Tuesday, September 27, 2011

Ilmu Zikir

Ilmu Zikir berbilang bilang,
dilafas pula bersilang silang,
diulang ulang tidak kepalang,
masa dan tempat bukan penghalang,
diri umpama dijulang julang,
meredah lembah dan juga jurang,
menilik diri mana yang kurang,
umpama kita mencari barang,
dimalam gelap didalam lubang,
jikalau ketemu dibuka hijab penghalang...
tapi awas pada jembalang,
jangan diberitahu pada orang...

Tuesday, September 20, 2011

Pesan Sayidina Ali KW

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

~ Sayidina Ali Karamallahu Wajhah

Kisah Kayu Sugi



Satu Kisah benar, disebuah masjid

Ada sorang hamba Allah hendak mengambil wudhu. Dia cari2 miswak (kayu sugi) dia tiada dalam kocek. Dia cari punya cari rupanya hilang,lalu dia pun terus menangis.

Ada seorng mufti ternampak dia menangis, lalu bertanya:

"kenapa kamu menangis?"

"sugi aku hilang"

"Takpelah, nanti boleh beli yg baru. cuma RM1 sahaja"

"Bukan masalah tu, harini aku telah meninggal kan 1 SUNNAH dalam hidup ku"

Mufti itu terkejut lalu berkata," KAU LEBIH FAHAM AGAMA DARIPADA AKU"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails