Mesin wuduk automatik di pasaran enam bulan lagi
KUALA LUMPUR - Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.
Melihat kepada apa yang berlaku, Anthony Gomez (gambar kecil) yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) lantas terfikir sesuatu teknologi perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.
Beliau yang pernah menjadi juruterbang peribadi kepada Sir Julius Chan, bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, memberitahu, pengalaman itu dilaluinya ketika menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.
Mesin Auto Wudu Washer yang dicipta oleh Anthony sendiri itu merupakan mesin wuduk pertama di dunia oleh syarikat tempatan Malaysia dan produk itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan.
( Sumber : Kosmo Online )
5 comments:
camane nak gune mendalah ni? x phm konsep.
aku rasa bagos dengan wujudnya mesen nih.selalu kalau dalam flight bila ambik wuduk mesti air besepahnye kat lavatory tu.najis pon senang kena kaki semula.aku asa kegunaan dia mesti simple je-ada dua tempat keluar air; satu kat atas dan satu kat bawah.kat atas bentuk dia ngam2 satu hasta utk basuh muka dan siku,dan basin yang rendah tu sesuai utk angkat kaki.takla jatuh pasal xleh balance kalo guna sink biasa.semoga Allah bukakan hati penciptanya untuk lebih memahami dan seterusnya menjadi Islam sebagai pegangan hidup di dunia dan akhirat, Amin.
Mesin ni ada dua version, satu model STD 0708 khas untuk kegunaan dalam masjid, ofis. Satu lagi model PRM 0707 khas untuk kegunaan family.
Ada dua bahagian, satu bhgn atas(upper) dan satu lagi bhgn bawah(lower), yang bhgn atas untuk basuh muka, mulut, tangan, siku & lain2 dan bhgn bawah pulak untuk basuh kaki. Boleh jugak amik wuduk sambil berdiri.
Mesin ini ada sensor untuk elakkan pembaziran air dan dapat elakkan air melimpah & basahkan lantai so sangat sesuai untuk kegunaan orang ramai dan macam2 tempat.
++ boleh jimat masa..tak perlu beratur panjang2, ramai2 atau lama2 dan boleh elakkan bau yang kurang enak!!
kalau nak tau lagi nanti aku postkan pasal menatang ni
Mau beli??
thanks syah tambah info
silap terbalik STD 707 & PRM 708
Post a Comment