Jangan ikat hatimu dengan dunia, tiada ada apa-apa dengan dunia ini, hanya tempat singgah sahaja.
Hakikatnya dunia ini tidak wujud, tak perlu beria-ia menghias kehidupan di dunia ini.
Dunia yang kekal, nunnn di sana nanti..
"Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, nescaya dunia dalam genggamanmu" |
Jangan terikat dengan dunia, jangan ikut sorak dunia. 'Bercucuk tanamlah' di dunia ini, kelak kita akan tuainya.
Lepaskan dirimu dengan dunia, apabila datang sesuatu kepadamu, jangan kamu terlalu gembira, riak dan begitu bangga, & jika hilangnya sesuatu daripada kamu, tidak pula kamu kecewa, merana, gila....
Bak kata Imam Al-Ghazali, waspadalah dengan 4 perkara yang menjadi godaan dan ujian bagi manusia ;-
1. Dunia
2. Manusia
3. Syaitan
4. Hawa & nafsu
Peringatan untuk diri sendiri dan juga orang lain
No comments:
Post a Comment