Friday, April 2, 2010

Tiada lagi Din Beramboi....

Gambar : informasi.phpbb3now.com
Gambar : mohdyusrizal.blogspot
Gambar : selangor2u.com
Gambar : blacksahabat.blogspot
Gambar : mStar Online
Gambar : mStar online


Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


p/s : Arwah adalah salah seorang pelawak feveret saya. Setiap lakonan beliau memang kelakar, setiap lawak jenaka beliau memang akan dapat mengukir banyak senyuman dan gelak tawa. Semalam dengar macam dah stabil sikit tapi tak sangka rupa-rupanya ajal beliau sudah tiba, kalau ajal dah tiba ianya takkan lambat ataupun cepat. Bersemadilah kamu di sana, semoga rohnya dicucuri rahmat.

" Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabil ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"
- surah Al-A'raf : 3

Al-Fatihah..

2 comments:

Izzy said...

orang sakit kritikal mana-mana pun, sehari sebelum dia pergi mesti dia akan stabil sekejap. ibarat bagi peluang kat orang-orang yang rapat untuk datang lawat dan tengok buat kali terakhir. samalah macam ayah =`)

alfatihah.

Salik said...

ye..memang kebanyakan kes macam tuh..kalau sakit kritikal then lepas tu stabil maknanya tak lama la tuh..dah byk kes mcm tu kan? lagipon istilah stabil tu bukan bermakna normal...ianya cuma stabil daripada krtikal shj dan betul juga waktu stabil tu macam nak bagi peluang kat org lain lawat die lagi buat kali terakhir...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails