Apabila di bawah kita tidak disanjung tinggi lagi, tidak dilonjak-lonjak, tidak dihormati dan mungkin lagi akan dihina. Namun tidak semua yang di atas itu adalah nikmat yang memimpin kita ke arah kebaikan mungkin itu adalah dugaan nikmat yang membawa kita ke arah keburukan (istidraj) dan bukan semua yang di bawah itu membawa kita ke arah keburukan mungkin ianya adalah kifarah dosa kita yang lalu dan hanya permulaan untuk kita berada di atas. Ada juga yang berpendapat kadang-kala roda itu akan berhenti berputar, mungkin betul juga pendapat itu tetapi jika roda itu benar-benar sudah berhenti berputar sila pastikan kita berada di atas atau pun setidak-tidaknya berada di tengah-tengah.
Ada juga yang berpendapat hidup ini bukan ibarat roda tetapi seolah-olah ibarat sebuah jalan yang lurus yang mempunyai suatu garisan penamat di penghujungnya. Namun, garisan penamat itu hanyalah menjadi misteri dan tidak akan diketahui sampailah tiba masanya nanti.
Bagi saya, kedua-dua pendapat adalah betul-betul belaka dan mungkin ianya adalah gabungan kedua-duanya ; Hidup ibarat roda yang berputar di atas jalan yang lurus, berputar-putar sehingga ke garisan penamat.
Setuju??
Saya percaya bahawa kebanyakan daripada kita pernah rasa jatuh. Jatuh terduduk mahupun jatuh tersungkur. Mungkin ada juga yang pernah jatuh sehingga tidak berupaya untuk bangkit kembali. Rasa sudah berputus-asa dengan apa yang telah terjadi, rasa kecewa dan sedih dan mengakui kekalahan terhadap dugaan dunia ini yang hanya sementara yang hanya pinjaman untuk hamba-hambaNya dan yang kekal itu adalah di akhirat kelak.
Bangkitlah!! bangkitlah!! bangkitlah!!
Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar sehinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma cara penyelesaiannya mungkin berbeza-beza pada setiap masalah yang timbul. Namun haikiatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya pasti ada penyelesaiannya. Fokuslah kepada penyelesaiannya bukan kepada masalahnya. Janganlah bazirkan tenaga dengan menumpukan kepada masalah itu semata-mata ianya tidak akan membawa kita ke arah cara penyelesaiannya. Dan apabila kita terlalu memikirkan kepada masalah semata-mata maka tekanan akan menyelubungi dan menguasai diri sendiri. Kita akan dikuasai oleh tekanan itu tadi dan semua perkara-perkara negatif. Hasilnya, tiada penyelesaian dan kita berputus asa dengan apa yang terjadi berputus asa dalam hidup ini.
Ingatlah, Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya.
Di sini saya selitkan sebuah video daripada seseorang yang sangat memberikan inspirasi kepada diri saya sendiri. InsyaAllah video ini akan dapat mengajar kita semua suatu ilmu yang sangat bermakna dalam hidup. SELAMAT MENONTON.
No comments:
Post a Comment