Allah,Yang tidak tersembunyi bagi-Nya apa pun yang di langit dan di bumi. Bagaimana mungkin TERSEMBUNYI bagi-Mu, Tuhanku. apa yang Engkau CIPTAKAN. Bagaimana mungkin Engkau tidak MENGHITUNG apa yang Engkau BUAT. Bagaimana mungkin HILANG dari-Mu apa yang Engkau ATUR. Bagaimana mungkin bisa LARI dari-Mu orang yg tidak ada kehidupan kecuali dgn REZEKI-Mu. Bagaimana mungkin SELAMAT dari-Mu orang yang tidak punya tempat lari di luar KEKUASAAN-Mu.
Showing posts with label Musti Tuntun. Show all posts
Showing posts with label Musti Tuntun. Show all posts
Wednesday, December 14, 2011
Saturday, October 22, 2011
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani - lukisan yang eksklusif
Sangat eksklusif berbanding gambar-gambar yang lain di internet !
Berani merenung matanya lama-lama? Hehehe...
Labels:
Al Quran,
Hadis,
info,
Internet,
Islam,
Kehidupan,
Kejayaan,
motivation,
Musti Tuntun,
Pelik menarik tertarik,
Santai,
Seni,
Teladan
Wednesday, October 5, 2011
Cangkir yang pernah diminum Rasulullah SAW, kini di Chechnya.
RAKYAT CHECHNYA MINUM DARIPADA
CANGKIR KEPUNYAAN RASULULLAH S.A.W.
Rakyat Chechnya yang sekian lama ditindas oleh Russia mendapat rahmat baru-baru
ini dengan kehadiran satu cangkir yang dipercayai kepunyaan Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w.
Cangkir yang sekian lama
disimpan di London dalam keadaan selamat oleh keturunan Saiyiddina Ali ibn Abi
Talib kwjh setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. di bawa khas oleh kerajaan
negara majoriti Islam itu pada hujung bulan lalu dengan disambut oleh ribuan
rakyat yang mengalirkan air mata kegembiraan dan penuh kesyukuran.
Pemimpin Chechnya, Ramzan
Kadyrov diberi penghormatan untuk membuka kain yang menutup cangkir suci itu
dalam satu majlis khas sambil menitis air mata.
Cangkir tersebut
diterbangkan dari London terus ke masjid pusat Ahmad Haji Kadirov di ibu negara
Grozny dengan disambut oleh rakyat Chechnya yang menunjukkan kecintaan yang
mendalam kepada Rasulullah s.a.w. mengibarkan bendera disepanjang jalan sambil
menyanyi dan bertepuk tangan.
Kadyrov secara peribadi
telah menerima cangkir tersebut yang disimpan dalam sebuah kotak setibanya di
lapangan kapal terbang.
Setelah mencium cangkir
suci itu yang berwarna kehijauan dengan penuh rasa takzim dan hormat, pemimpin
tersebut menangis teresak-esak sambil menutup wajahnya kerana mengenangkan
bibir suci Rasulullah s.a.w. pernah minum daripada cangkir tersebut.
Kenyataan dalam laman web
rasmi kerajaan Chechnya menceritakan latarbelakang cangkir yang berusia lebih
1,400 tahun tersebut di mana ianya digunakan oleh Rasulullah semasa hidup
baginda sebelum diberikan kepada Saiyiddina Ali.
Ia kemudiannya disimpan
dalam jagaan anak perempuan rasulullah s.a.w., Saiyiddatina Fatimah dan
seterusnya kepada cucu baginda, Saiyiddina Hassan dan Saiyiddina Hussain
sebelum diwariskan kepada keturunan berikutnya.
Kadyrov berkata sesiapa
sahaja rakyat Chechnya berpeluang untuk meminum air daripada cangkir suci itu
semasa ia berada di bumi Chechen.
Beliau dilihat sebagai
pemimpin yang menggalakkan perkembangan Islam di negara wilayah utara Caucasus
Russia antaranya merasmikan masjid terbesar di Eropah yang dipanggil Heart of
Chechnya.
Solawat!
sg furat
Labels:
Al Quran,
Dunia,
Hadis,
info,
Internet,
Kehidupan,
Kejayaan,
motivation,
Musti Tuntun,
Pelik menarik tertarik.,
Santai,
Seni,
Teladan
Friday, July 15, 2011
iPad (microsoft) buatan sendiri - handmade from China
| SKRIN komputer sebelum diletakkan dalam sarung seperti buku untuk kelihatan seperti iPad. |
BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.
Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.
Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.
Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.
Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.
Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.
"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.
"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.
Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP
Sumber : kosmo.com
Labels:
Dunia,
info,
Musti Tuntun,
Pelik menarik tertarik.,
Perniagaan,
Saintifik,
Santai
Subscribe to:
Posts (Atom)