Monday, April 5, 2010

Kenapa perlu MENGHINA arwah????


Sumber : mStar Online

Ada budaya baru zaman sekarang ni.

Tapi bukannya budaya baik sebaliknya budaya jahil yang wujud zaman sekarang ni.


Budaya apa?


Budaya MENGHINA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Yang menghina terang-terangan ni samada spesis yang memang berani mati masuk neraka ataupun jenis spesis JAHIL TUKIL (spesis jahil teruk sangat)

Dulu si ADUKATARUNA sila klik sini untuk baca entri saya berkenaan ADUKATARUNA ini. Sekarang ini, si budak mentah Rafiqin Darwisy ni pulak yang keluarkan statement menghina seorang selebriti yang baru sahaja kembali ke rahmatullah hari Jumaat yang lalu iaitu arwah Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali dengan nama Din Beramboi, pelawak, pelakon, DJ terkenal tanah air.

Si budak mentah ini bukan sahaja telah menghina arwah secara terang-terangan bahkan juga telah menghina agama Islam sendiri walaupun beliau seorang yang beragama Islam.

"Al-Fuck Din Beramboi" - ini adalah antara kenyataan yang ditulis di laman web sosial Facebook (fanpage Din Beramboi)

Apa pendapat anda dengan kenyataan di atas?

Tu baru sikit...



Nak tengok lagi?



Klik link-link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kes ini :

Facebook : Rafiqin Darwisy
Myspace : Rafiqin Darwisy

Saya tak pasti kalau akan datang mak bapak budak ni dah meninggal dunia, dia suka ke tak suka kalau ada orang lain hina & kutuk arwah mak bapak? Secara logiknya mestilah tak suka....sama jugak kalau dia hina orang lain yang dah meninggal dunia, cuba bayangkan kalau ahli keluarga arwah terbaca semua penghinaan yang dilemparkan, mestilah mereka semua sedih, sedih sangat....

Saya tak dapat nak bayangkan kalau ada orang menghina ahli keluarga saya yang sudah tiada.

Walau apa pun dosa dan kesalahan orang yang sudah meninggal dunia kita harus maafkan, lupakan bukannya menghina. Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka, semoga roh mereka yang telah pergi mendapat rahmat Allah SWT.

Hari ini hari mereka itu,tapi esok lusa mungkin hari kita pula yang pergi meninggalkan dunia yang sementara ini menuju ke dunia ke alam yang kekal abadi dan..... SYURGA adalah matlamat kita semua.

Bila ajal maut itu bukan dalam pengetahuan kita kelak akan sampai jua, itu sudah pasti. Bila ajal sampai tidak akan tertangguh atau dipercepatkan walau sesaat pun itulah ajal DAN ajal tidak mengenal usia tua atau muda, kaya atau miskin, kuat atau lemah. Bila sampai, sampailah ia.


Info Tambahan : Klik sana --------------------> Sini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails