Wednesday, May 4, 2011

Menghina atau dihina?

"Amat senang untuk mencari orang yang gemar menghina orang lain, tetapi alangkah sukarnya mencari orang yang gemar menghina diri sendiri.."

Hinalah diri sendiri biar nafsu dalam diri itu terpukul, tertekan, terhenyak..

Ajarkanlah nafsu itu hakikat seorang hamba, didiklah nafsu itu dengan hakikat Pencipta..

Sememangnya kita ini adalah hamba yang faqir lagi hina di sisiNya..

Yang Maha Kaya adalah semata-mata Dia..

Tuesday, May 3, 2011

Unsung hero, toxic people dan sapi..

"Allah Maha Mengetahui, InsyaAllah, Allah akan memberi ganjaran atas kebaikan saudara walaupun manusia lain melupakannya."

"Biarlah sapi dapat nama, insyaAllah jika kita ikhlas kita dapat pahala dan keredhaan Allah."

"Jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih belum benar-benar baik."

"Dalam setiap perjuangan, ada golongan yang dinamakan 'unsung hero' dan juga golongan yang digelar 'toxic people'.

'Unsung hero'
adalah wira yang berjasa namun tidak disebut-sebut, tidak dikenali, sering dilupakan apatah lagi dipuja dan disanjung, hakikatnya merekalah yang paling banyak berjasa.

Manakala 'toxic people' pula, adalah orang yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Mereka mengampu yang di atas, menyiku yang di tengah dan menekan yang di bawah. Mereka akan terjerat dengan jerat mereka sendiri."

"Siapa yang mampu menilai segala usaha kita?"

"Dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan dengan firmanNya: (Beramallah. Nanti Allah, Rasul dan orang Mukmin akan menilai amalan kamu itu.) "


Firman Allah SWT dalam surat At-Taubah ayat 105:
“Dan katakanlah: “Beramallah kamu sekalian, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan kalian itu, dan kalian akan dikembalikan kepada Allah, Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata. Lalu diberitakan-Nya kepada kamu sekalian apa yang telah kamu kerjakan.”

"Mereka mendaki ke puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh."

"Di akhirat nanti, si 'toxic people' akan mendapat balasan setimpal dan si 'unsung hero' akan mendapat ganjarannya masing-masing."

"Apa milik kita? Tiada apa milik kita. Semua yang ada, Allah jua yang punya!"

Memperoleh Hati Yang Bersih..

Menurut Syeikh Salim bin Eid al-Hilali, dalam kitabnya Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus, proses tazkiyah ini akan berlaku dengan syarat kita bertaqwa, yang hanya akan dicapai dengan langkah-langkah di bawah ini :

Al-Musyaratah  - ertinya membuat perjanjian 
seperti seorang usahawan pasti 
akan menandatangani perjanjian. 

Al-Muraqabah - maksudnya selalu 
mengawasi diri.  Apabila sesorang 
telah mengikat perjanjian, 
harus baginya merasakan 
keperluan menjaga dan 
mengawasi perjanjiannya 
agar tidak dilanggar.

Al-Mujahadah - maksudnya 
bersungguh-sungguh 
dalam melakukan amalan.

Al-Taslim - ertinya menerima 
segala ketetapan Allah.

Al-Ridha - berasa bahawa segala 
pemberian Allah adalah yang terbaik 
buatnya.

SYARAT BERAMAL

لا بد لقبول العمل من ثلاثة شروط:
1.   أن يكون موافقا للشريعة.
2.   أن يكون مع الإخلاص.
3.   أن يكون مع الإحسان.
وإذا لم نتحقق بهذه الشروط علينا بالاستغفار، لا بد أن نؤدي وظيفتنا ونهتم بأداء شروطها، وأما القبول فهو على الله تعالى. إن قبل فبرحمته، وإن لم يقبل فبعدله.


Yang bermaksud, Supaya amalan kita diterima maka hendaklah memenuhi 3 syarat ini:


1.     Ianya dilakukan mengikut syariat.

2.     Ianya ditunaikan dengan ikhlas.

3.     Ianya dilaksanakan dengan ihsan.



Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat ini, hendaklah kita beristighfar. Tidak boleh tidak hendaklah kita melaksanakan tugas kita (beribadah) dan  berusaha menunaikan syarat-syaratnya. Sama ada ianya diterima maka itu terpulang kepada Allah Taala. Sekiranya ianya diterima maka itulah rahmatNya dan jika tidak diterima maka itulah keadilanNya.


Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

ORANG YANG TIDAK PERNAH MERASAI TIDAK AKAN MEMAHAMI




الذي لم يذق لم يدر، فكيف يعطي القدر والقيمة للصادقين؟

Yang bermaksud, Orang yang tidak pernah merasai tidak akan mengetahui (memahami). Maka bagaimana mereka boleh meletakkan ketentuan dan penilaian terhadap (perkara yang dilalui)  para Siddiqin?

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails