Thursday, November 26, 2009

Ku mencari.....ku mencari......


Mmm sudah lama bErFikir...
MASIH lagi beRfikir-fiKir....
Bu$ine$$ apa yang BaGUS sekarang ni ye ??
Masih belum dapat JAWAPAN yang sesuai
Jawapan masih belum dapat tapi pasti ADA!!



"Pain is temporary. It may last a minute, or an hour, or a day, or a year, but eventually it will subside and something else will take it's place. If I quit, however, it will last forever."
Lance Armstrong

The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack in will.
Vince Lombardi

To climb steep hills requires a slow pace at first.
Shakespeare

All men dream but not equally. Those who dream by night in the dusty recesses of their minds wake in the day to find that it was vanity; but the dreamers of the day are dangerous men, for they may act their dream with open eyes to make it possible.
T.E. Lawrence

The difference between the impossible and the possible lies in a person's determination.
Tommy Lasorda

Tuesday, November 24, 2009

Kucing

Salam.

Entri kali ni aku nak share gambar kucing aku.

Kucing ni parent aku kutip kat Raub, Pahang. Time tu dia (masih kecik lagi) dengan selamba je melintas jalan besar kat Raub, dahla jalan tu banyak kereta & lori lalu lalang tambah pulak semua laju2 belaka.

Time dia melintas tu mak bapak aku ternampak, then dorang berhenti tepi jalan utk jenguk2 kucing ni. Kucing tu lari masuk semak tapi bila mak aku panggil banyak kali baru dia menyahut. Lapar agaknya. Mak aku pon ape lagi terusla amik kucing tu dahla kitorang dah lama tak bela kucing lagi-lagi kucing berwarna oren.

Mak aku bawak balik ke rumah kampung kitorang dekat Sg Pasu, Gali, Raub Pahang. Masa mula2 sampai kucing tu takut2 sampai menyorok2 bawah almari kat rumah tu sampaila mak bapak aku nak balik semula ke KL barula dia nak jinak2 nak manja2 dengan parent aku. So, apa lagi dorang bawakla balik KL hahaha...bayangkan kucing tu dari kampung bawak balik naik kereta sampai ke KL.

Agak2 pening tak kucing ni? Hehe..

Dipendekkan cerita, kitorang jaga dia sampai sekarang, kucing ni kitorang namakan dia Memey (sebab time tu kecoh kes pasal Memey dgn Norman) tapi actually bukan kitorangla, mak aku je yang namakan sebab kitorang semua dah tak tau nak bagi nama apa...maklumlah dah lama tak bela kucing...aku nak bagi nama Oyen tapi disebabkan nama tu pernah digunakan so kitorang taknak guna lagi sekali nak taknak sampai sekarangla melekat nama Memey tu. Tapi yang peliknya napelah mak aku letak nama Memey nape tak letak nama Norman ke sebab dia kucing jantan...hmmm pelik2....

Ok malas nak cerita panjang lagi jom tengok gambar2 ni!!

Gambar kucing aku masa kecik2 dulu

Bakul besar tu sebenarnya tempat tido Memey tapi si Oren ni selamba badak je landing kat situ terpaksa ganti satu bakul lain lagi utk si Memey.

Si Oren ni taktau mana asal usulnya...tiba2 jer datang rumah mintak makan lepas tu selamba je round2 dalam rumah golek2 macam rumah dia pulak. Selamatlah kau comel...hehe

Tengok tuh!! Tido takmo kalah terkangkang2! Tutupla sikit t*l*r tu haha

Ni pulak ape kes?? Penat tengok AF ke?? Ni mesti si Oren punye keje mengajar Memey ni tido rupe gini

Apa pandang2?

Apa tengok2?

Ha habis satu rumah ko nak panjat...


Ha ni dia gambar terbaru..dah besar..bulu pon dah panjang...makin berisi....makin manja...makin mengada

Aku tangkap dia senyap2 masa dia tengah sedap tido atas katil aku

Tak ubah2...dari kecik sampai besar tidor terkangkang2

Udah2la tu

Alamak dia dah perasanla aku amki gambar...hahaha

Muka tengah lalok2


Okay. Setakat itu shj gambar yang aku upload hari ini nanti kalau ada gambar2 lain lagi aku akan upload lagi.

* p/s : si Memey ni sekarang tiap2 malam dia akan tidor sekatil dengan aku sebok jer..ni tengah type ni dia sebok mengacau aku...isk2..geram betol... *


Sincerely,
Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

Aku Nak!














OPEL FRONTERA. Inilah kereta yang aku nak dalam masa terdekat ni. Warna putih penuh atau hitam, yang pastinya dua-dua ber'tinted'kan hitam. Kereta ni sekarang pon dah banyak murah-murah, harga dalam RM13k-RM25k. Not bad kan?? Selesa pon selesa. Relax je redah hujan tak payah risau-risau nak langgar air ke lubang ke. Kereta ni aku start suka masa 1st time aku tgk Syah pakai, mula-mula dulu tak berapa kenal sangat kereta ni tapi bila selalu nampak Opel ni atas jalan slow-slow minat tu datang. Kereta ni nampak sangat SMART and MACHO!! Nampak angkuh sikitla bila atas jalan ahahahaaa. tapi takpe rase selamat bila drive kereta ni. Takdelah kereta-kereta 'EKZOS BESAR' ni berani nak cucuk2 or nak buat kurang ajar. Betol tak Zack? Roy? Joe? apa-apa jela nama yang seumpamanya yang segolongan dengan REMPIT tapi bukan rempit motor tapi gelar mereka-mereka ini REMPIT KERETA!!!

Antara ciri-ciri kereta mereka ini adalah :

1. EKZOS BESAR!
(pasti!)

2. Lowered
(betul ke spelling?)

3. Tinted melampau
(kaler je hitam tapi dok dalam rasa panas jugak)

4. Suka cucuk kereta lain dari belakang
(macam kau sorang je nak cepat)

5. Drive macam anjing
(aku tak mencarot ok)

6. Driver muka angkuh ala-ala rupa REMPIT

7. Selalu ada aweklah kat dalam kereta tu jarang nampak dorang bwk mak bapak dorang mungkin sebab mak bapak diorang dah tak ngaku anak kot
("Hebatla you ni bawak kereta!" kata awek kepada REMPIT sambil menyelit2 di MRR2)

8. Kereta dorang mesti bunyik BISING giler walaupun dengan kelajuan 20 km/j
(memang 'lajulah' kereta abang!)

9. Mesti sakit hatilah kalau tengok kereta dorang walaupon dorang BELUM buat salah lagi hahahaha (suka hati akulah)

10. Kebanyakannya kereta NASIONAL tapi bikin sampai perasan macam kereta EVO!
(siap tukar logo kereta lagi time tuh dah tak ngakulah kereta nasional)

11. Dalam bonet kereta mesti ada simpan SPANAR 14
(in case nak pukul org, betul beb..)

12. Hah apa lagi??

13. Korang sambunglah sendiri

Ni antara contoh-contoh keretanya, contoh je haha :








Sebenarnya aku tak kesah pon kalau korang nak bikin-bikin kereta ni aku pon suka jugak sesetengah kereta yang dibikin nampak lawa dan tertonjol kreativiti masing-masing tetapi masalahnya sepanjang aku hidup ni kebanyakan kereta yang pernah buat kurang ajar atas jalan raya adalah kereta-kereta species macam nilah. Yang drive kurang ajar tuh selalunya confirm EKZOS mesti BESAR punya taknak KALAH! Kadang-kadang kesian tau tengok yang kene tu orang-orang tua, kakak2, makcik2. Kalau yang kene tu bakal mak mertua or bapak mertua korang macam mane? Haaa padan mukalah awal-awal dah kene reject!

Okaylah so korang jangan terasa hati ye dengan entri aku kali ni sebab aku tau korang bukan dalam golongan macam ni.

Tapi AWAS!

Kalau korang adalah golongan macam ini haa lantak koranglah siapa suro makan cili banyak sangat kalau tak tahan pedas.



Sincerely,
Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

Apakah yang tinggal selepas matinya seorang anak Adam itu?

Apakah yang tinggal selepas matinya seorang anak Adam itu?


Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:

1. Sedekah yang berjalan terus [sedekah amal jariah].

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.: Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala di sisi Allah ada tiga perkara:

1. AMAL-JARIAH ~ Amal jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk Masjid, Musolla, Madrasah, rumah sakit dan sebagainya makan selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Allah.

Tapi kebanyakan orang berfahaman amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya: sebuah jalan atau jambatan yang umum diguna mengalami kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

Orang awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa sahaja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata “amal soleh” adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman ialah orang yang suka melakukan amal kebajikan.

2. ANAK YANG SOLEH [ANAK YANG BAIK] ~ Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu sahaja. Maka yang pertama wajib atas orang tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

3. ILMU YANG DIAJARKAN KEPADA ORANG LAIN ~ adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum. ilmu ertinya adalah “PENGETAHUAN”. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. “Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia dengan ilmu”.

Jadi tegaslah ilmu apa saja yang telah diajarkan kepada orang lain dan orang itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut maka orang pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yang tidak habis di sisi Allah S.A.W..

Misalnya orang pandai membetulkan komputer rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala “jariyah” dari sisi Allah S.W.T

Selain daripada di atas masih ada beberapa amalan lagi.

Apa amalan-amalan itu? Mari sama-sama kita dengarkan. Dari Anas r.a. berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.



Jomla gelak pagi-pagi ni

Ni antara video-video yang aku confirm akan gelak kalau tengok tak kisahlah tengok berapa banyak kali pon.







Next time, aku akan letak banyak lagi video-video kelakar dalam entri aku.

Monday, November 23, 2009

CabOt je terus!!!


Hmmmm...nak cabut pendrive daripada port laptop atau pc kadang-kadang leceh kan?? Banyak pulak nak kena clik. Click sana click sini.

Nah....2x kali clik je...terus caboot!!

Senang kan?

Kalau rasa benda ni memudahkan anda silala download di sini

Tak perlu install.
1. Download dalam bentuk zipfile.
2. Buka zipfile dan dragkan icon USB_Disk_Eject.exe ke luar kotak dia dan boleh copy serta diletakkan di menu utama komputer anda.
3. Icon dia kat desktop nanti ada keluar kotak kelabu kat gambar atas tu.

Lipatla sendiri!

Salam.
Ketemu kembali.

Sudah beberapa hari aku tak update blog. Ni semua gara-gara internet connection kat rumah aku problem. Sekarang ni rumah aku dah takde wireless, sambung kebel je. Alhamdulillah, boleh pakai lagi internet kalau tak boleh pakai langsung lagila bosan.

Ok. Untuk entri kalo ni aku nak ajar korang macam mane nak lipat baju secara ekspress. Aku dah lama dah lipat baju cara ni cuma baru hari ni aku share. Rasanya ramai antara korang semua ni pernah tahu cara lipatan ni betul tak? Yang tak tahu tu tak payahla nak mengaku tahu pulak ok.

Berikut adalah video 'cara lipatan ekspress' :


Yang ni pulak video cara buat 'mesin lipat baju'. Kalau korang buat sendiri then kalerkan dengan apa-apa kaler mesti lagi menarik!! Cubalah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails