Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Gempar!! Kisah di sebalik DINASTI SAUDI.



Satu Persoalan:
Dari Manakah Asalnya Keturunan Mereka?
Dan Siapakah Antara Susurjalur Kepada Keluarga Ini?

Kajian tentang persoalan di atas serta penemuan akan jawapannya itu telah dilakukan oleh MOHAMMAD SAKHER, atas penemuan ini beliau telah diperintahkan supaya dibunuh oleh rejim kerajaan Arab Saudi. Antara jawapan kpd penemuannya itu ialah:

1.     Adakah keluarga Saud berasal dari kaum Anza Bin Wa’el sepertimana pengakuan mereka sekarang?
2.     Adakah Islam agama sebenar mereka?
3.     Adakah benar mereka dari keturunan bangsa Arab?

Pada tahun 851H, sekumpulan lelaki dari Bani al-Masaleekh, iaitu salah satu cabang dari Kaum Anza, membentuk satu kabilah/caravan utk pergi membeli bijirin (gandum dan jagung) dan beberapa bahan makanan lain dari Iraq, utk di bawa kembali ke Najd sebuah perkampungan di tangah2 Semenanjung Arab. Ketua kpd kumpulan rombongan itu adalah seorang yg bernama Sahmi bin Hathlul. Apabila kumpulan kabilah itu sampai sahaja di Basrah, ahli kumpulan itu pergilah berjumpa dgn saudagar penjual bijirin di bandar itu seorg berbangsa Yahudi bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Moshe.

Semasa urusan tawar menawar berlangsung, si-Yahudi itu bertanya kpd mereka: “Dari mana asalnya kamu semua ini?”. Mereka menjawab: “Kami adalah dari kaum Anza, yg mempunyai hubungan persaudaraan dgn al-Masaleekh”. Apabila mendengar nama al-Masaleekh itu, si-Yahudi itu merasa amat gembira dan mengakui bahawa beliau juga berasal dari kaum keluarga yg sama, tetapi terpaksa tinggal di Basrah, Iraq. Ini adalah kerana lanjutan daripada persengketaan yg berlaku antara keluarganya iaitu antara bapanya, seorang dari ahli keluarga kaum Anza.

Setelah saling kenal-mengenali sesama meraka, lalu si-Yahudi tadi kemudiannya mengarahkan hambanya utk memenuhkan semua unta-unta kabilah tersebut dgn gandum, buah kurma dan buah tamman; pemberian ini adalah sebagai tanda jasabudi terhadap lelaki dari keluarga keturunan al-Masaleekh dan sebagai menunjukkan perasaan kegembiraannya kerana berjumpa saudara di Iraq, yg merupakan sumber perniagaan kpd keperluan mereka. Seterusnya dari pertemuan itu mereka semakin percaya kpd setiap apa sahaja yg dikatakan oleh si-Yahudi itu, dan oleh kerana beliau adalah seorg pedagang makanan yg kaya (tempat utk mendapatkan keperluan mereka) walaupun mereka tahu yg dia adalah seorg Yahudi yg sebenarnya bersembunyikan di sebalik imej orang Arab kononnya dari kabilah al-Masaleekh.

Setelah semua keperluan mereka sudah terkumpul dan apabila kabilah tersebut bersedia utk bertolak kembali ke Najd, datang si-pedagang Yahudi tersebut dan meminta izin dari mereka utk pergi mengikuti bersama utk menemani mereka, kerana dia ingin sekali sampai dan melihat tanah asal keturunannya iaitu di Najd. Mendengar kata-kata serta permintaan dari lelaki Yahudi itu, kumpulan kabilah itu merasa amat berbesar hati dan menyambutnya dgn hati yg sangat gembira.

Seterusnya, Yahudi yg menyamar itu akhirnya tibalah di perkampungan Najd dgn kabilah tersebut. Di Najd, si-Yahudi itu tadi mula menyebarkan berbagai propaganda utk dirinya melalui sahabat2nya (sepupu tipunya itu), setelah itu, berkumpullah ramai para penyokongnya dari perkampungan Najd itu; tetapi tanpa disangkanya, si-Yahudi itu sedang berhadapan dgn kempen penentangan terhadap fahamannya oleh Sheikh Saleh Salman Abdullah al-Tamimi, yg merupakan seorang pendakwah dial-Qaseem.

Jarak penyebaran pengaruh ajaran yg di bawa oleh si-Yahudi itu tadi merangkumi kawasan sekitar termasuklah Najd, Yemen dan Hijaz, apabila berlaku sesuatu yg memaksa si-Yahudi itu tadi (sebenarnya adalah dari keturunan keluarga SAUD yg ada skrg) utk berpindah dari al-Qaseem ke al-Ihsa, di mana kemudiannya dia menukar namanya dari Mordakhai kpd Markhan bin Ibrahim Musa. Kemudian dia menukar lokasi penempatannya dan menetap di sebuah tempat bernama Dir`iyaberdekatan dgn al-Qateef, di mana dari situ si-Yahudi itu mulai menyebarkan kpd penduduk tempatan di situ pula dgn berdusta mengatakan perisai kpd Nabiy Muhammad saw telah diambil sebagai barangan rampasan (curi) oleh seorg Arab (musyrikin) hasil drpd Perang Uhud antara Arab Musyrikin dgn Muslimin.

Kata si-Yahudi itu, bahawa; “Pedang itu telah dijual oleh arab Musyrikin kpd kabilah kaum Yahudi bernama Bani Qunaiqa` yg menyimpannya sebagai harta karun!” Dia kemudiannya mengukuhkan lagi pengaruh dan kedudukannya di kalangan kaum Badwi melalui cerita-cerita dusta yg diada2kan dgn menyatakan bagaimana sepatutnya kaum Yahudi di Tanah Arab adalah yg sangat berpengaruh dan berhak mendapat penghormatan yg tinggi. Seterusnya bagi dia mengukuhkan lagi kedudukannya di kalangan kaum Badwi, lalu mengambil keputusan utk menetap terus di situ, iaitu di kota Dir’iya, berdekatan al-Qateef, di mana dia mengambil keputusan utk menjadikannya sebagai pusat Yahudi di Persian Gulf. Dia kemudiannya mendapat idea utk menjadikannya tempat tersebut sebagai batu loncatan bagi menubuhkan kerajaan Yahudi di Tanah Arab.

Utk memenuhi cita-citanya itu, si-Yahudi itu telah mendekati golongan puak Arab Badwi di tinggal di tengah-tengah padang pasir utk memantapkan lagi posisinya, kemudian secara beransur-ansur, dia kemudiannya mengisytiharkan dirnya sebagai Raja kpd mereka.!!

Pada ketika itu, kabilah Ajaman bersama kabilah Bani al-Khaled menjadi sangat berhati-hati kerana sedar akan rancangan jahat si-Yahudi itu selepas mereka mendedahkan siapa si-Yahudi itu sebenarnya, dan mengambil keputusan utk membunuhnya. Mereka menyerang bandar lelaki Yahudi itu dan menawannya, tetapi sebelum sempat menangkapnya si-Yahudi itu telah berjaya meloloskan dirinya dari kepungan mereka.

Oleh itu, keturunan Yahudi drpd keluarga Saud (Mordakhai), melarikan diri mencari perlindungan di sebuah ladang bernama al-Malibeed Ghusaiba berdekatan al-Arid, yg skrg ini lebih dikenali dgn nama: al-Riyadh.

Yahudi itu kemudiannya meminta pertolongan kpd tuan ladang tersebut agar memberikannya sebuah tempat sebagai tempat utk perlindungan/penempatan. Tuan ladang yg berasa sangat simpati itu lalu memberikannya tempat utk berlindung dgn mendirikan khemah sementara. Tetapi kemudiannya si-Yahudi itu (Mordakhai), yg baru hanya tinggal selama sebulan di situ, setelah membunuh tuan ladang tersebut dan kesemua ahli keluarganya.. beliau berpura-pura menghebahkan kpd masyarakat sekitar dgn mendakwa tuan ladang itu bersama ahli keluarganya semua telah dibunuh oleh pencuri yg menceroboh.

Yahudi itu kemudiannya lagi berpura-pura pula menyatakan bahawa semasa hayat tuan ladang tersebut beliau telah membeli ladang tersebut dari tuan tanah sebelum malapetaka tersebut berlaku ke atas mereka.! Setelah merampas tanah tersebut dgn cara menipu, lalu si-Yahudi menamakan kawasan ladang yg dirampasnya itu dgn nama al-Dir’iya, iaitu sama dgn nama tempat yg pernah dimilikinya dahulu.

Keturunan Yahudi drpd keluarga SAUD (Mordakhai) dgn cepat menubuhkan “Guest House” bernama“Madaffa” di tanah yg dirampasnya dari mangsa iaitu tuan ladang yg dibunuh itu, dan mengumpulkan di sekelilingnya sekumpulan munafiq yg kemudiannya menyebarkan propaganda dusta yg mengatakan bahawa dia adalah Syeikh (ketua) Arab dari keturunan yg disegani. Dia mengisytiharkan permusuhan terhadap Sheikh Saleh Salman Abdullah al-Tamimi, iaitu musuh tradisinya, dan dia juga telah menyebabkan pembunuhan ke atas Sheikh Saleh di sebuah masjid bernama al-Zalafi.

Kemudian setelah Yahudi itu merasa amat berpuashati dgn apa yg sudah dimilikinya dan selamat utk mewujudkan (al-Dir’iya) sebagai rumah tetapnya. Di situlah dia mengamalkan poligami pada tahap melampau, dan melahirkan ramai anak yg kemudiannya diberikan nama-nama Arab kpd anak-anaknya itu.

Kemudian, setelah kaum kerabatnya menjadi semakin bertambah dan berkuasa dgn dinamakan bawah nama Kaum Saudi, mereka telah mengikuti jejak langkahnya mengamalkan aktiviti haram dan konspirasi terhadap negara Arab di kawasan sekitar. Mereka telah merampas tanah terpencil dan ladang-ladang, dan membunuh sesiapa sahaja serta tiap orang yg cuba menentang rancangan jahat mereka. Mereka menggunakan apa sahaja tipu helah utk mencapai matlamat mereka; mereka merasuah; menawarkan wanita dan wang kpd orang yg berpengaruh di kawasan itu, jelasnya kpd sesiapa yg ingin memulakan utk menulis biografi sebenar keluarga Yahudi itu; mereka akan merasuah penulis utk menyucikan sejarah hitam mereka, dan juga menghampirkan asal keturunan mereka kpd kabilah Arab seperti Rabi’a, Anza dan al-Masaleekh.

Munafik yg sebenar dan sangat jelas di zaman itu adalah Mohammad Amin al-Tamimi, beliau adalah pengarah/pengurus kpd perpustakaan terbaru kerajaan Saudi, beliaulah yg mereka-reka kononnya asal usul keturunan kpd keluarga Yahudi (Saudi) yg ada sekarang ini mempunyai hubungan kpd Nabi Junjungan kita Muhammad saw, utk kerja kotor dan jahat ini, beliau telah dianugerahkan 35ribu pound Mesir dari Kedutaan Saud utk Kaherah, Mesir pada tahun 1362H atau 1943M. Nama duta tersebut adalah Ibrahim al-Fadel.

Seperti yg telah disebutkan sebelum ini, keluarga Saud asalnya adalah dari keturunan Yahudi (Mordakhai), suatu ketika mengamalkan poligami dgn mengahwini ramai wanita Arab dan mendapat ramai anak: amalan poligaminya itu pada masa ini telah diteruskan oleh keturunannya, mereka berpegang kpd warisan perkahwinan itu.!

Salah seorang anak Mordakhai bernama al-Maqaran, yg telah di‘arabkan’ dari keturunan Yahudi (Mack-Ren) dan mendapat anak bernama Mohamad dan seorang lagi bernama Saud, iaitu sempena nama kpd DINASTI SAUDI yg ada skrg ini.

Keturunan Saud (keluarga Saudi yg ada sekarang ini) telah beberapa kali memulakan kempen pembunuhan ketua-ketua kabilah Arab atas dakwaan bahawa katua-ketua kabilah itu telah melakukan bid’ah dan telah sesat, mereka dituduh telah menyeleweng dari ajaran Islam yg sebenar, mereka juga dituduh tidak mengamalkan ajaran al-Qur’an yg sebenar; OLEH ITU MEREKA (kabilah-kabilah Arab) BERHAK UTK DIBUNUH OLEH KELUARGA SAUD.!!

Di dalam buku sejarah keluarga Saud pada mukasurat 98-101, ahli sejarah dari keluarga mereka telah mengisytiharkan bahawa Dinasti Saud mendakwa semua penduduk Najd yg berada disekitarnya adalah KUFUR; maka darah mereka adalah halal utk dibunuh, harta mereka harus dirampas, para wanita mereka berhak dijadikan hamba seks; seorang muslim itu tidak benar2 Muslim jika kepercayaannya tidak berasal dari ajaran yg di bawa oleh MOHAMMAD BIN ABDUL WAHAB yg bertindak sebagai ulama bagi pihak keluarga Saud (beliau juga adalah seorang Yahudi yg berasal dari Turki)

Ajarannya ialah memberikan kuasa kpd keluarga Saudi utk memusnahkan kampung2 penduduk Arab yg dirasakan boleh mengamcam kedudukan mereka iaitu; dgn membunuh semua kaum lelaki termasuk kanak kanak, merogol wanita mereka, menikam perut wanita hamil, memotong tangan anak mereka dan kemudian membakar mereka.!!

Perbuatan kejam mereka ini kemudiannya disahkan lagi oleh Ulama Agama Samseng Wahabi utk merampas semua harta benda sesiapa sahaja yg menentang mereka (yg tidak mengikuti pegangan agama Wahabi)

Keluarga hodoh Yahudi ini menjadi semakin kejam malah berani telah melakukan byk kezaliman di bawah nama ajaran sesat Wahabi yg diciptakan asalnya oleh Yahudi utk menyemai benih kekejaman di hati manusia. Dinasti Yahudi ini yg bertopengkan bangsa Arab telah melakukan kekejaman sejak tahun 1163H. Mereka telah menamakan semula Semenanjung Tanah Arab sempena nama keluarga mereka (ARAB SAUDI) sebagai sebuah negara kepunyaan mereka, dan semua penduduk adalah hamba kpd mereka, bekerja keras utk kemewahan mereka sahaja (keluarga Saud).

Mereka telah memiliknegarakan semua khazanah dan harta kekayaan negara tersebut sebagai harta peribadi mereka. Jika ada orang miskin dari orang kebanyakan menaikkan suaranya mengkritik undang-undang kuku besi Dinasti Yahudi tersebut, orang itu akan dipenggal kepalanya di hadapan khalayak ramai. Seorang puteri mereka telah melawat Florida, USA bersama-sama dgn para penasihatnya, dia telah menyewa sebanyak 90 peratus bilik mewah (suite) di Grand Hotel hanya utk Satu Juta Dollar Amerika utk satu malam sahaja!!

Siapakah yg berani menyuarakan tentang pembaziran ini? Sudah tentunya mereka tahu bahawa kepala mereka akan dipenggal jika mereka berani menyuarakannya.


SAKSI KPD KETURUNAN YAHUDI -KELUARGA SAUD

Pada tahun 1960, “Sawt al-Arab” sebuah stesen penyiaran di Kaherah, Mesir, dan juga stesen penyiaran Yemen di Sana`a telah mengumumkan, mengesahkan dan membenarkan bahawa keluarga Saudi adalah dari keturunan YAHUDI.

Raja Faisal al-Saud pada masa itu tidak dapat menafikan bahawa keluarganya sangat baik hati dgn Yahudi apabila beliau mengisytiharkan WASHINGTON POST pada 17hb September 1969 dgn membuat kenyataan, berkata; “Kami, keluarga Saud, adalah saudara kpd Yahudi, kami sepenuhnya tidak bersetuju dgn mana-mana Pihak Berkuasa Arab atau Liga Muslim yg menunjukkan penentangan terhadap golongan Yahudi, “Kita mestilah hidup bersama mereka dgn penuh kasih sayang”. Katanya lagi; “Negara kami (Arab Saudi) adalah pencetus kpd keturunan Yahudi dan keturunannya telah tersebar ke seluruh dunia” Ini adalah deklarasi dari al-Malik Faisal al-Saud bin Abdul Aziz sendiri.!!

Hafez Wahabi, yg merupakan seorang Penasihat kpd Kerajaan Saudi, menyatakan dalam bukunya yg bertajuk: “SEMENANJUNG TANAH ARAB” menulis bahawa Raja Abdul Aziz al-Saud, mati pada tahun 1953 pernah menyatakan; “Ajaran kami (ajaran Saud) mendapat tentangan dari seluruh kabilah Arab. Datuk kami Saud Awal, setelah memenjarakan ramai ketua kabilah Matheer". Apabila kumpulan lain dari kabilah yg sama datang membuat tuntutan utk membebaskan para banduan, Saud Awal telah memerintahkan supaya orangnya memenggal semua kepala banduan, kemudian dia cuba memalukan mereka dgn menjemput mereka makan dari tempat duduk yg dibuat dari daging mangsanya itu yg telah dipenggal kepalanya itu di mana kepala2 mereka itu telah diletakkan di atas pinggan makanan.!! Apabila rombongan tersebut menyedari akan hal itu mereka enggan menjamah jamuan makanan yg dihidangkan kerana mereka enggan memakan daging saudara mereka sendiri, kemudian Saud Awal memerintahkan agar para pengawalnya memenggal kesemua kepala para rombongan itu juga.

Jenayah kejam ini telah dilakukan oleh raja tersebut kpd manusia yg tidak bersalah di mana kesalahan mereka itu hanyalah kerana menentang kekejaman raja tersebut.

Hafez Wahabi itu juga turut mengakui bahawa al-Malek Abdul Aziz al-Saud memang ada bersangkut-paut dgn kisah benar tentang pembunuhan ketua-ketua kabilah Matheer, yg mulanya datang melawatnya utk membuat tuntutan agar dibebaskan ketua mereka yg pada masa itu ialah Faisal al-Darwish, beliau merupakan salah seorang tahanan Raja Saudi tersebut. Dia mengaitkan kisah tersebut kpd mereka supaya mengelakkan mereka dari meminta pembebasan ketua mereka, jika tidak mereka akan menimpa nasib yg sama; Dia telah membunuh Syeikh tersebut dan menggunakan darahnya utk berwudu` sebelum menunaikan solat (solat agama Wahabi).

Kesalahan yg dilakukan oleh Faisal al-Darwish hanyalah kerana mengkritik al-Malik Faisal Abdul Aziz apabila raja itu menandatangani dokumen yg disediakan oleh pihak Inggeris yg pada ketika itu mempunyai pengaruh besar menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab, pihak Inggeris menyediakan draf perjanjian tersebut pada tahun 1922 sebagai deklarasi yg menjadi punca kpd pemberian tanah Palestine kpd Yahudi; tandatangannya telah diterima dalam persidangan yg berlangsung di al-Aqeer pada tahun 1922.

Begitulah keadaannya sistem rejim ini dan ianya masih lagi diamalkan oleh keluarga Saudi (keluarga Yahudi). Matlamatnya adalah; utk merampas harta kekayaan negara, merompak, menipu, dan melakukan pelbagai jenis kekejaman, kezaliman, dan kekufuran -semua itu mereka lakukan atas nama agama dgn kerjasama bersama pemimpin agama yg mereka cipta-iaitu ulama Wahabi yg sentiasa membenarkan pemenggalan kepala sesiapa sahaja yg menentang mereka.

Oleh JIHAD Menentang Wahabi
Mohammad Sakher


*Pertamanya; saya Lebai Kampung tidak berani mengesahkan samada maklumat ini sahih atau tidak, saya perolehinya melalui email dari seorang rakan saya yg kebetulan masih berada di Mesir. Beliau memberitahu kpd saya journal ini ada keluar di dalam makalah tempatan Mesir pada tahun 1996 dan selepas terbitannya syarikat tersebut telah dikenakan tindakan oleh kerajaan Mesir supaya ditutup sementara tetapi kini beroperasi semula.

Saya sarankan pembaca anggaplah ini sebagai pembacaan sepintas lalu, asalnya artikel ini dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris, dan kawan saya menterjemahkannya pula ke bahasa Melayu lalu email kpd saya. Kemungkinan terdapat spelling error dan beberapa pilihan bahasa menterjemahkannya tidak menepati pilihan maksud yg hendak disampaikan, oleh itu saya minta maaf bagi pihak kawan saya kerana beliau bukan seorang yg mahir dalam bahasa Inggeris.

*Sumber diambil daripada Notes Sidi Kayell Redzahaier (Ustaz Sidi) dengan izin beliau. Terima kasih tuan.

Monday, October 4, 2010

Muzikal Tun Mahathir - 6 Oktober 2010


Hari Rabu ini 6 Oktober 2010, kami (aku,mak,dua orang kakak aku & Mas) akan ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater muzikal Tun Mahathir. Walaupun banner di atas menunjukkan tarikh akhir adalah 4 Oktober namun atas sambutan orang ramai teater ini disambung sehingga 9 Oktober 2010 tapi baru-baru ini aku ada terdengar yang teater ini akan bersambung lagi sehingga 14 Oktober. Tidak tahu setakat mana kesahihan khabar yang aku dengar ni. Tak kesahla sambung ke tak sambung janji aku dah beli tiket ni dah. Selamat dah.

Sape-sape yang teringin nak pergi tengok, cuba-cubalah check ticket ada lagi ke tak, kalau ada rezeki mungkin ada lagi tuh...


Sedikit sinopsis teater ini :
   
 Menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin yang ulung. Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun.
   Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri

Nak tahu lagi detail cth para pelakon dan pengarahnya siapa? Layari website ini : http://www.istanabudaya.gov.my/tun_mahathir

Tak sabar nak tunggu hari Rabu!!

Tuesday, June 8, 2010

Undi-undi! Saya musykil !!






Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan politik.

Jika ada sesiapa yang tahu jawapannya, saya mohon anda kongsikan dengan saya dan pembaca-pembaca yang lain.


1. Apakah hukum orang yang mengundi pemerintah yang melakukan kemungkaran?

2. Apakah pilihan untuk mengundi kita jika kedua-dua pemerintah dan pembangkang melakukan kemungkaran?

3. Adakah kita sama-sama menanggung dosanya sekiranya kita mengundi parti yang ada melakukan kemungkaran?



Setakat itu sahaja. Harapan saya ada yang sudi menjawab beberapa soalan saya ini.


Terima kasih.



Tambahan :

“Akan dilantik para pemimpin yangg kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) & kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yg berdosa) sesiapa yang redha & menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat” (Riwayat Muslim).

Saturday, May 29, 2010

Jangan jadi seperti Kera Yang Hina

Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: Tinggallah dalam bandar ini dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai dan berdoalah dengan berkata: (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. (161) Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan. (162) Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (163) Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. (164) Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (165) Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. (166)
- Surah Al-A'raf -

Perkara yang haram tetap haram dan yang halal tetap hahal hatta betapa hebat helah-helah (tipu daya) yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim untuk menjadikan perkara yang haram menjadi halal namun yang haram tetap juga haram. Sepertimana perjudian juga, tidak kiralah yang dilesenkan atau tidak dilesenkan ianya tetap jelas haram. Janganlah mencari helah untuk menjadikan aktiviti perjudian itu kelihatan halal. Dalam isu ini terdapat ramai yang akan menanggung dosanya antaranya :
1.Orang yang meluluskan lesen,
2.Orang yang menyokong,
3.Orang yang melaksanakan,
4.Orang yang berjudi(sudah tentu),
5.Orang yang menyediakan tempat berjudi,
6.Orang yang menyewa,
7.Orang yang menonton dan sbgnya.
Walaupun judi itu terdapat manfaatnya namun dosa(keburukannya) lebih besar dari manfaatnya seperti ayat dalam surah Al-Baqarah, 219: "Mereka bertanya kepada kamu tentang khamar dan judi. Katakanlah "Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaatnya kepada manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Pada ayat dalam surah Al-A'raf di atas, "orang yang berlaku sombong takbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan pada mereka: Jadilah kamu kera yang hina" - sesetengah riwayat mengatakan sikap sebegini umpama kera yang hina dan ada riwayat juga mengatakan mereka ditukar menjadi kera-kera yang hina. Wallahualam.

Thursday, May 13, 2010

Mufti Perak bersuara tentang kelulusan lesen judi sukan - Zainol Abideen (mahaguru58.blogspot)

Mufti Perak bersuara tentang kelulusan lesen judi sukan

Tan Sri Harussani Zakaria.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sidang pembaca warganegara Malaysia sekelian.

Saya baru sahaja selesai berhubung melalui telefon dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkenaan isu lesen judi sukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional Malaysia.

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa apa saja bentuk judi adalah HARAM di segi Syariah Islam dan beliau berasa amat sedih dengan keputusan Kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi tersebut kepada pihak Berjaya Sports Toto Berhad!

Bilamana saya terangkan kepada Sahibus Samahah Mufti Perak bahawa lesen judi ini bukan hanya untuk kategori pertaruhan keatas kejuaraan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung pada bulan Jun ini tetapi merangkumi segala bentuk sukan sukan yang laintermasuk sukan bolakeranjang, perlumbaan kereta, motosikal, sukan tenis, golf dan lain lain, Tan Sri Harussani terkejut dan merakamkan kekesalannya!

Beliau memaklumkan saya bahawa akhbar New Straits Times baru sahaja mengadakan satu wawancara dengan beliau dan bertanya samada sudah keluar laporan tersebut?

Saya menjawab saya belum sempat membaca akhbar tersebut tetapi memaklumkan bahawa sudah semakin ramai pembaca blog saya yang menghubungi saya dan bertanya samada saya telah mendapat maklumbalas Tan Sri Harussani tentang apa pendapat Tan Sri mengenai keputusan Kerajaan Malaysia ini untuk meluluskan lesen judi 'sukan'?

Sekali lagi beliau menegaskan bahawa judi itu adalah haram dan diantara dosa dosa besar yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan barangsiapa sahaja yang bergiat didalamnya!

Berita memalukan Malaysia ini sudah diterbitkan didalam laman web global MSN.Comdisini.

Beralih kepada satu lagi perkara melibatkan soal penglibatan Amanah Raya Berhad yang dilaporkan berurusan dengan urusniaga saham syarikat perjudian besar negara @ Magnum Berhad melalui anak syarikatnya Public Mutual!

Tan Sri Mufti Perak meminta supaya saya menulis menerangkan bahawa pendirian beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah haram bagi pihak Amanah Raya Berhad untuk membiarkan anak syarikat nya Public Mutual untuk melaburkan wang amanah pegangan badan tersebut didalam bursa saham yang melibatkan syarikat perjudian Magnum Berhad.

Beliau meminta supaya saya siarkan pendapatnya ini menentang keterlibatan Amanah Raya Berhad didalam sebarang urusan niaga saham yang dimiliki syarikat perjudian seperti Magnum Berhad.

Harap maklum.

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sudah menyempurnakan amanah Sahibus Samahah Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria untuk menyampaikan amanatnya ini kepada tuan puan semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersama lah kita membanteras
segala kemaksiatan yang sedang berleluasa ditanahair kita ini!


ALLAHU AKBAR!!!

Tuesday, May 11, 2010

Lesen Judi Piala Dunia 2010 - Ulasan Dr Asri & Ustaz Zaharuddin


Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

“Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

“Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,” katanya.
-Bernama-


Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 09 Mei 2010.

-Minda Tajdid, DRMAZA-

Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.


BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails