Saturday, April 3, 2010

Tak Jadi Sebat ---> Khidmat Komuniti



Dibawah ini laporan daripada Utusan pada 1 April :

KUALA LUMPUR 1 April - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang dikenakan hukuman sebat kerana meminum arak terlepas daripada hukuman tersebut selepas Sultan Pahang mengarahkan dia hanya menjalani kerja khidmat komuniti, kata bapanya. - Utusan


Berikut pula laporan yang dipetik mengenai kes Kartika :

KUANTAN - Jika orang ramai menganggap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dikerah melakukan pelbagai tugas berat dengan kemudahan peribadi yang terhad di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, mereka sebenarnya silap.

Ini kerana ibu kepada dua orang anak itu hanya ditugaskan menguruskan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut dengan kemudahan selesa sepanjang tiga minggu di situ.

Antara kemudahan yang disediakan ialah rumah tetamu yang lengkap dengan dua bilik tidur, bilik air, dapur, penyaman udara dan taman mini.

(Sumber : Kosmo Online)



Ada yang bertanya tentang tindakan pemerintah berikutan menggantikan hukuman sebat Kartika kepada kerja khidmat komuniti dan bertanya juga tentang adakah hukuman ini jatuh kepada hukum hudud ataupun ta'zir. Saya tidak mahu memberi sebarang komen atau pun jawapan panjang kerana tiada banyak ilmu dalam hal-hal ini tetapi cukuplah sekadar saya jadikan artikel-artikel dan laporan-laporan berita di bawah sebagai SEDIKIT PANDUAN untuk kita semua.





2 comments:

iXa said...

kalau sebat pun memang takzir. kalau nak betul2 hudud kenalah 40 kali sebatan. tu je.

ajim said...

byk sgt pihak yg t'libat malah yg bukan pakar bidang pun masuk campur...
kesian org2 macam aku yg cetek ilmu nk paham situasi sebenar...aduiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails