Sunday, October 17, 2010

Terima Kasih Syeikh...

Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani




Alhamdulillah. Syukur kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berkuasa. Dengan limpah kurniaNya, Kuliah Subuh bersama Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani telah berjalan lancar dan selamat. Jutaan terima kasih kepada Tuan Syeikh kerana sudi hadir memberi sedikit santapan rohani kepada kami. Walaupun beliau sangat sibuk dalam masa seminggu ini, namun pada hari terakhir beliau di Malaysia, beliau sanggup turun ke Masjid Al-Ansar Taman Keramat untuk mengajarkan ilmunya sebelum beliau bertolak ke Kaherah hari ini. 

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya berpeluang bersama-sama jemaah yang lain dalam majlis ini walaupun kesihatan agak tidak berapa baik. 

Terasa amat rugi jika tidak dapat hadir, masakan tidak, ceramah ini disampaikan oleh bukan calang-calang penceramah, beliau adalah seorang ulama' Mesir, seorang Muhhadith tersohor.

Terkilan sedikit kerana tidak berpeluang bersalam-salaman dengan beliau sesudah selesai kuliah. Juga tidak berjaya mengambil gambar beliau secara dekat. Tidak mengapa, insyaAllah jika ada rezeki suatu hari nanti. Semoga beliau akan hadir lagi ke sini pada masa akan datang. InsyaAllah.

Ceramah beliau adalah mengenai Menjaga 6 Hak Sesama Muslim. Ceramah yang ringkas dan padat. Beliau memberi ceramah dalam Bahasa Arab dan diterjemah secara langsung ke Bahasa Melayu. Selesai ceramah, majlis dibuka pula kepada sesi soal jawab kira-kira setengah jam. Majlis ditamatkan dengan bacaan doa dan semua hadirin dijemput menjamu selera sarapan yang disediakan secara percuma.

Alhamdulillah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails