Wednesday, January 6, 2010

Hari ini bersama mesin MRI.

Hari ini saya telah menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) bertempat di hospital kegemaran saya, HUKM. Magnetic Resonance Imaging (MRI) merupakan satu kaedah untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam organisma hidup dan juga untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan secara pathologi atau perubahan physiologi tisu hidup dan juga menganggarkan ketelusan batu kepada hidrokarbon (Wikipedia).
Lebih kurang beginilah mesin MRI tersebut (gambar hiasan)

Pertama kali menjalani pemeriksaan MRI, agak menggelabah jugaklah bila mula-mula masuk dalam mesin ni. Bayangkan terpaksa berbaring selama sejam dalam mesin ini tanpa bergerak, yang paling menakutkan adalah bunyi-bunyian yang dihasilkan semasa mesin beroperasi, bunyi yang sangat kuat dan agak meloyakan, terasa seperti berada dalam keranda seksaan yang memperdengarkan lagu dan bunyi-bunyian yang boleh memeningkan kepala dan terasa ingin muntah haha serius! Selamatlah ada bro tu bagi penutup telinga, agak kurang sikitlah bunyi yang tak enak tu + diberi selimut dan bantal sekali tapi saya masih terasa sejuk jugak lebih-lebih lagi di bahagian kaki.

Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesahkan jenis kecederaan lutut yang telah dialami selama lebih 9 tahun akibat tercedera (ke-1, 2001) semasa menjalani latihan badminton mewakili sekolah dahulu dan semasa bermain basketball (ke-2, 2002). Tahun-tahun seterusnya ada juga mengalami kecederaan tapi tidak merujuk ke mana=mana hospital. Sehinggalah pada awal tahun 2009, sekali lagi tercedera semasa berlari dan kali ini saya bertekad untuk pergi berjumpa pakar dan jika terpaksa dibedah saya sanggup lakukannya.

Tempoh hari doktor Ortopedik, Dr Raffael Ismail (merupakan anak lelaki kepada pensyarah saya dalam bidang Sains Nuklear di UKM, Dr Ismail Bahari) telah mengesyaki bahawa Anterior Cruciate Ligament (ACL) telah putus, ACL adalah ligamen bersilang yang terdapat pada bahagian lutut dan merupakan salah satu antara ligamen utama dalam lutut manusia. Kecederaan seperti ini akan mengakibatkan lutut tidak stabil, untuk rawatan, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menggantikan ACL yang baru supaya dapat kembali aktif bersukan.

Disebabkan saya adalah warga UKM maka kos pemeriksaan MRI sebanyak RM700 adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih UKM!

Next appointment adalah pada 19/1/2010, hasil pemeriksaan MRI hari ini akan saya perolehi pada tarikh tersebut dan seterusnya akan berbincang lagi dengan Dr Raffael Ismail secara terperinci mengenai kecederaan ini serta jenis-jenis rawatan yang akan dijalankan.

Dibawah ini saya sertakan sedikit info (www.ukmsc.com) tentang kecederaan ACL ini yang sering dialami oleh ramai ahli-ahli sukan, para atlit, pemain bola sepak, badminton, ragbi dan sebagainya.

Kecederaan Ligamen Sendi Lutut
Sendi lutut merupakan sendi yang terbesar badan dan berperanan penting untuk pergerakan. Terdapat dua set ligamen yang memberikan lutut kesetabilan: cruciate and colateral.
Ligamen cruciate
Ligamen cruciate terletak di dalam sendi lutut and menghubungkan tulang betis ke tulang paha. Ligamen tersebut terdiri daripada beberapa fibre dan berfungsi seperti tali yang pendek memegang sendi lutut dengan ketat semasa sendi lutut melurus and membengkok.

Nama cruciate berasal daripada perkataan crux, bererti bersilang atau sabit. Ligamen cruciate bukan sahaja berada di dalam senti lutut, tetapi meraka bersilang membentuk “X”.Ligamen cruciate yang terletak di hadapan lututu adalah Anterior cruciate ligament (ACL) dan yang terletak di belakang lutut dipanggil Posterior cruciate ligament (PCL).


Kecederaan Ligamen

Ligamen ACL menghalang betis daripada bergerak ke hadapan peha. Ligamen ACL boleh tercedera dengan beberapa cara:

• Pergerakan menukur arah secara mendadak
• Berhenti semasa berlari
• Memijak selepas melompat
• Perlanggaran semasa takel, seperti bermain bolasepak

Mengenali Kecederaan ACL
Jika anda mengalami kecederaan ACL, mungkin anda tidak akan mengalami sebarang kesakitan. Tetapi, anda mungkin terdengar bunyi “pop“dan merasai lutut longar. Dalam masa 2 hingga 12 jam, lutut tersebut akan bengkak, dan anda akan merasai sakit semasa berdiri. Letakan aisbeku untuk mengurangkan bengkak dan tinggikan lutut anda sehingga anda berjumpa pakar ortopedik anda.
ACL yang normal
Mendiagnosakan Kecederaan ACL
Diagnosa kecederaan ACL bergantung pada pemeriksaan fisikal lutut berkenaan. Pemeriksaan termasuk beberapa ujian untuk melihat samada lutut anda berada pada posisi yang betul semasa tekanan di tujukan pada beberapa arah. Pakar ortopedik anda mungkin akan membuat pemeriksaan X-ray dan MRI ( Magnetic Resonance Imaging) atau, pemeriksaan artroskopic (pembedahan).

Merawat Kecederaan ACL
Terdapat rawatan tanpa bedah dan pembedahan.

Tanpa bedah:

  • Bagi pesakit yang berumur atau tahap aktiviti yang rendah.
  • Bagi pesakit yang kestabilan lutut yang memuaskan.
  • Termasuk rawatan pemulihan kekuatan otot, dan menggunakan brace untuk memberikan kestabilan.
  • Rawatan pembedahan ( secara artroskopik) : menggunakan tendon yang diambil daripada lutut pesakit, di masukkan kedalam sendi lutut dan diikat pada tulang peha dan betis.
Rekonstruksi ACL
Pembedahan yang berjaya akan menstabilkan lutut anda. Pembedahan ini dapat mengelakkan kecederaan lanjutan and mungkin anda dapat kembali kepada sukan. Selepas rekonstuksi ACL, anda memerlukan rehabilitasi untuk mengembalikan stabiliti and flexibiliti lutut anda. Menguatkan kekuatan otot peha dan betis menolong menyokong struktur rekonstruksi. Anda perlu berhenti selama setahun sebelum dapat bermula semula bermain sukan selepas rekonstruksi ACL.
X-ray selepas pembedahan


Gambar artroskopi menunjukkan graf yang menjadi ACL baru

1 comment:

cik erin said...

duhh..
macam sakit je.
get well soon! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails