Tuesday, June 15, 2010

Syubahat....

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya, sesetengah urusan yang akan melibatkann kita terdapat perkara-perkara yang jelas haram dan halalnya. Sekiranya jelas haram maka kita WAJIB tinggalkannya & sekiranya halal kita boleh meneruskannya.

Tetapi yang lebih menakutkan kita hari ini adalah perkara-perkara yang meragukan (syubahat). Syubahat ini lebih banyak dan lebih mengelirukan oleh itu hati-hatilah dalam hal-hal yang syubahat.

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam khutbahnya yang terakhir : Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Dalam urusan mencari rezeki pun banyak perkara-perkara yang syubahat, kadang-kadang saya merasa simpati dengan sesetengah golongan orang yang masih meneruskan kerjaya/perniagaan/urusan yang banyak meragukan meskipun mereka tahu. Alasan mereka adalah mereka masih yakin dengan 'kesucian' perkerjaan mereka. Tidak salah sekiranya mereka benar-benar yakin tetapi biarlah yakin itu setelah dikaji atau dirujuk kepada orang yang lebih faham dan mengetahui akan hukum hakam perkerjaan-perkerjaan itu dan janganlah pula menjadikan JUMLAH PENDAPATAN BULANAN sebagai rujukan dan kemudian mereka menjadi YAKIN. Pendapatan yang lumayan bukan penentu dan bukan jawapannya. Tepuk dada tanyalah iman bukan tanya selera bukan tanya nafsu.


Hadis 40 : hadis keenam -

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '



Sunday, June 13, 2010

Sedih...sedih....!!! Dia dah takde lagi dah.....

Kucing ini dalam kenangan....pergi pada pukul 645 pagi, 13 Jun 2010.

Bye bye MEMEY!!!

Untuk ketahui lagi siapa kucing MEMEY ni sebenarnya, sila klik LINK dibawah :



p/s : Aku, ayah & mak aku ada kat kampung lagi, ada sepupu aku kawen. Kitorang takde kat rumah lama jugak tapi kakak aku balik rumah dulu semalam so pagi td dia sempat teman Memey ni sebelum mati. Kakak aku cerita Memey mati sebijik macam orang nak mati, sesak-sesak nafas, tangan kaki ronta-ronta sambil tahan sakit dan 'mengiau' lain macam, at last dia mendengus dua kali then 'pergi' terus. Yang tambah sedih, dia mati depan pintu bilik mak aku, selalunya dia akan tunggu depan pintu bilik mak aku utk mintak apa-apa (biasanya makananlah) tapi kali ni dia tak mintak makan dah :( ...malangnya mak aku pulak takde kat rumah lagi. Bukan senang nak dapat pengalaman tengok kucing mati 'live' betul tak? Ni tunggu time je nak kene tanam... hmmm

Wednesday, June 9, 2010

Aku seorang pengemis....

Bismillahirrahmanirrahim

Mengemis Kasih-Mu

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa KU menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

-Raihan-

Tuesday, June 8, 2010

Undi-undi! Saya musykil !!






Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan politik.

Jika ada sesiapa yang tahu jawapannya, saya mohon anda kongsikan dengan saya dan pembaca-pembaca yang lain.


1. Apakah hukum orang yang mengundi pemerintah yang melakukan kemungkaran?

2. Apakah pilihan untuk mengundi kita jika kedua-dua pemerintah dan pembangkang melakukan kemungkaran?

3. Adakah kita sama-sama menanggung dosanya sekiranya kita mengundi parti yang ada melakukan kemungkaran?



Setakat itu sahaja. Harapan saya ada yang sudi menjawab beberapa soalan saya ini.


Terima kasih.



Tambahan :

“Akan dilantik para pemimpin yangg kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) & kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yg berdosa) sesiapa yang redha & menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat” (Riwayat Muslim).

Monday, June 7, 2010

Gambar LAMBANG KEMENANGAN ZIONIS terdapat dalam komputer kita semua - Muslihat Israel!!


Bismillahirrahmanirrahim.


Israel terkenal dengan keganasan dan kekejaman mereka terhadap orang Islam. Mereka memerangi orang Islam dengan apa sahaja dari perang fizikal (terang-terangan) sehinggalah perang secara halus dengan cara perang minda.



Dalam kebanyakan filem-filem luar negara banyak elemen-elemen zionis yang diselitkan dalam beberapa babak filem bahkan elemen-elemen itu amat sukar untuk dilihat melainkan jika kita menonton dengan teliti dari pelbagai sudut.



Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu gambar yang rupa-rupanya sudah lama berada di dalam laptop saya dan ANDA juga. Gambar itu adalah lambang kemenangan tentera zionis.



Terima kasih kepada Farah Izzati dan Izzah Azura kerana memberitahu info tersebut di Facebook.


Sila lihat gambar di bawah.


Boleh ikut arahan mereka?

Saya tolong type semula arahan mereka :

1.Buka folder C.
2.Buka PROGRAM FILES.
3.Buka MICROSOFT OFFICE.
4.Buka MEDIA.
5.Buka CAGCAT10.
6.Lihat gambar JO285926.

Anda akan lihat gambar ini :


Boleh nampak lambang yang tertera di sebalik lilin sembilan batang itu? Itulah lambang Israel, dan lilin itu melambangkan kejayaan mereka. Mula-mula sekali tengok hampir-hampir tidak perasan. Oleh itu anda seharusnya delete gambar ini daripada laptop anda.



p/s : saya tidak berjaya upload terus file gambar ini ke dalam blog kerana terdapat 'ERROR', berkali-kali saya cuba tapi gagal juga. Saya terpaksa copy semula dan edit, seterusnya upload menggunakan file lain barulah berjaya. Hmm...ada yang tak kena...


Info tambahan :-
Sila lihat juga beberapa gambar dalam folder yang sama iaitu :
1.JO090070 - 9 (unsur hanukah)
2.JO199661 - 7 lilin(manurah)
3.JO251301 - one eye
4.JO286034 - one eye
5.JO286068 - one eye

Gambar-gambar ini amat meragukan. Terpulang pada anda jika ingin delete atau tidak. Terpulang juga pada anda jika ingin percaya atau tidak. Tidak ada masalah.

Friday, June 4, 2010

Baru ku tau..

Korang suke exercise? Aku pon suke jugak walaupun sampai hari ni masih tak konsisten exercise aku tu...hmmm kurang disiplin dalam bersenam....

By the way, aku nak kongsi dengan korang dua jenis mesin senaman yang bagi aku agak menarik dan kreatif. Aku rasa kat Malaysia belum ada lagi kot.

Yang pertama.
Korang suka jogging? Aku tak berapa gemar sangat..kepada yang suka jogging korang mesti kenal mesin yang dinamakan Treadmill kan? Ala mesin jogging tula biasanya ada dekat gymnasium. Siapa yang malas nak jogging kat luar rumah gunalah mesin Treadmill ni boleh jogging dalam rumah, bilik, ofis, atau mana-mana kawasan tapi aku bukan nak cerita pasal Treadmill ni, aku cuma nak bagitau mesin yang nak kongsikan ni menggunakan konsep Treadmill ni jugak konsep "Berlari sampai bila-bila" atau dalam bahasa yang agak kasar "Berlari sampai mampos" haha...agak kasar bunyiknya kan tapi tulah penjelasan yang ringkas dan padat, "Berlari sampai mampos" haha.

Ok dah paham?

Baik, mesin pertama ni namanya Treadwall. Sama jugak fungsinya seperti Treadmill (jogging) tetapi Treadwall ni adalah untuk senaman rock climbing. Biasanya kalau kita nak main rock climbing ni kene pergi pusat-pusat sukan tertentu baru ada dan rock climbing ni mencabar jugak ketakutan kita terhadap ketinggian tapi Treadwall ni boleh diletak di mana-mana sahaja dan panjatlah sampai lebam haha dan Treadwall ini tak tinggi pun so siapa2 yang gayat tu bolehla cuba ok.

Tengok video-video di bawah ni!





Amacam? Menarik tak?
Aku baru tau kewujudan mesin ini di muka bumi haha terok betul...

Ok!

Yang kedua ni pon sama jugak konsepnya, tapi ianya bukan berlari atau memanjat tapi sebaliknya berenang pulak. Korang suka berenang? Aku memang suka berenang, dan tempat berenang yang paling aku suka adalah di dalam swimming pool hehe. Airnya bersih dan cantik sikit lagipun tak masin macam air laut, kalau air laut aku susah sikit nak berenang tambah pulak kalau ada ombak-ombak fuhhh....mencabar-mencabar!! Mesin ini dinamakan ermm Treadpool kot ada jugak panggil Endless Pool mana pun tak kesah. Bagi aku dengan wujudnya Treadpool ini boleh menjimatkan ruang sebab ianya tidak memerlukan ruang yang terlalu besar untuk membolehkan kita berenang dengan puasnya.

Untuk fahamkan lagi jom kita tengok video-video di bawah ni :





Amacam? Lagi menarik kan?
Kreatif betul. Teringin jugak letak satu kat rumah aku nanti haha kalau ada rezeki.

Oklah, itu je info menarik yang aku ingin kongsikan kali ni.

Thursday, June 3, 2010

IRON BABY!! - Iron Man Parody

Minat dengan Iron Man?

Kalau minat, maknanya anda tentu juga minat dengan baby kecik (Margaret) kat bawah ni.

Itulah Iron Baby!!

Video ini dibuat oleh bapanya Patrcik Boivin yang merupakan seorang pembikin filem dan pernah menghasilkan beberapa buku komik. Bapanya juga dibantu oleh Jocelyn Strob Simard yang menghasilkan special effect dan juga kostum Iron Baby.

Video selama 1 minit 12 saat ini dibuat dalam masa dua bulan memaparkan seorang baby biasa bertukar kepada Iron Baby yang lengkap berpakaian besi seperti dalam filem Iron Man. Iron Baby ini menumpaskan arnab-arnab bersenapang dengan pancaran lasernya.

Bapanya berkata, beliau telah menerima tawaran daripada penerbit-penerbit Hollywood.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails