Sungguh kurang ajar blogger ini!
Barangkali hati budi dan adabnya sudah hilang dijilat anjing.
Ketika dia menulis kenyataan kurang ajar tempoh hari tidak pula dia rasa gentar dan menggelabah tapi bila sudah ada pihak yang sudah membuat dakwaan dan telah tersebar di berita-berita tempatan tiba-tiba pula kecut dan melatah memohon maaf (baca sini). Jika benar-benar berhati kering teruskan sajalah 'perjuangan' tu tak perlu mohon-mohon maaf dan tak perlu delete entri yang kurang ajar itu biar satu dunia tahu kebodohan dan kecetekan akal fikiran anda!
Saya bersetuju dengan pendapat seorang penghantar komen dalam blognya yang mengatakan bahawa permohonan maaf yang dilakukan mamat ni tidak mencukupi, jika disabit kesalahan biar dijatuhkan sahaja hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya.
Mungkin masih ramai lagi yang belum pernah membaca entri kurang ajar mamat ini, walaupun mamat ini telah buang entri itu daripada blognya namun di sini saya selitkan salinan yang sempat dibuat oleh seseorang beserta dengan komen yang dilemparkan para pembaca, anda baca dan nilailah sendiri.
Sila klik untuk paparan yang lebih besar atau tekan sini
(sumber : dipetik daripada blog Bro Maz)
Di bawah ini pula saya sertakan antara tajuk akhbar Berita Harian (online) mengenai kes ini :
3 comments:
np xlh nk klik yg tuk paparn lbh bsr tuhh...
dah2 dah edit dah
da bc dahh..krg asam tul ar bloger tuhh..nk tau spe org nyerrr..ayt die xlh blh lngsung..agk2 arr nk wt statement pn..
Post a Comment