Melaksanakan ibadah yg diteraskan
kpd takwa sudah pasti ada perjuangan nya.
Daripada zulmat kegelapan mahu
berhijrah kpd terang nur warid ibadah dan terang nur iman pada diri.Ibadah yg
dilaksanakan sudah pasti menghadapi resistence/rintangan drp pihak kiri.yakni
syaitan dan nafsu amarah sendiri.(Nafsu amarah bkn bermaksud nafsu marah
tetapi nafsu yg masih rendah kualiti nya).memandangkan qalbi itu mempunyai
2 bilik yakni bilik malaikat dan bilik syaitan.ibadah yg ditentang dan diganggu
oleh pihak kiri ini perlu dilalui oleh proses mujahadah yakni brjuang atas nama
Allah.
Berjuang/berjihad mempunyai beberapa
sendi pasak utama,iaitu brserah diri,takut,(khauf),rajaa (mengharap)
Dalam konteks beramal ibadah sudah
pasti setiap ibadah yg tulus akan memberi bekas prubahan pada hati yg mana
ibadah yg dilakukan akan membuahkan natijah.Iaitu kelakuan buruk drp sifat2
mazmumah akan brpindah kpd akhlak sifat2 mahmudah/terpuji.semua nya itu adalah
bertunjangkn drp nafsu.Selagi amal ibadah dilakukn dlm keadaan nafsu amarah
yakni nafsu yg penuh jelira kerendahan sudah tentu akan membuahkan amal yg
rendah,manakala apabila amal yg dilakukan drp benih nafsu yg lebih baik drp itu
iaitu nafsu lawammah,mulhimah dan seterus nya mutmainnah sudah tentu amal nya
akn membuakn amal2 dan akhlak2 yg bermutu tinggi drp amal yg terbit drp nafsu
amarah sebelum nya.
Teliti mahfhum ayat di bawah ini
surah Al Anfaal ayat 29: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu
bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang
membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah
(sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. "
Jadi tekunlah dlm mendapatkan sumber
ilmu yg benar dan amal yg benar dan ikhlas agar amalan yg lahir juga akan
benar,suci tulus dn ikhlas laksana permata yg gilang gemilang.Walaupun sehebat
mana ilmu dan pandangan pribadi kita, sudah pasti membawa cahaya drp nubuwwah/keNabian
Muhamad saw tidak bercampur aduk dengan mana mana unsur kesesatan luar
drp nur syariat Islam.
- Ustaz Hazlie
- Ustaz Hazlie
No comments:
Post a Comment