Sunday, January 3, 2010

Singapore Trip

Maaf kerana terlalu banyak hal saya telah lambat upload gambar-gambar menarik semasa di Singapura. Saya malas nak mengulas setiap gambar, banyak sangat hehe.







































































Sedikit kesimpulan,

Saya amat berpuas-hati kerana misi saya untuk melihat bandar Singapura akhirnya tercapai, lebih-lebih lagi dapat dirakamkan menggunakan kamera digital Sony 13.8px yang tak seberapa. Kalau bawak kamera SLR ni lagi cantik gambar-gambarnya.

Kagum dengan kecantikan bandarnya, pelbagai rupa bentuk binaan yang cantik lagi unik. Tersusun rapi dan persekitaran yang bersih. Bangunannya yang tinggi-tinggi dan rapat membuatkan cuaca yang panas terasa nyaman sekali, ditambah pula dengan kerimbunan pohon-pohon hijau membuatkan mata sedang memandang.

Walaupun bandarnya lebih maju dan moden berbanding Kuala Lumpur, Malaysia namun kami masih lagi boleh merasai ketenangannya, menarik kan?

Misi saya tercapai!

Shopping? itu bukan misi saya kali ini mungkin trip kedua hujung tahun ini shopping adalah misi utama saya hahaha bukan apa banyak juga barangan branded yang harganya jauh lebih rendah berbanding di Malaysia, berbaloi jugaklah. Akan datang, bila tiba masa ingin mendirikan rumahtangga, mungkin di sinilah tempat yang akan saya datang untuk membeli-belah barangan hantaran seperti perfume (sudah semestinya), handbag, kasut, jam tangan dan sbgnya. Serius.

Harap lepas ini saya akan berpeluang lagi untuk ke sana atau ke mana-mana negara luar lagi, seronok dapat penuhkan lagi passport!

Walaubagaimanapun, saya masih lagi berpendapat adalah sangat bertuah saya menetap di Malaysia berbanding di Singapura, 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri'.

Ya Allah.. - part II -

Jika hari ini diluluskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama kristian, akan datang tidak mustahil ada pihak yang akan meluaskan penggunaannya tidak kira dalam media cetak mahupun elektronik. Mungkin suatu hari nanti ianya akan menjadi bahasa bualan kita seharian.

Dua orang kanak-kanak duduk di suatu sudut di dalam sebuah kelas.
Alex : Ya Allah, ampunilah segala kesalahan aku
Ahmad : (terdengar doa Alex)

Ahmad : kau mohon doa kat siapa?
Alex : kat Allah lah, aku sembah Allah
Ahmad : Allah yang mana satu?
Alex : Allah Jesus
Ahmad : erkk..konfius aku
Alex : kau?
Ahmad : Allah jugak tapi aku sembah Allah S.W.T bukan Allah Jesus
Alex : Owh..banyaknya Allah
Ahmad dan Alex terus berpandangan antara satu sama lain


Astaghfirullah..risau jika perbualan di atas akan berlaku di Malaysia suatu hari nanti.

Ya Allah..

Kecewa dan marah dengan segelintir orang Islam yang beria-ria menyokong penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama Kristian. Kalau penggunaan ini bertujuan baik tidak mengapa tapi ini saja ingin menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam di Malaysia. Semoga mereka diberi petunjuk.

Memang benar ada sesetengah ulama yang bersetuju berserta dengan dalil-dalil dan hujah-hujahnya tersendiri tapi kita harus dengar pula pendapat majoriti ulama bagaimana, saya yakin majoriti ulama tidak bersetuju, dan jika 'terpaksa besetuju' maka perlulah diiringi dengan syarat yang ketat.

Bagi pendapat peribadi saya yang cetek agama ini seelok-eloknya dielakkan penggunaan kalimah Allah ini, berkemungkinan akan lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan yang ingin kita cari. Lagipun selama ini tidak ada masalah pun, kenapa sekarang tiba-tiba ingin menggunakan nama Allah pula? Kalau begini, lepas ini makin ramailah anak2 muda syok menyanyikan lagu Agnes Monica (Allah Peduli) tanpa segan silu.

Kita kene teliti sensitiviti umat Islam di negara yang kita duduk sekarang ini iaitu Malaysia bukan mengambil contoh di negara luar lagi-lagi di Indonesia. Bila nama Allah digunakan dalam majalah-majalah kristian (bahasa melayu), maka mudahlah orang Melayu terpesong. Saya juga berasa agak hairan dan timbul syak wasangka tidak baik terhadap pihak berkenaan apabila mereka enggan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka yang selain daripada Bahasa Melayu. Terus terang mereka hanya ingin menggunakannya dalam penerbitan Bahasa Melayu sahaja dengan alasan bahawa perkataan “Allah” ini telah sinonim dengan orang-orang Melayu atau rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu.

Apakah agenda sebenar mereka ini?

Sama-samalah kita renungkan, adakah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama kristian ini akan mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan kepada umat ISLAM di Malaysia??

Apa kata anda?

Friday, January 1, 2010

Tahun DuaKosongSatuKosong!!

HAPPY 2010!!

Terlambat pulak nak wish kat semua, sebenarnya tak excited sangat pasal tahun baru 2010 ni since hari tu dah sambut 1431H. Bagi aku tahun 2009 ke 2010 ke 2011 ke same je tahunnya yang berbeza cuma angkanya sahaja, itu je yang membuatkan aku ter-excited seketika. Tahun 2009 yang lepas tidak begitu memberangsangkan, aku harapkan tahun 2010 ni tahun aku. Syah, Helmi kalau korang terbaca ni aku harap tahun ni tahun kita!! Dah sampai masa kita naik! Tahun 2009 tetap telah meninggalkan 1001 kenangan, ada yang pahit ada yang manis, yang aku pasti tahun 2009 yang lepas aku sudah berhijrah dari satu 'tempat' ke 'tempat' yang lebih baik. Rezeki ada di mana-mana sahaja, jangan sempitkan fikiran. Asalkan kita berusaha dan berada di landasan yang betul, insyaAllah rezeki kita akan sampai.

Selamat menyambut tahun 2010!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails