Wednesday, October 5, 2011

Cangkir yang pernah diminum Rasulullah SAW, kini di Chechnya.




RAKYAT CHECHNYA MINUM DARIPADA CANGKIR KEPUNYAAN RASULULLAH S.A.W.



Rakyat Chechnya yang sekian lama ditindas oleh Russia mendapat rahmat baru-baru ini dengan kehadiran satu cangkir yang dipercayai kepunyaan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cangkir yang sekian lama disimpan di London dalam keadaan selamat oleh keturunan Saiyiddina Ali ibn Abi Talib kwjh setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. di bawa khas oleh kerajaan negara majoriti Islam itu pada hujung bulan lalu dengan disambut oleh ribuan rakyat yang mengalirkan air mata kegembiraan dan penuh kesyukuran.



Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov diberi penghormatan untuk membuka kain yang menutup cangkir suci itu dalam satu majlis khas sambil menitis air mata.

Cangkir tersebut diterbangkan dari London terus ke masjid pusat Ahmad Haji Kadirov di ibu negara Grozny dengan disambut oleh rakyat Chechnya yang menunjukkan kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah s.a.w. mengibarkan bendera disepanjang jalan sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

Kadyrov secara peribadi telah menerima cangkir tersebut yang disimpan dalam sebuah kotak setibanya di lapangan kapal terbang.

Setelah mencium cangkir suci itu yang berwarna kehijauan dengan penuh rasa takzim dan hormat, pemimpin tersebut menangis teresak-esak sambil menutup wajahnya kerana mengenangkan bibir suci Rasulullah s.a.w. pernah minum daripada cangkir tersebut.

Kenyataan dalam laman web rasmi kerajaan Chechnya menceritakan latarbelakang cangkir yang berusia lebih 1,400 tahun tersebut di mana ianya digunakan oleh Rasulullah semasa hidup baginda sebelum diberikan kepada Saiyiddina Ali.

Ia kemudiannya disimpan dalam jagaan anak perempuan rasulullah s.a.w., Saiyiddatina Fatimah dan seterusnya kepada cucu baginda, Saiyiddina Hassan dan Saiyiddina Hussain sebelum diwariskan kepada keturunan berikutnya.

Kadyrov berkata akibat diburu oleh pengikut ajaran Wahabi di Mekah dan Madinah, keturunan Rasulullah terpaksa melarikan barangan kepunyaan baginda ke luar negara di mana ia tersimpan dengan selamat di London.

Kadyrov berkata sesiapa sahaja rakyat Chechnya berpeluang untuk meminum air daripada cangkir suci itu semasa ia berada di bumi Chechen.

Beliau dilihat sebagai pemimpin yang menggalakkan perkembangan Islam di negara wilayah utara Caucasus Russia antaranya merasmikan masjid terbesar di Eropah yang dipanggil Heart of Chechnya.

Solawat!
sg furat

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails