Kecewa dan marah dengan segelintir orang Islam yang beria-ria menyokong penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama Kristian. Kalau penggunaan ini bertujuan baik tidak mengapa tapi ini saja ingin menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam di Malaysia. Semoga mereka diberi petunjuk.
Memang benar ada sesetengah ulama yang bersetuju berserta dengan dalil-dalil dan hujah-hujahnya tersendiri tapi kita harus dengar pula pendapat majoriti ulama bagaimana, saya yakin majoriti ulama tidak bersetuju, dan jika 'terpaksa besetuju' maka perlulah diiringi dengan syarat yang ketat.
Bagi pendapat peribadi saya yang cetek agama ini seelok-eloknya dielakkan penggunaan kalimah Allah ini, berkemungkinan akan lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan yang ingin kita cari. Lagipun selama ini tidak ada masalah pun, kenapa sekarang tiba-tiba ingin menggunakan nama Allah pula? Kalau begini, lepas ini makin ramailah anak2 muda syok menyanyikan lagu Agnes Monica (Allah Peduli) tanpa segan silu.
Kita kene teliti sensitiviti umat Islam di negara yang kita duduk sekarang ini iaitu Malaysia bukan mengambil contoh di negara luar lagi-lagi di Indonesia. Bila nama Allah digunakan dalam majalah-majalah kristian (bahasa melayu), maka mudahlah orang Melayu terpesong. Saya juga berasa agak hairan dan timbul syak wasangka tidak baik terhadap pihak berkenaan apabila mereka enggan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka yang selain daripada Bahasa Melayu. Terus terang mereka hanya ingin menggunakannya dalam penerbitan Bahasa Melayu sahaja dengan alasan bahawa perkataan “Allah” ini telah sinonim dengan orang-orang Melayu atau rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu.
Apakah agenda sebenar mereka ini?
Sama-samalah kita renungkan, adakah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama kristian ini akan mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan kepada umat ISLAM di Malaysia??
Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment