Saturday, February 26, 2011

CintaMu






“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada
suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”








Thursday, February 17, 2011

Bila Diri Disayangi - Ukays


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

Sufi - Damasutra


Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

- Sufi : Damasutra -

Monday, February 14, 2011

Arifbillah











"Dalam DIAM ada QIAM, dalam QIAM ada UKUF, dalam UKUF ada QAIM, dan dalam QAIM ada LAZIM, dalam LAZIM ada yang diA'zimkan / diAgungkan"
















Friday, February 11, 2011

Mengundang anda ke Program Sambutan Maulid Nabi - 2 Juta selawat.


Masih belum terlambat untuk saya mengundang anda semua untuk menghadiri dan memeriahkan lagi Program Sambutan Maulid Nabi - 2 juta selawat bermula dari 1-12 Rabiul Awwal 1432H bertempat di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR bersebelahan Kelab Darul Ehsan (KDE).

Setakat ini nilai 1 juta sudah dicapai. Berselawat dan berqasidah memuji dan mengingati junjungan kita Rasulullah s.a.w. Semoga Allah mengurniakan kita syafaat Rasulullah s.a.w. 

Menuju Redha Allah S.W.T. dan Mahabbah Rasulullah S.A.W.

Mohon sebarkan..

"Pakai tudung & tutup-tutup aurat ni tak up-to-date la, ketinggalan zaman"


"Pakai tudung & tutup-tutup aurat ni tak up-to-date la, ketinggalan zaman" 
- kata seorang perempuan. 

Padahal, pada zaman jahiliah dahulu sebelum kedatangan Islam, wanitanya berpakaian tidak menutup aurat bahkan martabat mereka amatlah rendah dan hina.

Selepas kedatangan Islam, Allah mengangkat martabat  wanita dan diperintahkan supaya berpakaian menutup aurat.

Jadi, di mana sebenarnya ketinggalan zaman?

Mengapa masih sombong? Mengapa mendahulukan kehendak diri drpd kehendakNya? Kita kan hambaNya, fahami hakikat seorang hamba dan hakikat Pencipta.

NOKTAH!!

Selawatlah

Sabda Nabi s.a.w : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.


Allah Ta’ala berselawat ke atasnya..

Allah Ta’ala berselawat ke atasnya.. 

Allah Ta’ala berselawat ke atasnya.. 

Allah Ta’ala berselawat ke atasnya.. 

Subhanallah.. 

Wednesday, February 9, 2011

Nur Muhammad & Umat Muhammad

Maha suci Tuhan, Raja yang telah mencipta Nur NabiNya, Muhammad s.a.w. daripada cahaya ciptaanNya, sebelum diciptaNya Adam dari tanah liat.


Kemudian, Tuhan bentangkan makhluk kemegahanNya itu di hadapan segala sesuatu seraya berfirman, "Inilah Penghulu para nabi, semulia-mulia manusia pilihan dam sebaik-baik orang yang dicintai."


Maka malaikat bertanya, "Adakah nur itu ialah Adam a.s?" Allah menerangkan, "Bukan, bahkan dengan sebabnyalah Aku mengurniakan kepada Adam a.s. martabat yang tinggi."

Ditanya lagi, "Adakah Nuh a.s. orangnya?" Allah menerangkan, "Bukan, bahkan dengan sebabnya juga Nuh a.s. selamat dalam bahteranya daripada tenggelam dan musnah semua keluarga dan kerabatnya yang ingkar kepadanya."

Ditanyakan lagi, "Adakah Ibrahim a.s. orangnya?" Allah menerangkan "Bukan, bahkan dengan sebabnyalah Ibrahim a.s. dapat menegakkan hujjahnya atas penyembah berhala dan bintang-bintang."

Ditanyakan lagi, "Musa a.s. kah orangnya?" Allah menerangkan, "Bukan, Musa a.s. itu saudaranya, tetapi orang ini kekasihKu. Musa a.s. hanya dapat berkata-kata denganKu."

Ditanyakan lagi, "Isa a.s. kah orangnya?" Allah menerangkan, "Isa a.s. hanya akan membawa berita baik tentang kerasulannya, Isa a.s. hanya laksana pengawal di hadapan istana kenabiannya."

"Maka siapakah dia kekasih yang mulia ini?, yang telah Engkau kurniakan dengan pakaian kesopanan dan Engkau mahkotakan dengan mahkota kehebatan dan kemegahan, serta Engkau kibarkan atas kepalanya Panji-panji kebesaran?"

Firman Allah, "Dia ialah seorang Nabi yang Aku pilih daripada keturunan Lu'ai ibn Ghalib. Ayahanda dan bondanya wafat, lalu dipelihara oleh nendanya, kemudian dipelihara pula oleh bapa saudaranya yang bernama Abu Talib."

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada sahabat yang luas ilmunya ; ahli tafsir al-Quran yang handal ; satu-satunya ulama' yang istimewa dari kalangan sahabat, Sayyiduna 'Abdullah ibn Sayyiduna 'Abbas r.a. : daripada Rasulullah s.a.w, bersabda : "Sesungguhnya orang Quraisy (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah Nur yang dicipta oleh Allah s.w.t dua ribu tahun sebelum dijadikan Nabi Adam a.s. Nur itu telah bertasbih kepada Allah, maka bertasbihlah para malaikat mengikut tasbihnya."

Tatkala Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s, diletakkanNya Nur itu di dalam tanah liat yang diciptakan Nabi Adam a.s. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Maka Allah s.w.t. telah menurunkan aku (nur) ke bumi (yang pada ketika itu) berada di dalam tulang belakang Nabi Adam a.s. Kemudian, aku dibawa menaiki bahtera semasa berada di dalam sulbi Nabi Nuh a.s.

Kemudian, aku dipindahkan ke dalam sulbi Nabi Ibrahim a.s. semasa dia dilemparkan ke dalam api oleh Raja Namrud. Demikianlah, Allah s.w.t. sentiasa memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang suci, ke rahim-rahim yang bersih, sehinggalah Allah mengeuarkan aku dengan perantaraan ayahanda dan bondaku dan mereka berdua tidak pernah melakukan hubungan zina sama sekali (melalui pernikahan yang diredhai oelh Allah)."

Sebuah hadith lagi, daripada ;Ato' ibn Yasar, daripada Ka'ab al Ahbar, katanya : "Ayahku telah mengajarkan kepadaku semua isi Kitab Taurat mealinkan satu lembar daripada bahagian Taurat itu tidak diajarnya tetapi disimpan dan dimasukkannya ke dalam sebuah peti besi yang dikunci.

Setelah ayahku wafat, aku membuka peti besi itu, maka aku lihat pada lembaran itu tertulis : "Akan datang seorang Nabi pada akhir zaman, dilahirkan di Makkah, berhijrah ke Madinah, dan kekuasaannya sampai ke Syam. Baginda s.a.w. menggunting rambutnya dan mengikat kain pada pinggangnya. Baginda s.a.w. adalah sebaik-baik Nabi, dan umatnya adalah sebaik-baik umat ; mereka bertakbir membesarkan Allah s.w.t. setiap kali turun dari tempat yang tinggi dan berbaris ketika mendirikan solat seperti barisan peperangan. Hati-hati mereka umpama mashaf (lembaran yang tertulis dengan al-Quran yang mereka hafal). Mereka memuji Allah dalam keadaan susah dan senang. 

Satu pertiga daripada mereka masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Dan satu pertiga lagi datang menghadap Allah dengan membawa dosa-dosa dan kesalahan mereka, maka Allah mengampunkan mereka. Manakala satu pertiga lagi datang menghadap Allah dengan membawa dosa-dosa dan kesalahan yang begitu besar. Kemudian Allah memerintahkan malaikat. "Periksalah dan timbanglah amalan mereka." Malaikat berkata, "Wahai Tuhan kami! Kami dapati mereka telah melampau batas dan menganiaya diri mereka dan kami dapati dosa-dosa mereka seperti gunung, cuma mereka bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah."

Maka Tuhan Yang Haq berfirman, "Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak akan Aku samakan orang yang ikhlas penyaksiannya terhadapKu dengan orang yang mendustakan Aku. Masukkanlah mereka ke dalam syurga dengan rahmatKu. Wahai seindah-indah permata yang tersusun, dan pati emas tulen daripada rahsia alami."

أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله

Hamba Allah

"Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendakku mendahului kehendakNya." 
- Abu Yazid Al-Bistami


Kita hamba.. kita hamba.. kita hamba..

Tuesday, February 8, 2011

Tafsiran Bacaan Talqin


Semoga bermanfaat dan menjadi keinsafan kepada kita semua....

Talqin

Bismillah hir  rah man nir rahim. Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,  Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang  menjadikan mati dan  hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa  yang kecewa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah  akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha Besar  kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap ke hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin  IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.  Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya  melainkan  Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat  sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau  serta  janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,  bahawa senya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga  hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal  kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? 
Apakah agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu? 
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu? Dan
apakah kalimah yang  kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.  Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhamad nabiku, Islam   agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan  sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang  Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga  aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk  berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan  malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur  ini adalah  benar, bangun  dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,  berkumpul dan  berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan  dikira segala amalan  kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar,  ada syurga dan  neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu  juga  Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang  di  dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan  jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah  Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu  yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan  memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal  kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil  izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil  alamin.

Al-Fatihah

Yang Hidup Pasti akan Mati

Nota: 
SAYA diganti dengan nama si mati; IBU SAYA diganti dengan nama ibu si mati.

[Copy daripada FacebookSiti Khalijah notes]

Monday, February 7, 2011

Allah tidak pernah jemu dengan hamba-hambaNya.

Seringkali manusia itu jemu dengan dengan Penciptanya, Allah S.W.T. Tetapi, Allah itu tidak pernah jemu dengan hamba-hambaNya, walaupun hamba-hambaNya selalu mengingkariNya, selalu lupa kepadaNya.

Bagaimana jika Allah sudah jemu dengan kita? Bagaimana jika Allah menjauhkan kiat daripadaNya? Bagaimana jika Dia menarik kembali rahmatNya? Ingatlah bahawa kita hidup adalah dengan rahmatNya, dengan kasih dan sayangNya.

Betapa sombongnya kita sebagai manusia.

Sunday, February 6, 2011

Astaghfirullah


* Laa ilaha illa anta
  ya hayyu ya qayyum
  subhanallah wabihamdihi
  subhanallah hiladzim


Kubuka jendela pagi di udara yg letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini

Nafsu jiwa yg membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa nafaskan terhenti

Astaghfirullah, astaghfirullah,
Astaghfirullah aladzim

Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
suara jerit hati kuingkari

Laa ilaha illa anta ya
subhanaka inni kuntu
minallahdzholimin

Tuesday, February 1, 2011

Apa Yang Dirasa - Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.


Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.

Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Al-Hijr
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah)  di antara mereka."
( Al-Hijr: 39-40 )

Artikel iluvislam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails