Esok 22hb Ogos 2009, hari pertama kita semua berpuasa....hari pertama kita berjuang di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menahan nafsu daripada melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Tahan LAPAR?? tu sudah semestinya....jangan puasa nyangnyok pagi-pagi bukak periuk okay?
Tapi sebelum itu,
Apabila menjelang Ramadan, maka bedoalah Jibrail,
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada ibubapa * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang disekelilingnya "
Jadi, hari ini aku nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kat semua kawan-kawan aku dan kepada semua yang mengenali diri ini dan kepada sesiapa sahaja yang pernah aku buat salah atau sakitkan hati.
Dan kepada sesiapa yang pernah buat salah dengan aku secara sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar, kecil atau besar aku MAAFKAN semuanya semoga segala kesalahan dan kesilapan kita yang lalu tidak akan berulang kembali.
Lastly, semoga RAMADHAN kali ini dipenuhi berkat dan menjadi bulan RAMADHAN yang jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. AMIN.
LAFAZ NIAT PUASA
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa
LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala
DOA BERBUKA PUASA
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
No comments:
Post a Comment