Saturday, June 27, 2009

Hidup ibarat roda atau jalan yang lurus??

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Sekejap di atas dan sekejap di bawah dan sekejap mungkin berada di tengah-tengah. Apabila di atas kita akan dilonjak-lonjak, disanjung-sanjung dan dihormati tetapi apabila roda berputar kita akan bertukar kedudukan apa yang di atas akan berganjak ke bawah.

Apabila di bawah kita tidak disanjung tinggi lagi, tidak dilonjak-lonjak, tidak dihormati dan mungkin lagi akan dihina. Namun tidak semua yang di atas itu adalah nikmat yang memimpin kita ke arah kebaikan mungkin itu adalah dugaan nikmat yang membawa kita ke arah keburukan (istidraj) dan bukan semua yang di bawah itu membawa kita ke arah keburukan mungkin ianya adalah kifarah dosa kita yang lalu dan hanya permulaan untuk kita berada di atas. Ada juga yang berpendapat kadang-kala roda itu akan berhenti berputar, mungkin betul juga pendapat itu tetapi jika roda itu benar-benar sudah berhenti berputar sila pastikan kita berada di atas atau pun setidak-tidaknya berada di tengah-tengah.

Ada juga yang berpendapat hidup ini bukan ibarat roda tetapi seolah-olah ibarat sebuah jalan yang lurus yang mempunyai suatu garisan penamat di penghujungnya. Namun, garisan penamat itu hanyalah menjadi misteri dan tidak akan diketahui sampailah tiba masanya nanti.

Bagi saya, kedua-dua pendapat adalah betul-betul belaka dan mungkin ianya adalah gabungan kedua-duanya ; Hidup ibarat roda yang berputar di atas jalan yang lurus, berputar-putar sehingga ke garisan penamat.

Setuju??

Saya percaya bahawa kebanyakan daripada kita pernah rasa jatuh. Jatuh terduduk mahupun jatuh tersungkur. Mungkin ada juga yang pernah jatuh sehingga tidak berupaya untuk bangkit kembali. Rasa sudah berputus-asa dengan apa yang telah terjadi, rasa kecewa dan sedih dan mengakui kekalahan terhadap dugaan dunia ini yang hanya sementara yang hanya pinjaman untuk hamba-hambaNya dan yang kekal itu adalah di akhirat kelak.

Bangkitlah!! bangkitlah!! bangkitlah!!

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar sehinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma cara penyelesaiannya mungkin berbeza-beza pada setiap masalah yang timbul. Namun haikiatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya pasti ada penyelesaiannya. Fokuslah kepada penyelesaiannya bukan kepada masalahnya. Janganlah bazirkan tenaga dengan menumpukan kepada masalah itu semata-mata ianya tidak akan membawa kita ke arah cara penyelesaiannya. Dan apabila kita terlalu memikirkan kepada masalah semata-mata maka tekanan akan menyelubungi dan menguasai diri sendiri. Kita akan dikuasai oleh tekanan itu tadi dan semua perkara-perkara negatif. Hasilnya, tiada penyelesaian dan kita berputus asa dengan apa yang terjadi berputus asa dalam hidup ini.

Ingatlah, Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya.
Di sini saya selitkan sebuah video daripada seseorang yang sangat memberikan inspirasi kepada diri saya sendiri. InsyaAllah video ini akan dapat mengajar kita semua suatu ilmu yang sangat bermakna dalam hidup. SELAMAT MENONTON.







Friday, June 26, 2009

Sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat.




Petang ini saya sediakan sedikit santapan minda untuk kebaikan kita semua. Harap kisah ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu dan pengajaran.



Yang Pertama Masuk ke Syurga.

Di muka syurga nanti menurut Nabi saw, akan ada 4 manusia
yang hendak masuk syurga terlebih dahulu. Fitrah manusia, mereka saling
berbincang-bincang dan berlumba-lumba siapa yang mula-mula berhak masuk syurga pertama kali. Oleh kerana Malaikat Ridhwan tidak dapat mengambil keputusan maka turunlah Malaikat
Jibril ditugaskan menjadi Hakim. Empat manusia itu adalah :

1. pahlawan.
2. orang kaya yang dermawan.
3. haji mabrur.
4. orang alim yang soleh.

Salah seorang daripada mereka dipanggil dan ditanya,

“Dengan sebab apa engkau beruntung akan masuk syurga tanpa diseksa?”

Orang itu menjawab,

“Saya seorang pahlawan yang mati syahid di medan perang kerana membela agama.”

Jibril pula berkata,

“Dari mana engkau tahu bahawa pahlawan yang mati syahid bakal masuk syurga tanpa dihisab?”

Pahlawan menjawab,

“Dari orang alim.”

“Kalau begitu, jagalah akhlak yang baik. Biarkanlah orang alim masuk syurga terlebih dahulu,” ucap Malaikat Jibril.

Pahlawan itupun menunduk menyedari ketidaksopanannya itu.

Lalu dipanggil pula haji mabrur, yang ikhlas dan tidak cacat dalam
melaksanakan ibadahnya. Ia ditanya Jibril,

“Siapa engkau? Dan apa amal baikmu didunia sehingga mahu masuk syurga terlebih dahulu?”

Haji itu berkata,

“Saya seorang haji yang mabrur. Sesuai dengan janji rasulullah, tidak ada balasan yang setimpal bagi saya kecuali syurga.”

“Betul, begitulah janji Nabi sejalan dengan wahyu Allah. Tetapi, dari mana engkau tahu bahawa Rasulullah pernah berjanji begitu?”

“Dari guru saya, orang alim.” sahut haji

“Dari orang alim, katamu? Mengapa engkau tidak menjawab, membiarkan
orang alim masuk syurga terlebih dahulu?” ucap Malaikat Jibril.

Haji itupun mundur menginsafi kekeliruannya.

Sesudah itu maju pula orang kaya yang dermawan, yang sebahagian banyak
hartanya disedekahkan ke jalan Allah.

“Engkau ingin menjadi orang yang pertama masuk syurga?” tanya Jibril.

“Betul. Saya ingin masuk syurga yang terlebih dahulu kerana hal itu
merupakan hak saya.”

“Apa yang engkau lakukan di dunia ketika engkau masih hidup sehingga mempunyai
pendapat seperti itu?” tanya Jibril lagi.

“Saya adalah seorang hartawan. Kekayaan saya itu saya dapatkan melalui jalan yang halal, saya peroleh dengan kerja keras dan berhemat. Tetapi sudah terkumpul banyak harta, tidak saya gunakan untuk berfoya-foya ditempat maksiat, dan tidak juga saya belanjakan hanya untuk
kegunaan saya serta keluarga saya sendiri tetapi sebahagian besarnya saya belanjakan untuk menolong masyarakat, untuk menunjang kebaikan dan berjuang di jalan Allah.”

“Dari siapa engkau mendapat tahu bahawa semua yang kau lakukan itu akan
mendapat ganjaran dengan masuk syurga tanpa dihisab?” Jibril bertanya cermat.

“Dari orang alim, guru saya,” jawab si hartawan.

“Dari orang alim?” tanya Jibril lagi.

“Betul.” jawab si hartawan.

“Jadi, kenapa orang alim yang sudah mengajarmu dengan kebaikan dan kebenaran tidak pula engkau biarkan dia masuk syurga terlebih dahulu, sebagai tanda terima kasihmu kepadanya?”

“Maaf, tadi saya khilaf. Sekarang saya sudah sedar. Saya rela masuk syurga paling belakang. Biarlah orang alim itu yang pertama masuk syurga.”

“Begitulah yang sepatutnya,” ujar Malaikat Jibril.

Maka orang kaya itu segera mundur dan orang alim dipersilakan masuk
syurga terlebih dahulu. Namun dasar orang alim yang soleh, ia tetap setia
kepada ilmu yang dialaminya, iaitu harus mengalah dan berendah hati.

Dengan segala keikhlasan orang alim itu berkata:

“Maaf, tuan-tuan, dan maaf para malaikat yang bijaksana. Sebagai orang alim saya tidak akan
dapat belajar dan mengajar dengan tenang apabila tidak ada pahlawan
yang rela mati syahid. Saya tidak akan memperoleh pahala yang
terus-menerus jika murid saya yang haji ini tidak mengamalkan ilmu
saya secara benar. Dan saya orang alim, dan dia pahlawan, serta dia,
haji mabrur, tidak akan dapat memperoleh keleluasaan beribadah serta
mengajarkan ilmu saya apabila tidak ada kedermawanan orang kaya yang
mahu membiayai tentera berangkat perang, yang mahu menyediakan kelapangan
bagi perjalanan haji, yang mahu membangunkan madrasah, tempat-tempat
pengajian agama, kebajikan anak-anak yatim, serta macam-macam
kebaikan yang lain. Semua itu adalah mustahil terjadi apabila tidak ada orang
kaya yang dermawan. Kerana itu, biarlah orang kaya ini yang masuk
syurga terlebih dulu, disusuli pahlawan, kemudian haji mabrur, dan
izinkanlah saya masuk syurga yang terakhir.”


"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan." As-Syuraa : 25.


Akhirnya diputuskan oleh Malaikat Jibril sebagaimana diusulkan oleh
orang alim itu, iaitu hartawan yang dermawan itulah yang masuk syurga terlebih dahulu.

Thursday, June 25, 2009

I am a new born baby!!

Hai semua..

Hari ini 25/6/2009, aku memulakan langkah pertama untuk menulis blog yang mana bagi aku blog adalah tempat untuk meluah dan berkongsi perasaan, idea, pendapat dan banyak lagi senang kata bebas untuk bersuara tetapi biarlah kebebasan bersuara ini tidak di salah guna untuk berbicara tentang isu-isu yang sensitif. Gunakanlah blog untuk tujuan yang baik dan memberi kebaikan untuk kita bersama.

Alhamdulillah, niat aku tercapai untuk mula menulis blog walaupun hati agak berat kerana agak lemah dalam penulisan dikhuatiri penulisanku tidak berkualiti dan tidak disukai oleh pembaca-pembaca. Tetapi tidak salah bagiku memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru!! Setuju?. Lagipun sekarang ini sudah banyak di kalangan kawan-kawan aku yang mempunyai blog sendiri..rasa jealous ada..teringin pun ada..
Akhirnya, inilah dia blog pertama aku TWENTYFOURHOURS.....

TWENTYFOURHOURS. Kenapa nama ini dipilih? Sebelum aku menjawab soalan ini terlebih dahulu aku ingin bertanya satu soalan : ok ke nama ni?. Harap semua ok dengan nama ini kalau tidak terpaksalah aku tukar kepada nama lain. Nama TWENTYFOURHOURS ini dipilih disebabkan mempunyai maksud yang tersendiri, 24hours atau dalam BM 24jam bukan bermaksud aku menulis blog ini 24 jam sehari 7 hari seminggu tetapi apa yang dimaksudkan adalah dalam masa 24 jam setiap hari, setiap jam pasti pelbagai perkara yang terjadi, yang berubah dan sebagainya. Setiap orang pasti mengalami pengalaman yang berbagai-bagai dan pengalaman itu akan berlalu mengikut jam, minit, saat, detik. Berlalu begitu sahaja. Jadi, setiap pengalaman itu pasti ada yang menarik, gembira, kelakar, romantik, sedih, pilu, sepi dan sebagainya. Setiap pengalaman yang berlalu pasti meninggalkan kita 1001 pengajaran dan ilmu dan itulah yang paling PENTING buat kita semua. Jadi, nama TwentyFourHours yang dipilih.

Akhir sekali, aku mengharapkan sokongan dan tunjuk ajar daripada anda semua semoga blog ini dapat dipenuhi dengan info-info dan ilmu yang berguna.



Best wishes,
Asraf Mahmud,
Kuala Lumpur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails