Wednesday, September 29, 2010

Teka-teki

Soalan 1:
Apa dia 1+1=27?

Soalan 2:
Apa dia 6-1=0?





Tuesday, September 28, 2010

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa [Bhgn 1-5] - Syeikh Imran Hossein









Hilang taste atau hilang akal? Media atau remaja?



Tahniah! 


Blog anda terlalu banyak short form, bahasa dan istilah 'budak-budak sekolah', walaupun kami mampu memahami bahasa-bahasa serta istilah tersebut namun kami tetap memangkah blog anda. 

Kurangnya bahan-bahan ilmiah dan informasi, dengan pose bergambar yang 'menggedikkan' walaupun anda sebenarnya seorang lelaki tulen & sudah berumur 23 tahun serta menuntut di salah sebuah IPT terkemuka negara, ditambah pula dengan perkataan-perkataan ala 'rempit' dan kebudak-budakan menjadikan blog anda cukup mengjengkelkan kami semua. 

Tahniah kepada blog tersebut yang berjaya muncul dalam akhbar! Bukan dengki, tapi kecewa. Adakah media/wartawan sudah mula hilang taste atau ketandusan idea?

Kepada blog-blog yang berkualiti, sila teruskan usaha anda...

Monday, September 27, 2010

Solar flare to paralyse Earth by 2013

A GIANT explosion of energy from the Sun could paralyse Earth in just three years' time, scientists warned yesterday.

They fear a huge solar flare is due to erupt in 2013 - causing blackouts and global chaos.
The once-in-a-century disaster could see power grids crash, communication systems collapse, planes grounded, food supplies hit and the internet shut down.
Everything from home freezers to car sat navs would be affected.
The disaster could mirror the Great Solar Flare of 1859.
Under fire ... New York could feel the heat
Under fire ... New York could feel the heat



That wreaked horrendous damage across Europe and America - burning out telegraph wires across both continents.

The threat of another disaster - which could mirror scenes in Hollywood blockbuster 2012 - is so great that Defence Secretary Liam Fox called an emergency conference in London yesterday.
Dr Fox told experts that incalcul-able damage would be caused if an explosion similar to the one in 1859 occurred in modern times. He called on scientists to build a strategy against the impending disaster.
The talks, organised by the Electric Infrastructure Security Council, heard that the Sun will reach a critical stage of its cycle in 2013.
A surge of magnetic energy in its atmosphere is likely to trigger radiation storms which cause massive power surges.
Such a phenomenon occurs only once about every 100 years.
The last big flare, in 1859, smothered two thirds of the Earth's skies in a blood-red aurora. Such scenes could occur again, causing cloud storms in major modern cities such as London, Paris and New York.
In 1989, a more common smaller solar flare took out power stations in Quebec, Canada.
In the movie 2012, starring John Cusack, a solar flare causes global temperatures to soar. The planet is then battered by tsunamis and earthquakes, threatening mankind.
Yesterday's conference also heard that a hostile power could cause a similar effect by exploding a nuclear weapon in space.
Dr Fox added: "While we all benefit from scientific advances, so we also create vulnerabilities that can be exploited by our enemies.
 "However advanced we become, the chain of our security is only as strong as its weakest link."
Last night the electric security council discussed a plan of action.
And former US government defence adviser Dr Avi Schnurr warned: "A geomagnetic storm could shatter nations all over the earth. We cannot wait for disaster to spur us to action."

PRECIOUS jewels could rain down during dust storms on faraway planets, scientists say.
University of St Andrews boffins investigating atmospheric systems believe dust clouds in parts of space could be full of rubies and sapphires.


[Source]

Tahniah Lee Chong Wei!!

CHONG Wei (kanan) menjulang trofi selepas muncul juara Terbuka Jepun menewaskan  Lin Dan (kiri) dalam saingan final di Tokyo, semalam.
Gambar : Bharian.com.my

Tahniah Lee Chong Wei!! 
Chong Wei menjuarai Kejohanan Terbuka Jepun semalam. Dapat jugak membalas dendam kekalahan lepas kepada Lin Dan. Chong Wei menang 22-20, 16-21, 21-17 dalam tempoh 81 minit. Dengan kemenangan ini, Chong Wei telah berjaya merapatkan rekod pertemuan dua jaguh dunia ini dengan nisbah (Chong Wei) 7:14 (Lin Dan)


Fuhh...jauh lagi tu...

Semoga selepas ini Lee Chong Wei dapat menjuarai kesemua kejohanan akan datang.  

Terpandang & terdengar...

Terpandang sepotong ayat,

"Kadang-kadang kita tersalah letak dunia ini..."

Terlihat pula sepotong ayat lagi,

"Letaklah Allah dalam hatimu, nescaya dunia berada dalam genggamanmu.."

Terdengar sayu pula di telinga,

"InsyaAllah....InsyaAllah...."

Sunday, September 26, 2010

Bijaksana & Kejayaan

"Bijaksana bukan terletak pada sijil, Phd, tangga gajimu, terbitan di jurnal. Bukan pula pada gelaran professor, ustaz & tuan guru, namun ia terletak kepada sejauh mana ilmumu dapat dimanfaati oleh dirimu & masyarakat. Berinteraksilah dengan masyarakat agar kamu kenali dirimu, kenalkan mereka destinasi sebenar kehidupan & cara terbaik menujunya. Lebih ramai mengambil manfaat darimu, lebih bijaksana kamu di sisi Allah".

"Kejayaan bukan untuk dibanggai tetapi untuk diinsafi akan tanggung jawab yang menanti. Awas, kejayaan boleh menipu, iaitu adalah apabila diri MERASA PUAS. Kejayaan duniawi bukan ukuran redha Allah & berkat hidupmu kerana kalian masih di dalam waktu ujian. Belum diketahui keputusan sebenarnya, kepuasan hakiki hanyalah apabila kematianmu dalam husnul khatimah & barzakh menjadi sebahagian dari taman syurga."
Petikan dipetik dari Facebook : zaharuddin.net 

Template Baru..

Wah!

Setelah sekian lama menggunakan template lama berwarna coklat itu, sekarang saya dah ada template blog yang baru kahkahkah... 

Color Putihhhhhhhhhhhhhh.... Kahkahkahkah.... Suke sorang-sorang! Pedulik...

Walaupun template baru ni agak simple tapi saya dapat rasakan satu ketenangan & semangat  baru untuk menulis di blog AkuKertasPutih ini. Kemunginan disebabkan backgroundnye serba putihhhhhhhhh walaupun terdapat sedikit hitamla di atas blog ni...takpe tak menjadi masalah pun...hehe

Mungkin banner untuk blog ni akan ditukar ke banner yang baru...taktau nak buat rupe macam mana pulak...

Mmmm pikir-pikir....sambil pikir macam mana nak tambah duit lagi fuhhh.....

Erkk...

Wednesday, September 22, 2010

Fenomena Laut Terbelah (Terbelah dan Membelah)

Laut terbelah di Korea
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/07/04

  • Foto

  • Foto

    Ratusan ribu pelancong banjiri Jindo setiap tahun untuk merasa sendiri kejadian laut terbelah.

Keajaiban di Pulau Jindo bentuk laluan sementara 2.8 kilometer selama sejam

APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun. Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.


Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa. Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.

INFO: Laut terbelah Jindo
  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.


  • [Sumber: bharian.com.my]

    Wednesday, September 15, 2010

    Rezeki


    "Sedarlah rezekimu tidak akan dimakan orang lain, maka hatimu tenteram. Sedarlah amalmu tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka sibuklah mengerjakannya. Sedarlah kematian itu datang tiba-tiba, maka bersiap-siaplah menghadapinya. Sedarlah hartamu tiada kekal, maka jgn diizin ia terikat dihati. Sedarlah tiada yg lepas dari penglihatan Allah, maka Malulah kepadaNya sentiasa"

    -UZAR-




    "Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."

    [Asy-Syura:27]

    Monday, September 13, 2010

    Raya 2010 (Part I)


    Bersama anak buah, Umayrah yang berusia 9 bulan.


    Berdiri dari kiri : Aku, Nurulbahtiah (kakak), Umayrah (anak buah), Nurzatul (kakak) dan Radzi (Abg Ipar).
    Duduk : Hj Mahmud Mahayudin (Ayahanda) dan Hajjah Jalimah Jaudin (Bonda).
    Tiada dalam gambar : Hafiz Mahmud (Abg ke-2) & sekeluarga serta
    Marzuan Mahmud (Abg ke-1) & sekeluarga.


    Pengajaran untuk Hari Raya 2010, jika ingin membantu seseorang kadang kala kita harus meneliti serba sedikit sikapnya. Jangan sampai terjadi seperti kes Menolong anjing yang tersepit, dibiar kasihan, sudah ditolong digigitnya pula.

    Belum terlewat lagi untuk saya ucapkan,
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails