukan kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam berjaya melepasi ujian dinamik bagi Cabaran Solar Sedunia 2009 (WSC2009) di Litar Hidden Valley di sini.


Ini membolehkan kereta 'Solar Ranger 1' yang dibina universiti itu bersaing dengan lebih 20 kereta solar dari 15 negara lain termasuk penyandang juara, kereta solar Nuna5 dari Belanda.

Dengan catatan empat minit 22 saat, kejayaan melepasi ujian dinamik yang merangkumi ujian kelajuan, kestabilan dan berhenti mengejut cukup bermakna kepada pasukan UNITEN yang menghadapi cabaran getir sejak 48 jam lepas.

Kereta solar universiti itu mengalami kerosakan pada motor dan sistem jajaran termasuk bateri pecah sejak tiba di negara ini pada Rabu lepas, difahamkan berlaku ketika proses pemindahannya dari Sydney ke Darwin.


PASUKAN UNITEN bersama kereta Solar Ranger 1 pada sesi ujian Cabaran Solar Sedunia 2009 di Darwin, Australia semalam. Syafiq (dua dari kanan).

2 comments:

mohd shazli mohd zaini said...

hahaha...

syafiq. kwn sekolah rendah aku gak. merangkap jiran aku kat au2a/14. taman keramat. aku selaku jiran selorong pun tumpang bangga gak.. hikhikhik

Salik said...

haahla kau jiran dengan dia kan lupe lak...btw thanks isi ruang komen kat blog aku yang tak seberapa nih...hope sudi2 lagi mengomen lagi ek...hehe...
ko kat leeds ke nih?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails