Friday, April 9, 2010

Berlatih Menembak Masjid!


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan replika masjid yang digunakan di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara, Britain.


BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.

Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.

"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.

"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.

Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi

(Sumber : Kosmo Online)

p/s : Walaupun pihak tentera Britain memohon maaf tetapi ianya tidak akan dapat menghilangkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan. Setiap kali mereka (org kafir) membuat kontroversi seperti ini setiap kali itulah mereka memohon maaf. Persoalannya adalah cukupkah sekadar memohon maaf dan kemudian melakukan lagi kesalahan yang lebih kurang sama? Sampai bila mereka ingin mengaitkan Islam dengan keganasan? Sampai bila kita ingin biarkan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails