Thursday, April 28, 2011

DEFINASI “TA’WIL”



Setelah menerima beberapa kritikan dari seseorang dlm laman blog, maka rasanya perlu dijelaskan di sini makna dan maksud sebenar pengistilahan “Ta’wil”. Sebagaimana yang biasa kita dengar iaitu apabila seseorang memberi pandangan atau pendapatnya tentang hadith-hadith yg dikutipnya dari rangkaian hadith-hadith samada yg sahih atau yg dha’if atau mana-mana hadith pada kedudukan yg sebagaimana sekalipun maka istilah perkataan “ta’wil” akan muncul.

Dan ramai yg kurang arif atau kurang faham tentang istilah ini, ada yg beranggapan dalam perkara memberi huraian terhadap hadith tertentu itu, maka itu padanya tidak dikira sebagai perbuatan “men’ta’wil” atau perbuatan peng’ta’wil’an sedang dikerjakannya tetapi padanya itu adalah semata-mata sekadar memberi pendapatnya sahaja tanpa menyedari bahawa perbuatannya dalam memberi huraian itu termasuk dalam perbuatan meng’ta’wil’kan hadith tersebut.

Kebarangkalian pendapatnya dalam huraian tentang hadith itu mungkin sama seperti apa yg disyarah oleh ulama hadith yg terdahulu atau mungkin juga tidak menepati maksud sepertimana yg dihuraikan oleh ulama’ yg muktabar maka jika perbuatannya itu bertentangan dengan huraian para ulama terdahulu atau muktabar (ahli dalam bidang permasalahan hadith atau ahli dalam ilmu hadith), maka ianya boleh menyebabkan berlakunya pada dirinya kesesatan dalam ilmu.
Kesesatan dalam ilmu ini, sekiranya ia yakin dan beramal dengan kesesatan tersebut maka ia telah melakukan dosa besar atau mungkin dalam keadaan tertentu boleh gugur imannya selama mana ia berpegang dengan kesesatan itu.

Di sini saya nukil beberapa pandangan dan huraian oleh para ulama muktabar terdahulu yg ahli dalam bidang hadith, dalam memberi definasi makna dan maksud “ta’wil” yg sebenar, ianya seperti:

AHLUS SUNNAH MENTA’WIL AYAT MUTASYABIHAT

Ta’wil bererti:  
Menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi AllahSwt, ini kerana zahir makna pada nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas ada persamaan AllahSwt dengan sifat makhluk. Oleh itu, perlu pengta’wilan terhadap ayat-ayat tersebut bagi mengelak daripada kekeliruan umat dalam memahami ayat tersebut, iaitu ayat Mutasyabihat.

Jenis Ta’wilan ada dua, iaitu:
Pertama: Ta’wilan Ijmaliyy iaitu; ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya itu, sebagai contoh perkataan istawa yg dikatakan istawa yg layak bagi AllahSwt dan pada waktu yang sama dinafikan zahir akan makna istawa kerana zahir asal maknanya ialah bererti duduk dan sifat duduk memberi maksud ianya bertempat, sesungguhnya Maha Suci AllahSwt dari bersifatkan duduk dan bertempat sepertimana makhluk.

Kedua: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi sifat AllahSwt, seperti istawa bagi AllahSwt itu bererti Maha Berkuasa, kerana Allah sendiri mensifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa, lihat dalam tafsir yg dibuat oleh para ulama terdahulu dalam menjelaskan makna istawa, antaranya ialah:

Penafsiran lafaz “istawa” dalam Surah ar-Ra’d,:

1. Tafsir Ibnu Kathir:
(ث�… استوى على العرش ) telah dijelaskan maknanya sepertimana pada tafsirnya Surah al-Araf, sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat (bentuk) dan penyamaan.

2. Tafsir al-Qurtuby:
(ث�… استوى على العرش ) dengan memberi makna; penjagaan dan penguasaan.

3. Tafsir al-Jalallain:
(ث�… استوى على العرش ) “istiwa” yang layak bagi-Nya, tanpa memberi huraian yg lebih dari itu.

4. Tafsir an-Nasafi:
Makna ( ث�… استوى على العرش) adalah bermaksud; menguasai. Ini adalah sebahagian dari tafsiran para ulama terdahulu, tetapi banyak lagi tafsiran-tafsiran ulama’ Ahlus Sunnah yang lain…

MAKNA “ISTIWA” DALAM BAHASA ARAB


Di dalam kamus-kamus Arab yang ditulis oleh para ulama’ Ahlus Sunnah telah menjelaskan “istiwa” boleh difahami dalam banyak makna, antaranya:

1.   Masak (iaitu suatu keadaan yg boleh di makan) contoh:
قد استوى الطعا�…�”�”قد استوى التفاح maknanya dalam bahasa Arab ialah: makanan yg sudah masak�” seperti buah epal yg telah masak, bukan maksudnya masak itu sebagai satu pekerjaan, iaitu seperti mengoreng ikan, memasak mee goreng, masak nasi atau sebagainya... maksudnya sesuatu yg sudah cukup tempoh matangnya...

2.   الت�…ا�…: maknanya ialah sesuatu yg telah sempurna, atau lengkap, maksudnya semuanya telah disediakan.

3.  الاعتدال : lurus

4.   Duduk/bersemayam, contoh: – استوى الطالب على الكرسي : maksudnya seperti pelajar yg sedang duduk atas kerusi -استوى ال�…لك على السرير : maknanya seperti raja yg sedang bersemayam di atas katil atau boleh juga kita faham bersemayam di atas singgahsananya.

5. استولى : Menguasai, contohnya: قد استوى بشر على العراق �…ن غير سيف ود�… �…هراق
Maknanya: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

Al-Hafiz Abu Bakar bin Arabi telah menjelaskan makna “istiwa” mempunyai hampir 15 makna, antaranya ialah: tetap, sempurna, lurus, menguasai, tinggi, atas, lelangit, gah dan banyak lagi maknanya. Sila rujuk; Kamus Misbahul Munir, Mukhtar al-Sihah, Lisanul Arab, Mukjam al-Buldan, dan banyak lagi makna seperti yg ada pada koleksi kamus-kamus yg lain. Yang menjadi masalahnya ialah, kenapa golongan Wahabi itu memilih makna pada istilah perkataan “istawa” ialah bersemayam.

Apakah makna yang mereka faham itu “bersemayam” ialah “duduk” sepertimana kita manusia "duduk" maka jika itulah pandangan mereka yg SAH seperti itu maka jelaslah pemahaman mereka itu SALAH, masakan layak sifat "duduk" seperti manusia itu di letakkan ke atas AllahSwt? Apakah golongan Wahabi itu tidak tahu makna “bersemayam” itu adalah sifat bagi makhluk? Apakah mereka tidak tahu bahawa sesiapa yang menyamakan AllahSwt dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat makhluk-Nya maka orang yg melafaskan makna sedemikian itu jadi kafir. Seperti kata ulama’ Salaf iaitu; Imam at-Tohawi (w.321H):
و�…ن وصف الله ب�…عنى �…ن �…عانى البشر فقد كفر
Maknanya: Barangsiapa yang menyifatkan AllahSwt dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia [atau binatang atau mana-mana makhluk ciptaan-Nya] maka orang itu telah jadi kafir. Kemudian ulama’-ulama’ Ahlus Sunnah telah menafsirkan perkataan ayat “istiwa” yang terkandung dalam al-Qur’an dengan makna; menguasai Arasy kerana Arasy adalah makhluk yang paling besar, oleh itu ianya disebutkan di dalam al-Qur’an untuk menunjukkan Kekuasaan Allah subhanahu wata’ala sepertimana kata-kata Syaidina Ali k.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur al-Tamimi dalam kitabnya; at-Tabsiroh:
ان الله تعالى خلق العرش اظهارا لقدرته ول�… يتخذه �…كان لذاته
Maknanya: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta al-Arasy untuk menzahirkan Kekuasaan-Nya, bukannya untuk menjadikan ia tempat bagi diri- Nya.

AllahSwt ada (wujud) tanpa ada tempat dan arah, dan ianya (faham seperti itu) adalah akidah para salaf yang lurus dan betul.

HUKUM YANG MENYAKINI TAJSIM; BAHAWA ALLAH ADALAH BENDA
Syekh Ibn Hajar al-Haitami (w.974H) dalam kitabnya; al-Minhaj al-Qawim hlm.64, mengatakan:

“Ketahuilah bahwasanya al-Qarafi dan yang lainnya meriwayatkan akan perkataan Imam asy-Syafi’i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah -semoga Allah meridhoi mereka- mengenai pengkafiran mereka terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa AllahSwt di suatu arah dan Dia adalah benda, mereka dengan pantas menolak pegangan tersebut (kekufuran)”.

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal -semoga AllahSwt meridhoinya- mengatakan:
“Barangsiapa yang mengatakan AllahSwt itu adalah benda, tetapi tidak seperti benda-benda maka ia telah jadi kafir” (dinukil oleh Badr ad-Din az-Zarkasyi (w.794H), seorang ahli hadits dan fiqh yang bermazhab Syafi’ie dalam kitabnya; ‘Tasynif al Masami’ dari pengarang kitab al-Khishal dari kalangan pengikut mazhab Hanbali dari al-Imam Ahmad ibn Hanbal).

Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dalam karyanya an-Nawadir mengatakan:
“Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa AllahSwt adalah benda maka ia telah jadi kafir, kerana tidak mengetahui akan Sifat-Sifat Tuhannya”.

AS-SALAF ASH-SALIH MENSUCIKAN ALLAH DARI HAD, ANGGOTA BADAN, TEMPAT, ARAH DAN SEMUA SIFAT-SIFAT MAKHLUK.
Al-Imam Abu Ja’far ath-Thahawi -semoga Allah meridhoinya- (227-321H) berkata: 

“Maha Suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil mahupun besar, sesungguhnya AllahSwt tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan yang lainnya) begitu juga anggota badan lain yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan selainnya). Dia tidak diliputi oleh satu mahupun enam arah penjuru (seperti arah atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang), tidak seperti makhluk-Nya yang diliputi dengan enam arah penjuru tersebut”.

Perkataan al Imam Abu Ja’far ath-Thahawi di atas merupakan Ijma’ para Sahabat dan para Salaf (orang-orang yang hidup pada tiga abad pertama Hijriyah, 300 tahun selepas wafat Nabiy s.a.w.).

Di bawah adalah sebahagian daripada kata-kata ulama’ 4 mazhab dalam Ahlus Sunnah tentang akidah:

1. Imam Abu Hanifah (pelupor mazhab Hanafi):
لايشبه شيئا �…ن الأشياء �…ن خلقه ولا يشبهه شيء �…ن خلقه
Maknanya: (AllahSwt) tidak menyerupai sesuatu apapun daripada makhluk-Nya, dan tidak ada sesuatu makhlukpun yang menyerupai dengan-Nya.” Kitab Fiqh al Akbar, karangan Imam Abu Hanifah, pada m/s.1

2. Imam Syafi’ie (pelupor mazhab Syafi’ie):
انه تعالى كان ولا �…كان فخلق ال�…كان وهو على صفته الأزلية ك�…ا كان قبل خلقه ال�…كان لايجوز عليه التغيير
Maknanya: “Sesungguhnya Dia (Allah Ta’ala) itu Ada (dari Azali) dan “tempat” belum diciptakan lagi, kemudian AllahSwt mencipta “tempat” dan Dia tetap kekal dengan sifat-Nya yang azali itu sepertimana sebelum terciptanya “tempat”, tidak harus atas Allah ada perubahan.” Dinuqilkan oleh Imam al-Zabidi dalam kitabnya; Ithaf al-Sadatil Muttaqin jilid 2 m/s.23

3. Imam Ahmad bin Hanbal (pelupor mazhab Hambali):
-استوى ك�…ا اخبر لا ك�…ا يخطر للبشر
Maknanya: “Dia (AllahSwt) “istawa” sepertimana Dia khabarkan (di dalam al-Qur’an), bukannya seperti yang terlintas di fikiran manusia”. Dinuqilkan oleh Imam al-Rifae dalam kitabnya; al-Burhan al-Muayyad, dan juga al-Husoni dalam kitabnya; Dafu’ syubh man syabbaha wa Tamarrad.

و�…ا اشتهر بين جهلة ال�…نسوبين الى هذا الا�…ا�… ال�…جتهد �…ن أنه -قائل بشىء �…ن الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه
Maknanya: “...dan apa yang telah masyhur di kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan diri mereka pada Imam Mujtahid ini (Ahmad bin Hanbal) bahawa dia ada mengatakan tentang (AllahSwt) berada di arah atau seumpamanya, maka itu adalah pendustaan dan kepalsuan ke atasnya (Imam Ahmad bin Hanbal) Kitab Fatawa Hadisiyyah karangan Ibn Hajar al-Haitami...

4. Imam Malik (pelupor mazhab Maliki):
الاستواء غير ال�…جهول والكيف غير ال�…عقول والاي�…ان به واجب و السؤال عنه بدعة
Maknanya: Kalimah “istiwa” tidak majhul (diketahui dalam al-Qur’an) dan kaif (bentuk) tidak diterima aqal, dan beriman dengannya adalah wajib, dan menyoal tentangnya adalah bid’ah.”

Imam Malik menulis bahawa perkataan “istiwa” (لاستواء) bukan bermakna jalasa atau duduk atau bersemayam atau bertempat (istiqrar)…..

TIDAK PERNAH IMAM MALIK MENTAFSIR MAKNA ISTIWA DENGAN MENGATAKAN IANYA ADALAH: ISTIQRAR/ BERTEMPAT/ BERSEMAYAM.!!



Lihat bagaimana golongan Wahabi memperbodohkan pengikut mereka DENGAN MENULIS MAKNA ISTIWA ITU IALAH: “BERSEMAYAM/ISTIQRAR”.

Dalam pegangan akidah golongan Wahabi, mereka menulis dengan menisbahkan kepada Imam Malik berkata: “Allah bersemayam... (padahal dalam kitab asalnya beliau hanya menulis lafaskata: “istiwa” sahaja tanpa sebarang penambahan.) ...telah jelas kita ketahui, bagaimana Dia bersemayam tidak akan terjangkau oleh Akal. Beriman tentang hal tersebut adalah suatu kewajiban bagi kita sedangkan menanyakan bagaimana hakikatnya/kaifiyyatnya adalah termasuk melakukan perbuatan bid’ah.”

Kesimpulannya: Bagi kita yang hanya orang awam, maka janganlah kita memandai cuba untuk men’ta’wil ayat-ayat samada dari al-Qur’an ataupun dari hadith tanpa merujuk kepada kitab-kitab syarah yg telah dikupas, dibahas, ditahkik, diperdebatkan oleh para ulama’ muktabar. WAJIB ke atas kita yakni orang awam mengambil pendapat mereka. Bukan memandai-mandai menta’wil atau mentafsir mengikut sesuka hati. Kebarangkalian tanpa kita sedari pandangan kita itu ada terselit pandangan dari hasutan dan bisikan syaitan yg sejak berkurun abad lamanya senantiasa bertungkus-lumus untuk menyesatkan kita. Semoga AllahSwt selamatkan kita dari tangan-tangan mereka yg suka ta’wil mengikut hawa nafsu mereka.

Wallahu’alam

Oleh
Oleh Lebai Kg...

[Penulis : Ustaz Sidi As-Syatarie ]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails