Thursday, April 1, 2010

S O R R Y

(Gambar : mycityblogging.com)

"I'm sorry.." - dua tiga patah perkataan.

"Sorry ye.." - dua patah perkataan.

"Sorry.." - satu patah perkataan.

"Minta maaf.." - dua patah..

"Mohon maaf.." - dua patah juga..

"Maaf.." - satu patah sahaja.

Kesimpulan di atas adalah untuk mohon maaf hanya perlukan satu atau dua patah perkataan shj dan dengan sekali nafas + ambil masa kira-kira 1 saat shj.

Senang kan?

Walaupun senang namun masih ramai juga orang yang susah sangat nak mohon maaf. Sesetengah orang ada berkata "Cakap memanglah senang cuba buat.." - ya cakap memang senang kan, kalau macam tu cakap jelah, cakap je "mintak maaf", "maaf" atau "sorry" kalau dah buat salah tu senang cerita.

Soal ikhlas ke tak tu antara kita dengan tuhan Allah SWT, nak ikhlas kenelah latih hati lagi tapi sekurang-kurangnya kita sudah mintak maaf dengan orang yang kita buat salah itu, ucapan itu sudah memadai untuk orang telah kita buat salah tu betul tak?

Kalau orang tu berdendam pulak macam mana? Kalau berdendam tu pun kene latih hati lagi, tapi sekurang-kurangnya kalau tak mohon maaf lagilah orang tu berdendam dengan kita, lagi susah kan?

Amalan memohon maaf adalah amalan yang dianjurkan oleh agama Islam dan saya yakin semua agama juga begitu. Kalau dah 'buat' atau 'ter-buat' salah tu apa salahnya mintak maaf kan, lagi-lagi kalau terang-terang memang salah kita, apa lagi? Mintak maaf jelah.. DUA patah perkataan sahaja,

M-I-N-T-A M-A-A-F

Kalau rasa berat jugak, sebut jelah SATU perkataan ni,

SORRY!

Mudah bukan?

Tapi yelah sesetengah daripada kita memang tersangat EGO untuk mengucapkan perkataan-perkataan ini, mungkin mereka masih lagi menganggap mereka masih betul dan orang lain salah maka tidak perlu mohon maaf ATAU sudah tahu salah tapi buat-buat taknak mengaku salah dan taknak mohon maaf, ini memang spesis mangkuk hayun keras hati betul.

Budaya memohon maaf ini perlu diamalkan oleh semua orang bukan sahaja yang tua bahkan juga yang muda, bukan shj yang miskin bahkan juga yang kaya raya, yang belajar tinggi sampai Master PhD ataupun belajar setakat darjah 4 jer.. semuanya kene belajar amalkan budaya ini. Saya juga perlu dan anda juga perlu!

Kalau kita jenis orang yang berniaga lagilah dituntut untuk mengamalkan budaya ini, lagi-lagi dengan para pelanggan ataupun klien kita. Mereka ibarat 'iklan' yang bergerak, jika baik layanan kita kepada mereka pasti mereka akan bercerita dan mempromosikan perniagaan kita kepada orang lain (lagi2 golongan makcik2, kuasa mulut mereka memang hebat!, segala berita pasti akan tersebar dengan pantas hehe), jadi secara tidak langsung akan menarik lebih ramai lagi pelanggan, klien dan juga duit...dan insyaAllah akan jadi lebih berkat sebabnya? sebab kita jaga hubungan manusia dengan manusia yang lain.

"Hablumminallah dan hablumminannas" -
jaga hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia. Tapi hubungan dengan Allah mesti didahulukan barulah manusia.

Kes terbaru saya :
Petang tadi, saya menemani seseorang untuk makan di luar, kesian dia lapar dan saya juga turut makan sama hahaha err makan Naan kosong je ok. Kami makan di salah satu restoran mamak kegemaran kami di area Wangsa Melawati namanya Syed Bistro emm biarlah rahsia.

Kenapa restoran ini menjadi kegemaran saya? jawapannya kerana restoran ini kelihatan bersih (pekerja, dapur, tempat lauk, lantai, makanan dan sbgnya) susun atur yang kemas, kawasan luas dan mempunyai makanan yang bolehlah sedap sikit dari restoran2 mamak yang lain. Special menu : Nasi Bukhara Ayam/Kambing/Daging. -Nyamnyam!-

Ok, sebab itulah kami gemar berkunjung ke restoran ini. Di situ ade beberapa pekerja yang ramah dengan kami, salah satunya adalah emm sape ntah namenya hehe dia suka tegur, senyum dan mengalu-alukan setiap kali kunjungan kami,kira oklah kita pun rasa selesa tapi ada sorang pekerja ni dia kurang sikit ramahnya, selalu jaga kaunter dan pakai kemeja warna kuning : special sikit.

Nak dipendekkan cerita, petang tadi kami makan :
  • Nasi goreng ayam (sedap jugakla)
  • Roti naan kosong (sedap biasa)
  • Air sirap (sedap)
  • Air tea ais (sedap giler, feveret nih)
  • Air kosong
Agak-agak berapa ringgit ye semua sekali?

Bukan dalam rupiah ok (esok kakak nak ke Jakarta, byk ckp pasal duit indon yang berjuta-juta rupiah tu, sekarang RM365=1,000,000 rupiah!)

Makanan di atas berharga RM16.70! Ye RM16.70!

Murah ke mahal? (ni restoran mamak yang biasa2 je bukan 5 Star pun)

Jadi harga begini adalah mahal, lagipun dekat resit ada something wrong, ada pekerja diorang tulis harga nasi goreng ayam dua kali, satu RM5.80 dia ulang lagi sekali jadi double la RM 11.60.

Kami dah perasan salah tulis tapi sengaja biar, nak tengok macam mana reaksi diorang kalau salah. Jadi, masa nak balik kami pun pergi ke kaunter untuk bayar dan biarkan penjaga kaunter tu kira-kira sendiri, ingatkan diorang ada sistem kira sendiri kan so biar jelah tengok resultnya macam mana malas nak tegur dulu.

Tekan-tekan dapatlah harga RM16.70, jadi memang betullah diorang salah tulis, kami pun terangkan kesilapan tersebut dan mohon dia kira semula.

Kira-kira balik barulah betul RM10.90 shj. Kalau tak perasan harga awal-awal kemungkinan kami dah buangkan RM5.80 begitu aje.

Oklah dah setel tapi masalahnya, jelas tidak kedengaran perkataan MAAF dari penjaga kaunter tersebut ataupun mana-mana pekerja restoran tu hmm..mungkin bagi mereka itu tidak penting dan masalah ini adalah masalah kecil. Ya, memang betul masalah kecil lagipun hanya RM5.80 je tak byk mana, tapi yang besarnya adalah mereka tidak memohon maaf, itulah masalah besar.

Takpelah, saya maafkan.

Bayangkan kalau setiap pelanggan mereka tersilap kira, seorang pelanggan tersasar RM1-2, dalam sehari kalau 100 orang yang datang, mau RM100 dapat tu, free2 je. Itu kalau RM1, kalau RM5.80? RM5.80 x 100 org = RM580! Wow!!

Lain kali kalau pergi makan di luar lagi-lagi kedai mamak, congaklah dulu jumlah harga makanan anda kemudian baru bayar, takut-takut tersilap kira. Kalau harga lebih kurang sama dengan congakan anda mungkin betullah kiraan mereka tapi kalau tersasar jauh sgt tu mmm mintak diorang kira baliklah...

"Budi bahasa budaya kita"

4 comments:

iXa said...

'budi bahasa budaya kita'

bukan budaya mamak kot keh3.

Asraf Mahmud said...

mamak tak mamak...kalau dah dok kat sini buat-buatla paham budaya kita...lagipun kan dah byk iklan kat tv & radio pasal "Budi Bahasa Budaya Kita"...aku rasa mamak tu tak tgk tv or dgr radio langsungla tuh...

Izzy said...

diaorang pasang ESPN dengan HBO je. mana nak ada iklan2 tu haha.

Asraf Mahmud said...

Tula pasal...aku pon kadang2 tak paham jugak kenape suke sgt bukak channel tu...selalunya bukan best pun & aku perhatikan tak ramai pon yg tgk...lagi satu dorang ni tak alert langsung dgn sesetengah rancangan. Cth : kalau ada final Badminton haritu tapi tak reti2 nak tukar channel, takde semangat patriotik betul, time tu aku suro je diorang tukar channel tv1 mase tu Chong Wei lawan, bila dah tukar barulah ramai mengadap tv tu tgk... memang dasar mamak tol...sepatutnya dorang kenela alert sikit walaupun Mamak, tu pon salah satu strategi jugak nak tarik customer kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails