Maha suci Tuhan, Raja yang telah mencipta Nur NabiNya, Muhammad s.a.w. daripada cahaya ciptaanNya, sebelum diciptaNya Adam dari tanah liat.
Kemudian, Tuhan bentangkan makhluk kemegahanNya itu di hadapan segala sesuatu seraya berfirman, "Inilah Penghulu para nabi, semulia-mulia manusia pilihan dam sebaik-baik orang yang dicintai."
Maka malaikat bertanya, "Adakah nur itu ialah Adam a.s?" Allah menerangkan, "Bukan, bahkan dengan sebabnyalah Aku mengurniakan kepada Adam a.s. martabat yang tinggi."
Kemudian, Tuhan bentangkan makhluk kemegahanNya itu di hadapan segala sesuatu seraya berfirman, "Inilah Penghulu para nabi, semulia-mulia manusia pilihan dam sebaik-baik orang yang dicintai."
Maka malaikat bertanya, "Adakah nur itu ialah Adam a.s?" Allah menerangkan, "Bukan, bahkan dengan sebabnyalah Aku mengurniakan kepada Adam a.s. martabat yang tinggi."
Ditanya lagi, "Adakah Nuh a.s. orangnya?" Allah menerangkan, "Bukan, bahkan dengan sebabnya juga Nuh a.s. selamat dalam bahteranya daripada tenggelam dan musnah semua keluarga dan kerabatnya yang ingkar kepadanya."
Ditanyakan lagi, "Adakah Ibrahim a.s. orangnya?" Allah menerangkan "Bukan, bahkan dengan sebabnyalah Ibrahim a.s. dapat menegakkan hujjahnya atas penyembah berhala dan bintang-bintang."
Ditanyakan lagi, "Musa a.s. kah orangnya?" Allah menerangkan, "Bukan, Musa a.s. itu saudaranya, tetapi orang ini kekasihKu. Musa a.s. hanya dapat berkata-kata denganKu."
Ditanyakan lagi, "Isa a.s. kah orangnya?" Allah menerangkan, "Isa a.s. hanya akan membawa berita baik tentang kerasulannya, Isa a.s. hanya laksana pengawal di hadapan istana kenabiannya."
"Maka siapakah dia kekasih yang mulia ini?, yang telah Engkau kurniakan dengan pakaian kesopanan dan Engkau mahkotakan dengan mahkota kehebatan dan kemegahan, serta Engkau kibarkan atas kepalanya Panji-panji kebesaran?"
Firman Allah, "Dia ialah seorang Nabi yang Aku pilih daripada keturunan Lu'ai ibn Ghalib. Ayahanda dan bondanya wafat, lalu dipelihara oleh nendanya, kemudian dipelihara pula oleh bapa saudaranya yang bernama Abu Talib."
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada sahabat yang luas ilmunya ; ahli tafsir al-Quran yang handal ; satu-satunya ulama' yang istimewa dari kalangan sahabat, Sayyiduna 'Abdullah ibn Sayyiduna 'Abbas r.a. : daripada Rasulullah s.a.w, bersabda : "Sesungguhnya orang Quraisy (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah Nur yang dicipta oleh Allah s.w.t dua ribu tahun sebelum dijadikan Nabi Adam a.s. Nur itu telah bertasbih kepada Allah, maka bertasbihlah para malaikat mengikut tasbihnya."
Tatkala Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s, diletakkanNya Nur itu di dalam tanah liat yang diciptakan Nabi Adam a.s. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Maka Allah s.w.t. telah menurunkan aku (nur) ke bumi (yang pada ketika itu) berada di dalam tulang belakang Nabi Adam a.s. Kemudian, aku dibawa menaiki bahtera semasa berada di dalam sulbi Nabi Nuh a.s.
Kemudian, aku dipindahkan ke dalam sulbi Nabi Ibrahim a.s. semasa dia dilemparkan ke dalam api oleh Raja Namrud. Demikianlah, Allah s.w.t. sentiasa memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang suci, ke rahim-rahim yang bersih, sehinggalah Allah mengeuarkan aku dengan perantaraan ayahanda dan bondaku dan mereka berdua tidak pernah melakukan hubungan zina sama sekali (melalui pernikahan yang diredhai oelh Allah)."
Sebuah hadith lagi, daripada ;Ato' ibn Yasar, daripada Ka'ab al Ahbar, katanya : "Ayahku telah mengajarkan kepadaku semua isi Kitab Taurat mealinkan satu lembar daripada bahagian Taurat itu tidak diajarnya tetapi disimpan dan dimasukkannya ke dalam sebuah peti besi yang dikunci.
Setelah ayahku wafat, aku membuka peti besi itu, maka aku lihat pada lembaran itu tertulis : "Akan datang seorang Nabi pada akhir zaman, dilahirkan di Makkah, berhijrah ke Madinah, dan kekuasaannya sampai ke Syam. Baginda s.a.w. menggunting rambutnya dan mengikat kain pada pinggangnya. Baginda s.a.w. adalah sebaik-baik Nabi, dan umatnya adalah sebaik-baik umat ; mereka bertakbir membesarkan Allah s.w.t. setiap kali turun dari tempat yang tinggi dan berbaris ketika mendirikan solat seperti barisan peperangan. Hati-hati mereka umpama mashaf (lembaran yang tertulis dengan al-Quran yang mereka hafal). Mereka memuji Allah dalam keadaan susah dan senang.
Satu pertiga daripada mereka masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Dan satu pertiga lagi datang menghadap Allah dengan membawa dosa-dosa dan kesalahan mereka, maka Allah mengampunkan mereka. Manakala satu pertiga lagi datang menghadap Allah dengan membawa dosa-dosa dan kesalahan yang begitu besar. Kemudian Allah memerintahkan malaikat. "Periksalah dan timbanglah amalan mereka." Malaikat berkata, "Wahai Tuhan kami! Kami dapati mereka telah melampau batas dan menganiaya diri mereka dan kami dapati dosa-dosa mereka seperti gunung, cuma mereka bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah."
Maka Tuhan Yang Haq berfirman, "Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak akan Aku samakan orang yang ikhlas penyaksiannya terhadapKu dengan orang yang mendustakan Aku. Masukkanlah mereka ke dalam syurga dengan rahmatKu. Wahai seindah-indah permata yang tersusun, dan pati emas tulen daripada rahsia alami."
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
No comments:
Post a Comment