Saturday, October 22, 2011

99 Nama, ada satu Terahsia..



99 nama Allah, namun ada 1 namaNya yang terahsia, dikenali sebagai Asmaa'ul 'Azam.

Jika sesiapa yang dikurniakan 
Asmaa'ul 'Azam ini maka doanya akan makbul. Namun, bukan sembarangan orang yang terpilih untuk mengetahui nama ini, kerana tanggungan dan tanggungjawabnya amatlah berat sekali. Bayangkanlah jika harta segunung emas diberikan kepada pengemis yang jahil, bayangkan apa akibatnya nanti?

Amalan 
Asmaa'ul 'Azam ini perlulah berhati-hati, digunakan hanya untuk kepentingan akhirat semata-mata dan bukanlah untuk kepentingan duniawi, jika tidak binasalah dia seperti yang terjadi pada Bal'am Bin Baura. 

Ada satu riwayat mengatakan pada zaman Nabi Sulaiman a.s., hamba Allah yang bernama Asif (yang memindahkan istana Nabi Sulaiman ke Palestin lebih cepat daripada kerlipan mata Nabi Sulaiman a.s.) ini mengetahui 
Asmaa'ul 'Azam dan mengamalkannya. Wallahualam..

Maka kita yang orang awam ini tidak perlulah nak mencari-mencari 
Asmaa'ul 'Azam ini. Jika ditakdirkan Allah Swt untuk menganugerahkan kita nama terahsia ini, maka bersyukurlah dan amalkanlah dengan baik. Jika tidak, tidak perlu mencari, berdoalah dengan mana-mana nama Allah dengan bersungguh-sungguh, semua namaNya adalah terbaik. Nak amalkan 99 nama Allah ini pun boleh tidak ada masalahnya. Amalkanlah bila-bila masa. Yang penting kita istiqamah walaupun sedikit. Sediki itu pun bukanlah sedikit yang kosong, biarlah yang sedikit itu dengan hudur hati kepada Yang Maha Esa bukan selainNya. Hadapkan hati kepadaNya bukan semata-mata lidah atau lafaz.

Dapat satu nama ni pun tidak sempurna amalan lagi, terhegeh-hegeh lagi nak beramal, cukuplah tu. Allah mengajar kita supaya bersyukur, sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan lagi lagi dan lagi. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails