Kemudian, maka adalah bagi sembahyang itu adalah baginya rupa yang zahir yang sempurna. Maka iaitu syaratnya seperti rohnya. Maka rukunnya seperti kepalanya dan badannya. Dan sunat ab‟adh itu seperti anggotanya. Dan sunat haiah itu seperti bulu perhiasannya. Dan ada baginya rupa hakikat yang batin. Dan tiada sempurna bagi sembahyang dan tiada tamamnya ( - sempurna sembahyang) melainkan dengan mendirikan ia dengan keduanya (zahir dan batin) sekali.
Maka adapun rupanya yang zahir, maka iaitu seperti berdiri, dan takbir, dan membaca Fatihah, dan ruku', dan i'tidal , dan dua sujud, dan duduk antara keduanya, dan duduk tasyahhud , dan tahiyyat , dan salam. Inilah daripada segala rukun yang zahir dan sunatnya dan syaratnya.
Adapun hakikat yang batin, maka seumpamanya khusyu' dan hadir hati dan sempurna ikhlas, dan tazallul ( - menghinakan diri di hadapan Allah), dan tafahhum ( - memahami) bagi ma'ani qira'ah ( - makna-makna bacaan), dan tasbih dan lainnya daripada segala wazifah ( - pekerjaan) sembahyang yang batinah.
Maka zahir sembahyang bahagian badan dan anggotanya. Dan batin sembahyang bahagian hati dan sir. Dan demikian itu, tempat tilik hak Allah daripada hambaNya, iaitu hati dan sir.
Kata Imam Ghazali : “Umpama orang yang mendirikan rupa sembahyang yang zahirnya jua dan lalai ia daripada hakikatnya yang batin, seperti umpama seorang menghadiahkan bagi raja yang amat besar darjatnya akan seorang dayang yang mati tiada roh baginya. Dan seumpama orang mentaqsir (tidak mengamat-amati atau cuai) pada mendirikan zahir sembahyang, seumpama ia menghadiahkan kepada raja akan seorang dayang yang terpotong anggotanya dan ketiadaan dua matanya. Maka adalah ia orang yang menghadiahkan ini dan yang dahulunya melentangkan keduanya itu akan diri keduanya bagi raja itu seksa dan murkanya dan marahnya, kerana keduanya itu menghinakan bagi hormat (kemuliaan) kerajaannya dan meringankan oleh keduanya dengan hak kerajaan.”
Kitab Munyatul Musolli
(Cita-Cita Orang Yg Bersembahyang)
- Tuan Syeikh Daud ibn 'Abdullah Al-Fatoni
No comments:
Post a Comment