Thursday, January 14, 2010

Demam

Salam.

Dah 3 hari aku demam..hari ni dah makin elok sikit tapi belum sembuh sepenuhnya. Demam ni membuatkan aku takde moood untuk update blog dan membataskan segala aktiviti aku cuma bila petang sikit badan terasa lebih selesa sedikit dan boleh lakukan sedikit aktiviti.

Demam ni gara-gara terlalu kerap minum ais (sedap minum time hari panas2) hmm...

Setiap hari aku akan makan 6 biji panadol, 3 biji ubat selsema, 3 biji antibiotik dan (3x10ml) ubat batuk dan kebiasaannya selepas ambil ubat aku akan tertidur kesan daripada ubat-ubatan tadi. Walaupun aku tak perlukan MC tapi aku sengaja mintak MC dari Dr. Safrul yang merawat aku haha dapatla MC dua hari, 12hb dan 13hb.

Harap-harap esok aku akan sembuh sepenuhnya. Banyak lagi kerja kene buat.

2 comments:

rosnanie said...

salam asraf
semoga cepat sembuh
bila kita demam, kita tahu nak rawat diri kita, lagipun dah besar panjang, tau jaga diri

masalahnya, bila anak kecil demam, rasanya dengan maknya sekali nak demam, sebab tak cukup tidur...(sabar... dugaan tu nak besarkan anak, huhuhu...)

Salik said...

Terima kasih kak..
Anak akak pun demam gak ke?

Sekarang ni dah start baliklah musim demam2 nih...kene banyakkan minum air kosong...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails