Monday, August 10, 2009

Watch this amazing videos with your heart open and then you will realize something......










Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas.


Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 - satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas - sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.

Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.

Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi.

Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

Di dalam bukunya 'The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen' Dr. Mahathir menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8% setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Nilai mata wangnya adalah stabil dan hutang antarabangsanya masih di tahap boleh diuruskan. Justeru Malaysia bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi.

Namun bermula pada Julai 1997, nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh dengan pantas dan pasaran saham menurun ke tahap yang paling rendah. Nilai Ringgi Malaysia terus jatuh tanpa dapat di tahan. Rakyat Malaysia kebingungan dengan situasi ini.

Faktor utama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia adalah berpunca daripada serangan spekulasi daripada peniaga mata wang. Dr. Mahathir menyalahkan para spekulator yang menyumbang kepada penurunan nilai RM sehingga menjejaskan keseluruhan ekonomi negara. Peniaga mata wang menurunkan nilai RM bukan kerana mereka takut nilai mata wang akan menurun sebaliknya mahu mengaut keuntungan dengan menjual mata wang.

Dr. Mahathir faham bahawa nilai mata wang boleh diserang kerana ianya bersandarkan sistem wang fiat. Wang fiat adalah wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak.

Di dalam satu ucapannya, Dr. Mahathir menyebut bahawa wang kertas memperoleh nilainya daripada pengiktirafan kerajaan. Kerajaan yang meletakkan nilai pada wang kertas berkenaan. Contohnya wang kertas RM1 mempunyai nilai kerana kerajaan yang mencetak nilainya di atas wang kertas berkenaan. Jika kerajaan mencetak RM5 atau RM10 ke atas wang kertas berkenaan, nilai kertasnya adalah tetap sama. Pengiktirafan dan jaminan kerajaan yang menyebabkan wang kertas mendapat nilainya.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.

1. Wang kertas tidak mempunyai nilai - ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
4. untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.

Inisiatif Dinar Emas oleh Dr. Mahathir.

Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Persidangan OIC ke 10 - Proposal menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan dibentangkan.

Proposal untuk menggunakan emas sebagai pembayaran bagi perdagangan telah dibentangkan kepada 57 ketua negara. Perjanjian dua pihak dimulakan, kemudian berkembang menjadi perjanjian bersama yang diharapkan akan menjadi blok perdagangan emas. Inilah platform di mana semua negara-negara Islam boleh bersetuju sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir "... tindakan ini lebih berkesan untuk melawan penindasan pihak musuh berbanding mengambil tindakan yang sia-sia seperti keganasan".

Kesan Global.

Penggunaan dinar emas menandakan pengembalian kepada emas sebagai alat kewangan dan mata wang dunia yang sebenarnya. Penggunaan dinar emas berbanding sistem wang kertas akan membolehkan:

1. Perpaduan dan kekuatan umat Islam dibina.
2. Memulakan blok perdagangan dengan sistem dinar emas
3. Menggalakkan dan mempromosikan perdagangan di antara anggota OIC
4. Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD
5. Membuka jalan kepada praktis perdagangan berkaitan emas.
6. Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.

Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).

Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya diimplementasikan, dominasi Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan segenap kekuatan. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Dr. Mahathir di dalam satu sidang medianya selepas merasmikan hari pekerja di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) memberitahu bahawa hasrat Malaysia menggunakan dinar emas di dalam perdagangan antarabangsa tidak hanya terbatas kepada lebih daripada 24 negara yang ia mempunyai perjanjian pembayaran 2 hala (Utusan Malaysia 1/5/2002).

Pada mulanya Malaysia akan cuba untuk melaksanakan penggunaan dinar di dalam lingkungan sebahagian kecil negara sebelum sistem dinar diterima secara meluas sebagai wang perdagangan.

Saturday, August 8, 2009

My Vision Board

ini adalah vision board yang aku buat pada tahun 2007...
setakat ini semuanya masih belum tercapai lagi...

TENSION!!!!!!!!!!!!!!!

aku tengah tension.....tension.........tension giler.........!!!!

ooo sebelum tu nak cite skit....

630pm - ade 1 miss called dr en. A

alap : nape kol? aku tgh mandi td...
en A. : tertekan
alap : la napenyer?
en A. : tertekanla
alap : pulak dah...nape ni? g x ni? takpe nanti cite kat aku...aku g amik sekarang...
en A. : takla...aku kate aku tertekan button ter-miss call kau td...
alap : ler mengong.....

ahahaaa.....

sape yg mengong?

akula....

ahahahah....


okay....relieve sekejap tension nih...
esok sambung lg tension nih selagi problem nih tak setel2 lagih....

ya Allah...tunjukkanlah dan permudahkanlah jalan bagiku.....

duit ooooo duit......

Friday, August 7, 2009

ONCE IN A LIFE TIME

MENARIK!!!!

berlaku sekali seumur hidup kita...

perhatikan pada pukul

12:34:56 am

pada tarikh

07/08/09

apa yang anda dapat perhatikan?

cuba lagi sekali

pukul 12:34:56 am
pada 07/08/09

apa yang menarik?

lagi sekali....

12:34:56 07/08/09

123456 789

123456789

nombor yang yang sangat-sangat menarik dan susah untuk kita temui dalam hidup kita....


Sunday, July 26, 2009

Julai ooo Julai...

Bulan Julai ni banyak perkara yang dah berlaku.

Yang best dan yang tak best...tapi biarlah kita fokus kepada perkara yang best2 je betol?

Buat apa nak difikir-fikirkan sangat perkara yang tak best n sedih tu...buang tenaga shj...yang penting bulan Julai ini masih belum berakhir walaupun sudah berada di hujung-hujung bulan.

Bak kata orang "FIGHT UNTIL THE END" selagi masih belum berakhir selagi itu kita berjuang...perjuangan belum selesai perjuangan baru sahaja bermula...tiada masa untuk mengeluh tiada masa untuk down... walau apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan...kerana....
kerana apa?

kerana IMPIAN masih belum tercapai...sekecil-kecil impian hinggalah sebesar-besar impian ianya tetap sebuah impian...jangan biarkan apa atau sesiapa pun yang menghalang...

LETS PROTECT OUR DREAMS
BE A LEADER OF OUR DREAMS
who else?
if not ourself aite?

cukup sekadar hari ini...segala aktivti dan perkara yang berlaku bulan ini akan diupdate di hari yang lain...hari ini tiada mood untuk berblogging panjang...

see you guys next time!!!

Thursday, July 2, 2009

Hai Julai!! Bye2 Jun!!!..

Kejapnya masa berlalu

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Julai bulan yang mana bagiku amat berat sekali setiap tahun ini sebab menunggu saat umur menjadi lebih tua daripada sebelumnya. Masih banyak lagi perkara yang belum tercapai masih banyak lagi yang perlu aku lakukan. Kalaulah boleh masa ini diputarkan ke belakang semula ( hanya mimpi).

Ya Allah berikan ku sedikit kekuatan

Bulan Jun yang lepas tidak berapa menarik. Banyak perkara tidak berapa menjadi dan kebanyakan target untuk bulan ini tidak tercapai. Mungkin semua ini terjadi disebabkan kelemahan dan kesilapan daripada hambuMu yang sangat-sangat lemah ini.

Ya Allah berikan aku kekuatan

Semoga bulan Julai ini, Allah melimpahkan rezeki kepadaku kaum keluarga dan kawan-kawanku dan semua ini mungkin tidak akan terjadi jika tanpa usaha yang kuat. Ingatan untuk diri sendiri dan semua pembaca agar amalkanlah solat sunat dhuha di waktu pagi. Semoga rezeki kita semua dimurahkan lagi.

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Murahkan lagi rezeki MUHAMMAD ASRAF, kaum keluarganya serta sahabat-sahabatnya bulan ini dan seterusnya. AMIN.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails