Sunday, April 25, 2010

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


"Keperitan hari ini, mungkin kemanisan untuk hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu memberi kenikmatan hari esok. Maka dengan itu, senantiasalah bertawakal kepada Allah SWT dan jangan putus asa berdoa kepadaNya. Allah yang satu. Allah yang Maha Agung. Sesungguhnya rahmat Allah amatlah luas."



Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, 186).


Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).



Monday, April 19, 2010

Imam Muda pertama di dunia

Murah rezeki: Lambang KeredhaanNya atau KemurkaanNya? (edited)

Gambar hiasan : dreamindonesia.wordpress
ISTIDRAJ

Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah SWT kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh padaagama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhansahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud
, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

(Artikel ini diambil dari sini)

Friday, April 16, 2010

My Only Wish (Cute voice)

My Only Wish

All your armies, all your fighters
All your tanks, and all your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone
In his eyes I see the sun

In his smile I see the moon
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth has a tongue

Isu Sebat Lagi

Tempoh hari saya ada menulis sedikit mengenai isu Kartika (klik SINI). Dengan entri terbabit, saya berharap ianya dapat memberi penjelasan kepada semua pembaca AkuKertasPutih. Namun, sehingga sekarang masih ada lagi yang tidak menemui sebarang jawapan atau masih lagi ragu-ragu. Jadi, untuk entri kali ini saya selitkan beberapa video menarik sesi soal-jawab bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA).

Kepada sesiapa yang masih belum jelas tentang isu Sebat Peminum Arak sila tonton video di bawah ini. Semoga entri kali ini dapat memberi jawapan kepada anda semua.



Thursday, April 15, 2010

My Ummah

My Ummah - Sami Yusuf

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way

My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Let’s become whole again
Proud again
’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory





Video Tribute Khas Din Beramboi (Era)



Wednesday, April 14, 2010

Husnul Khatimah

Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ø­ُÙƒْÙ…ًا ÙˆَØ£َÙ„ْØ­ِÙ‚ْÙ†ِÙŠ بِالصَّالِØ­ِينَ

Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnu Sunni)

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”










Jom naik NATANG ni!!! Yeepaaa....

DARC kelab kuda termurah


Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@ksomo.com.my




EMPAT puluh tahun lalu, Terry Teo hanyalah seorang kanak-kanak miskin yang mempunyai impian yang besar. Dia terlalu teringin untuk menunggang kuda selepas melihat Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menunggang kuda di Pantai Batu Buruk, Terengganu.

Ketika itu, kecintaannya kepada aktiviti berkuda membuak-buak. Mendengar orang bercerita mengenai kuda atau melihat papan tanda 'awas kuda melintas' sahaja sudah menarik perhatiannya.

Malangnya, Terry tidak dilahirkan dalam keluarga kaya. Bapanya ketika itu hanyalah seorang kakitangan bawahan di Jabatan Kerja Raya (JKR). Kehidupannya sekeluarga serba sederhana sekali gus menghalang impiannya untuk menunggang kuda terlaksana.

"Dulu, saya bukan sahaja tidak mampu menunggang kuda, tetapi hendak melihat orang menunggangnya juga susah. Saya dapat melihat Almarhum Sultan Mahmud menunggang kuda pun dari jauh.

"Hanya selepas umur saya mencecah 40 tahun, saya dapat memenuhi impian menunggang kuda, malah lebih manis dapat menubuhkan Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC)," katanya mengenai kelab itu yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Menurut Terry, 46, dia mahu memenuhi impian semua orang yang teringin menunggang kuda kerana kelab berkuda yang ditubuhkannya itu bukanlah untuk mencari keuntungan, sebaliknya untuk kebajikan golongan kurang berkemampuan.


ATAS: Terry (enam dari kanan) bergambar dengan kakitangan dan penghuni dari Rumah Amal Kasih Bestari.


"Di sini, anda akan dapat melihat anak-anak yatim berlari riang dan bermain dengan kuda secara percuma. Anda juga dapat melihat pasangan suami isteri yang bekerja sebagai kerani sekolah dan tukang sapu menghantar anak mereka menaiki motosikal untuk belajar menunggang kuda.

"Suasana ini tidak dapat dilihat di mana-mana kelab berkuda lain. DARC adalah kelab berkuda termurah di dunia yang akan anda temui, tetapi sumbangannya kepada masyarakat tidak dapat dinilai," katanya.

Buat masa ini ujar Terry, Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Bestari, Selangor menjadi anak angkat kepada DARC yang membolehkan penghuninya mengunjungi DARC dan belajar menunggang kuda secara percuma.

"Penghuninya bukan sahaja di kalangan anak-anak yatim tetapi juga anak-anak daripada keluarga yang berpecah dan pelajar bermasalah.

"Kehadiran mereka di sini amat bermakna kerana kami bukan sahaja dapat memperkenalkan mereka dengan sukan berkuda, tetapi mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti luar yang tidak berfaedah," katanya.

Jebat kuda pertama

Terry memberitahu, DARC yang ditubuhkan empat tahun lalu dibuka kepada orang awam sejak Januari lalu dengan yuran kelab hanya RM180 setahun untuk seisi keluarga dan RM120 untuk kelas menunggang kuda.

"Terdapat 20 ekor kuda di sini iaitu 10 ekor bekas kuda lumba dan 10 ekor kuda poni untuk kanak-kanak. Kami mempunyai enam jurulatih kuda dan 40 kakitangan secara keseluruhan yang bekerja seperti sebuah keluarga.

"Kuda pertama di sini adalah bekas kuda tarik yang diberi nama Jebat. Jebat bukanlah kuda tunggangan tetapi selepas tiga tahun ia menjadi kuda kesayangan ramai dan menjadi pilihan utama kanak-kanak," katanya.

Menceritakan kembali saat pembukaan DARC, Terry memberitahu ia adalah hasil tajaan pelbagai pihak selain sumbangan syarikat pembinaannya sendiri iaitu Tetap Teguh Sdn. Bhd.

"Pada mulanya saya hanya ada Jebat tetapi lama-kelamaan jumlah kuda ini bertambah hasil tajaan beberapa pihak yang prihatin antaranya Pengerusi Mainstay Properties Sdn. Bhd., Raja Azmi Raja Razali dan Pengarah Urusan SP & G Insurance Brokers, Datuk Zakaria Meranun.

"Tapak DARC seluas 6.4 hektar ini adalah tajaan Sime Darby Berhad tetapi DARC akan dipindahkan ke satu tapak baru yang berhampiran selepas beberapa tahun apabila kelab ini berkembang," katanya.

Dulu mandi sungai

Bagi salah seorang penguni Rumah Amal Kasih Bestari, Mohd. Atif Ariffin, 17, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya selepas kali pertama dibawa ke DARC. Ini kerana dia amat sukakan kuda dan teringin untuk belajar menunggang kuda.


SEBUAH restoran nasi Padang dibuka di DARC menghidangkan pelbagai sajian pada hujung minggu dengan harga bayaran terserah mengikut budi bicara pengunjung.


"Dulu, masa lapang saya tidak diisi dengan aktiviti berfaedah kerana saya hanya melepak bersama kawan-kawan lain. Kini, saya dapat memenuhi masa lapang dengan belajar mengenai kuda dan menunggang kuda secara percuma," katanya.

Rakannya, Sayuti Zainuddin, 17, pula memberitahu sebelum ini dia bukan sahaja tidak pernah memasang impian untuk menunggang kuda bahkan tidak berpeluang untuk melihat aksi menunggang kuda secara langsung.

"Selepas datang ke sini, saya ingin mencuba menunggang kuda bersama kawan-kawan lain. Dulu saya hanya penuhi masa lapang dengan mandi sungai, katanya yang turut hadir bersama dua lagi rakan, Mohd. Suhaimi Wan Ariffin, 15, dan Mohd. Adib Hamzah, 15.

Hamzah Busu, 50, pegawai dari Rumah Amal Kasih Bestari berkata, dia amat menghargai usaha DARC kerana kelab berkuda itu meraikan anak-anak yatim yang hakikatnya memang tidak akan berkemampuan untuk mencuba hobi itu.

"Saya suka melihat anak-anak dari Rumah Amal Kasih Bestari belajar menunggang kuda. Sebelum ini saya ada berhasrat membeli dua ekor kuda untuk mereka tetapi selepas DARC ditubuhkan, syukur mereka dapat belajar di sini.

"Saya harap dengan membawa mereka ke sini, banyak masa dapat diisi dengan aktiviti berfaedah," tambahnya.

Sementara itu, pegawai pentadbiran dan program di DARC, Mohd. Zarif Affandi, 29 gembira dapat berkhidmat di DARC walaupun baru sebulan setengah menjadi salah seorang kakitangan di situ.

"DARC membawa idea dan visi yang bagus selain memberi kelebihan kepada golongan yang memerlukan," katanya yang sudah 10 tahun berpengalaman menunggang kuda.

Bayar suka hati




Turut memiliki sebuah restoran nasi padang di dalam kawasannya, setiap hujung minggu DARC akan menyediakan hidangan masakan khas oleh chef-chef yang dibawa dari restoran nasi Padang di Indonesia. Menariknya, restoran itu tidak meletakkan sebarang harga untuk setiap makanan yang dihidangkan.

"Terpulanglah kepada pelanggan untuk membayar hidangan yang diambil. Segala kutipan daripada sumbangan akan digunakan sebagai kos penyelenggaraan kelab, gaji pekerja, penjagaan kuda, makanan dan kos pengendalian program anak-anak yatim.

"Saya mahu semua orang merasa keaslian nasi Padang di sini dan tidak perlu bimbang dengan kos makanan. Yang kaya boleh menaja dan yang miskin dapat merasa," katanya mengenai restoran yang diterajui empat chef yang dikenali sebagai Kamal, 22, Anggie, 23, Daddy, 32, dan Alex, 28.

Katanya lagi, dia mempunyai pelan jangka panjang untuk membesarkan kelab itu daripada 6.4 hektar sekarang kepada 40 hektar, merangkumi pembangunan pondok-pondok, kolam renang dan kolej persediaan untuk anak-anak yatim selepas mereka keluar dari pusat pelindungan.

"Buat masa terdekat ini, 10 pondok akan disiapkan pada bulan Mei dan kegunaannya adalah bagi aktiviti keluarga termasuk membawa kembali permainan tradisional yang semakin dilupakan seperti tarik upih dan teng teng.

"Saya juga mahu mendekatkan seisi keluarga dengan permainan yang mendasari kehidupan orang susah seperti petani, penjual ikan dan pekerja ladang supaya kita semua bersyukur dengan rezeki yang ada.

"Ia juga bertujuan memberi pengajaran bermakna kepada anak-anak supaya mereka tahu kesusahan ibu bapa membesarkan mereka dan supaya mereka berasa terhutang budi," katanya.

Katanya lagi, dia berharap lebih banyak pihak mahupun individu akan menyokong pembangunan DARC dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berkunjung di DARC di alamat No. 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16 Denai Alam, Shah Alam, Selangor atau melayari laman web www.darc.com.my atau menghubungi talian 010-240 2606.

p/s : Syah (Ahmadberkata)! Jom join kelab ni! Murah beb! Dah lama aku nak naik kuda dengan seriusnya, Denai Alam ini akan jadi port baru kita nanti hehehe...Amacam?

Sunday, April 11, 2010

Got It!!!!!!!!!!!!!!





This Dance – Five for Fighting

This is not our favorite song
but the night is moving right along
may I have your hand, may I have this dance.

I sense that you are amused,
but you just bought those brand new shoes.
It would such a shame not to give us the chance.

And oh my love there is only so many dances we can take across the night.

So while is just me and you
I thought I might say to you
You put the beautiful in life.

I know at times that you feel alone
when I'm here and I'm never home.
You said before is the price that you pay.

On matters of clarity
is not secret you are carrying me.
But you disguise thoughts of fall
I will keep you safe.

And oh my love there is only so many dances we can take across the night.

So while is just me and you
I thought I might say to you
You put the beautiful in life.

And oh...
oh...oh...

This is not our favorite song
but I wish it go on and on
it's moments like these
singers do all they can to stop time.

So let me just say to you
before the DJ changes the tune
you put the beautiful in life
you put the beautiful in life.

Anak Angkat 'Palsu' Tengku Mahkota Pahang.


REMAJA terbabit (duduk tiga dari kiri) dilayan bagai tetamu kehormat pada majlis penyampaian pangkat kepada pelatih di kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating bulan lalu.


KUANTAN – Usianya baru 17 tahun tetapi sudah ligat memperdayakan orang ramai dengan menyamar sebagai anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tanpa motif yang jelas, remaja lelaki yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 itu memperdayakan banyak pihak dengan nama Yang Mulia Tuan Muda Mohamad Zulanif Tengku Laksamana Abdullah.

Malah, beberapa orang kenamaan termasuk seorang ahli Exco Pahang serta para pegawai kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) turut terpedaya dengan kelicikan remaja yang berasal dari Bera itu.

Bagi meyakinkan orang ramai, dia menggunakan kepala surat palsu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memaklumkan kepada pengurusan JLKN mengenai hasratnya melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating bulan lalu.

(Sumber : Kosmo Online)


p/s : Errrrr no komen....tapi 'HEBAT' jugakla budak ni dapat tipu diorang semua ni...mmm tak paham tak paham macam macam..

Friday, April 9, 2010

Jadual Ceramah Masjid Al-Ansar Tmn Keramat

Kepada semua pembaca blog AkuKertasPutih terutamanya yang menetap di Taman Keramat, di bawah ini saya letakkan jadual ceramah Masjid Al-Ansar Taman Keramat untuk bulan April 2010 ini. Semoga kita semua MAMPU mencari sedikit waktu, sedikit ruang untuk pergi ke majlis-majlis ilmu ini serta dapat memakmurkan lagi rumah Allah SWT. Dengan adanya majlis-majlis ilmu ini dapatlah menyediakan santapan rohani untuk kita semua. Mohon sebarkan kepada orang lain.

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan" :

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

Klik sini untuk paparan yang lebih besar &
klik sini untuk peta ke Masjid Al-Ansar

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."
(Riwayat Bukhari Muslim)



Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda :
"Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (Riwayat Muslim)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails