Salam.
Hati terasa hendak mencuba persekitaran yang berlainan pula, bukan bermaksud masjid kebiasaan itu tidak bagus tapi disebabkan niat di hati untuk mengunjungi Masjid Usamah bin Zaid ini telah lama dipasang cuma belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Petang tadi teringat pada niat nak mengunjung ke sana, alhamdulillah kami sampai jugak akhirnya. Tak jauh pun dari keramat.
Rupa masjid ini dari luar memang ketara gahnya, sangat cantik dan boleh dilihat dari jauh kerana terletak di atas bukit. Alhamdulillah, masjid ini terjaga dengan rapi dan bersih. Mungkin masjid ini antara masjid yang akan kerap kami kunjungi pula.
Yang menariknya tadi, bacaan imam solat Maghrib tadi sangat syahdu, doa dan wirid juga begitu, memang khusyuk mendengar alunan suaranya, bacaannya sebutir-sebutir dan menusuk kalbu, hampir-hampir menitiskan air mata.
Entri kali ini saya selitkan sedikit info tentang masjid ini, info ini saya petik dari blog saudara ini yang juga merupakan seorang bilal di sana.
Masjid ini memakan masa hampir 5 tahun untuk disiapkan, dengan kos yang tidak dapat saya nak anggarkan walaupun dah hampir 2 bulan bertugas sebagai bilal (rawatib) di sini. Yang saya tahu masjid ini adalah masjid yang paling bongsu di WPKL iaitu yang ke-54. Tempat yang agak berprestij kerana terletak di lereng bukit menggambarkan syiar Islam yang masih utuh di Malaysia walaupun ada anasir-anasir yang cuba mencalarkannya.
Saya mula bertugas di sini secara rasmi pada 1 November 2008 yang lalu setelah menghadiri percubaan bertugas selama satu hari penuh dari Subuh hingga Isyak. Alhamdulillah, Allah ta'ala memilih saya untuk menjadi salah seorang anak muda yang terikat dan mahu hatinya diikat pada masjid, semoga tergolong dalam salah satu golongan yang mendapat naungan daripada Arash Allah ta'ala di hari pembalasan kelak, Insya-Allah.
Banyak program dalam perangkaan untuk dijalankan, peruntukan dari pihak atasan juga banyak kerana memandangkan masjid ini ialah masjid peringkat zon. Buat masa ini sudah ada aktiviti yang dilangsungkan bahkan insya-Allah nanti akan banyak lagi program pembangunan insan terutama masyarakat Islam setempat ke arah mengimarahkan masjid seterusnya mendaulahkan Islam akan diadakan.
Buat masa ini masjid ini mempunyai seorang imam kerajaan, tiga orang imam rawatib. Bilal kerajaan juga seorang dan dua lagi bilal rawatib termasuk saya sendiri. Seorang noja dan pegawal keselamatan juga dilantik sebagai jentera pengurusan masjid Usamah bin Zaid. Majoriti ahli petugas masjid adalah orang muda barangkali kerana penyesuaian dengan nama Usamah bin Zaid, pejuang muda di zaman tabi'in. Wallahua'lam.
Ketua Imam (JAWI)
Ustaz Mursyidi bin Haji Abdul hamid
Imam Rawatib
Ustaz Haji Mohammad bin Yusof
Imam Rawatib
Ustaz Khuzairi
Imam Rawatib
Ustaz Ihsan
Ketua Bilal (JAWI)
Ustaz Reimi
Bilal Rawatib
Ustaz Nashol
Bilal Rawatib
Ustaz Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi
Noja
Abang Mohd Noor Biggs Abdullah
Jaga
Abang Yusoff
2 comments:
salam..
terjumpa blog ni..
anyway, tiba-tiba rase teringin lak nak p ke masjid usamah bin zaid ni.. dpt beriktikaf pun jd la..
nway,nice blog,truskan menulis..
Wslm. Terima kasih Fazrena. Blog saya tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan blog saudari. Ada masa cubalah pergi ke masjid ini...
Post a Comment