Tuesday, November 2, 2010

Pokok kelapa & 'Pokok Manusia'

Gambar Hiasan


Pokok kelapa.

Pokok kelapa di Pantai Teluk Cempedak(PTC) dengan pokok kelapa di Port Dickson(PD) adalah berbeza fizikalnya.

Di PTC, pokoknya lebih besar dan tinggi berbanding dengan pokok kelapa di PD. 

Ini disebabkan PTC mengadap Laut China Selatan, lautan yang lebih luas terbentang. Anginnya lebih kuat, rintangannya lebih besar. Pokok di sana telah pun terdedah dengan rintangan ini sejak dari awal pertumbuhan lagi. Semakin besar rintangan, semakin besar dan tinggi pokok kelapanya. 

Manakala, di PD, pantainya mengadap Selat Melaka. 
Lautannya tidak luas dan rintangannya tidak seberapa. Anginnya tidak kuat, sejak dari 'kecil' sehinggalah 'besar'.

Pokok kelapa ini juga umpama manusia, jika terdedah kepada kesusahan dan dugaan sejak dari kecil, bila besar nanti mereka akan lebih matang luar dan dalam. 

Jika terlalu dimanjakan sejak dari kecil, ditunaikan segala permintaannya berkemungkinan kanak-kanak itu akan lebih manja dan tidak mampu berdikari bila dewasa nanti.

Namun, semuanya bergantung juga kepada persekitaran. Jika bijak bergaul dengan ramai orang, selalu bekerja dan berurusan dengan pelbagai orang, mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yang dikategorikan sebagai manja untuk menjadi lebih matang dan berdikari.

Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara rakan-rakan sebaya yang sangat matang walaupun wajahnya mungkin ala ala 'baby face' dan ada juga rakan-rakan yang wajahnya kelihatan lebih matang umpama lebih tua 2-3 tahun namun hakikatnya perwatakannya jauh lebih muda serta bersikap kebudak-budakan. Betul?

Walaubagaimanapun, definisi matang itu mungkin berbeza-beza di antara satu sama lain. Pendangan peribadi saya, kematangan itu diukur dengan dua perkara. 

1. Iman dan Taqwa.
2. Ilmu (akhirat dan dunia)

Seperti nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. telah diduga sejak dari kecil dengan menjadi anak yatim piatu, mengembala kambing walaupun usia baginda masih sangat muda, berniaga dan berdagang ke negeri orang, diberikan amanah dan menjaga amanah. Diduga dengan pelbagai ujian yang sangat hebat tatkala diangkat menjadi Nabi, bertahun-tahun baginda berjuang berjihad menegakkan Islam agama Allah di muka bumi ini. Tetap dengan kehidupan zuhud dan sederhana walaupun baginda mempunyai pilihan untuk hidup mewah. Tiada orang yang lebih hebat dan matang seperti baginda. Bagindalah sehebat-hebat manusia pernah ada di muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.   


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails