Saturday, May 29, 2010

Jangan jadi seperti Kera Yang Hina

Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: Tinggallah dalam bandar ini dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai dan berdoalah dengan berkata: (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. (161) Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan. (162) Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (163) Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. (164) Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (165) Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. (166)
- Surah Al-A'raf -

Perkara yang haram tetap haram dan yang halal tetap hahal hatta betapa hebat helah-helah (tipu daya) yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim untuk menjadikan perkara yang haram menjadi halal namun yang haram tetap juga haram. Sepertimana perjudian juga, tidak kiralah yang dilesenkan atau tidak dilesenkan ianya tetap jelas haram. Janganlah mencari helah untuk menjadikan aktiviti perjudian itu kelihatan halal. Dalam isu ini terdapat ramai yang akan menanggung dosanya antaranya :
1.Orang yang meluluskan lesen,
2.Orang yang menyokong,
3.Orang yang melaksanakan,
4.Orang yang berjudi(sudah tentu),
5.Orang yang menyediakan tempat berjudi,
6.Orang yang menyewa,
7.Orang yang menonton dan sbgnya.
Walaupun judi itu terdapat manfaatnya namun dosa(keburukannya) lebih besar dari manfaatnya seperti ayat dalam surah Al-Baqarah, 219: "Mereka bertanya kepada kamu tentang khamar dan judi. Katakanlah "Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaatnya kepada manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Pada ayat dalam surah Al-A'raf di atas, "orang yang berlaku sombong takbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan pada mereka: Jadilah kamu kera yang hina" - sesetengah riwayat mengatakan sikap sebegini umpama kera yang hina dan ada riwayat juga mengatakan mereka ditukar menjadi kera-kera yang hina. Wallahualam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails