Saturday, April 2, 2011

Wasiat Iman



Perbualan di FB yang buat saya menangis.. SubhanALLAH.

Kepada para sahabat yang tidak berpeluang membaca komentar di status saya, di sini saya copy dan paste komen-komen saya dengan Ustaz Sidi untuk dijadikan renungan kita semua.

STATUS: Kerana kasihnya Rasulullah kepada kita, 50 waktu solat yg ditetapkan ALLAH dikurangkan kpd 5 waktu sehari. Tapi kita masih lalai dan tidak menyempurnakan solat yg merupakan ibadat paling penting di mata ALLAH. Apa tanda kasih kita kpd Rasulullah? Berapa kali kita berselawat ke atasnya dlm sehari? Adakah bila kita mati baru ingin solat? Mati itu tiada amaran. Berdirilah di belakang Imam sebelum kita berada di hadapan Imam.

Komentar-komentar:

SAYA: Di saat roh ditarik keluar, ALLAH akan menutup pintu taubat dengan rapat buat selama-lamanya. Semoga kita mendapat syafaat Rasulullah di akhirat nanti dan berjaya utk berkumpul dgn Baginda dan ahlul bait serta para sahabat di Telaga Kautsar.

USTAZ SIDI: Ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW dibawa ke Arasy di langit yg ketujuh utk bertemu dgn Allah SWT, ketika sampai di depan Allah SWT maka Rasulullah ucap sabdanya yg tulus dan suci dan diabadikan dlm solat harian kita, iaitu; “attahiya tul mubarokatus salawatut toyibba tulillah”. Lalu Allah SWT menjawabnya dgn firman: “assalamu alaika aiyuhai nabiyu wa rahmatullahi wa barokatuh”. Kemudian Rasulullah bertawadduk tanda kesyukurannya dgn sabda: “assalamu alayna wa ala ibadillahi solihin”. interaksi itu tadi disambut dgn kegembiraan seluruh alam dan makhluk dan juga termasuk seluruh malaikat dgn serentak melafazkan kalimah Tauhid: “asyhadu allah illaha illallah wa asyhadu anna muhammadur rasulullah”. Ketika terlafaznya sumpah ini, seluruh alam ini bergegar. Malaikat yg sujud kekal dlm sujud dan masing-masing bertasbih memuji Allah. Kemudian, Malaikat jibrail memberi salam ke atas Rasulullah dan ahlinya dan ke atas Nabi Ibrahim a.s. (yg mendoakan agar Allah SWT turunkan Rasulullah) serta ahlinya semula ke dunia.

SAYA: SubhanALLAH.. Berdiri bulu roma saya membacanya!!

USTAZ SIDI: Dan kena diketahui bahawa pada setiap baris ayat al-Qur'an yg kita baca dalam solat itu ada maksudnya, ada maknanya, ada hikmahnya, ada pengertiannya dan ada kaitannya dgn rahsia-rahsia alam ini. Semuanya tertulis dalam kitab-kitab yg kita pelajari. Jika seseorang itu mampu mencapai ilmu itu, mustahil jika tidak boleh khusyuk di dalam solat.

SAYA: Saya sokong 100% apa yang Tuan katakan. Membaca apa yang Tuan huraikan membuatkan mata saya bergenang dengan air mata. MasyaALLAH. Betapa indah dan mulianya solat pada pandangan ALLAH dan Rasulullah. Betapa agungnya kekuasaan Allah. Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah yang tak dapat dibayangkan demi umat yang dicintainya. SubhanALLAH.

USTAZ SIDI: Sebab apa kita tidak boleh khusyukdi dalam solat ialah kerana tiada ilmu. Bagi kalangan wahabi, syiah, mutazilah dan seterusnya ialah disebabkan tiadanya golongan wali yang muncul dalam firqah mereka kerana mereka jahil dan menolak ilmu sufi (tasawwuf) dalam kontek uslup ahlus sunnah wa jamaah.

USTAZ SIDI: Itu baru bacaan Tahiyatul Akhir. Belum doa Iftitah yang awal dalam solat, belum kupasan al-Fatihah yg kita ulang-ulang membacanya tanpa jemu berkali-kali. Kalaulah yg diluar sana tahu betapa asyiknya dan manisnya dalam solat .. alangkah beruntungnya. Tuan bayangkanlah sendiri..

SAYA: Benar. Saya setuju. Ilmu Tasawwuf membantu kita untuk mengenali diri kita dan mengenali ALLAH. Bila kita kenal Tuhan yang kita sembah, faham apa yang kita buat dan baca, kita akan tawadduk dan khusyuk. Menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH. Ketika solat kita serahkan hidup dan mati kita hanya untuk ALLAH. Pada saya, doa Iftitah dan al-Fatihah itu kalau sesiapa yang faham maksud sebenar, ketika kita baca waktu solat boleh mengalir air mata kerana takut kepada ALLAH. Redha dengan segalanya. Hidup dan mati kita kerana ALLAH. Menggigil badan tatkala membaca bacaan dalam solat dengan suara yang tartil.

USTAZ SIDI: Saya harap Tuan dapat 'copy and paste' perbualan kita ini atau salin semula dalam bentuk dialog kemudian share di wall agar sahabat-sahabat FB yg lain dapat kongsi bersama.

SAYA: Akan saya lakukan nanti, InsyaALLAH. Saya ingin tambah sedikit tentang solat. Mengapa Rasulullah berpesan supaya kita jangan tergesa-gesa ketika hendak solat ialah supaya jiwa kita tenang. Bila kita mengangkat takbiratul ihram yang pertama, bulu roma seluruh badan boleh berdiri. Bila membaca ayat di dalam Doa Iftitah yang bermaksud "dan Maha Suci ALLAH siang dan malam, aku hadapkan mukaku kepada yang menjadikan petala langit dan bumi... Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH seru sekalian alam".. di dalam al-Fatihah pula, ayat yang menggerunkan pada saya ialah "Yang memiliki hari Pembalasan, Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Air mata boleh berlinang kerana rasa rendah diri, hina dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Rasa redha, ihsan dan ikhlas yang sebenar-benarnya.

USTAZ SIDI: Betul..itu yang tersurat, ada yang tersirat disebalik semua baris ayat itu. Semua itu ayat daripada al-Qur'an dan kita faham setiap ayat al-Qur'an ada 7 lapisan maknanya. Maksudnya ada 6x lagi maksud dari lafaz pertama, contoh ayat: “iyakana'budu wa iyaka nasta'in” (kpd Engkau aku sembah, kpd Engkau aku minta pertolongan), “na'budu” itu hakikat dan “nasta'in” itu syariat. “Na'budu” itu hak hamba dan “nasta'in” itu Hak Allah dan seterusnya smpai 5x maknanya lagi.

SAYA: SubhanaALLAH.. ALLAHU AKBAR!

USTAZ SIDI: Akhirnya atau kemuncak “na'budu” itu ialah redha Allah SWT pada hamba pilihan-Nya dan “nasta'in” itu ialah pengakuan hamba pada tahap paling ikhlas iaitu ada Ihsan dalam solatnya. Mungkin tuanpun dah tau bab ini. Ok sampai setakat itu saja buat kali ini. Lain kali kita cerita perkara lain. Saya suka hendak bercerita tentang Talkin Mayat.

Itu saja "perbualan" saya bersama Ustaz Sidi berkaitan Status saya.

Jika ada di antara kamu yang fikir ini ilmu bermanfaat, dipersilakan untuk tag diri sendiri dan di paparkan di Wall FB masing-masing TANPA PERLU minta izin saya.

Semoga kita mendapat keberkatan ALLAH dan dikurniakan ilmu yang bermanfaat yang dapat mendekatkan diri dan mengenali ALLAH dengan lebih baik lagi. Jazakallahu khairan.

Salam Ukhuwah dari Kuala Lumpur.

[Sumber : dipetik daripada laman Facebook saudara  Shahrul IRfan]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails